Skip to main content

Aktiviti pada 19hb Oktober 2008

Pada 19hb Oktober, YB Khalid memulakan program beliau dengan menghadiri Majlis Penutup Kursus Haji Perdana yang telah di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor di Masjid Negeri pada jam 9 pagi. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Selangor dan seramai 3,800 orang peserta kursus bakal jemaah Haji.

Seterusnya YB Khalid telah ke Majlis Hari Raya Surau Seksyen 2 Shah Alam. Beliau di sana sehingga jam 11 pagi sebelum bertolak ke Majlis Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam.

Majlis PR ini telah dianjurkan dengan jayanya bertempat di dewan bola tampar Sek. 19 Shah Alam. Di sini YB Khalid Samad ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segenap lapisan masyarakat yang telah hadir dan juga kepada mereka yg telah bertungkus lumus memberikan komitmen mereka bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.
Terima kasih dan Syabas!
























-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Yg dihormati Sdr YB. Dibawah ni komen saya yg menyentuh YB. Bukan mengumpat.

http://wajahesok.blogspot.com/2008/10/timbalan-perdana-menteri-bukan-muslim.html
Khalid Samad said…
Salaam.

Terima kasih atas pandangan tuan. Saya rasa jelas apa yang disebut adalah pandangan saya kerana dimulakan dengan "bagi saya". Perkara ini belum lagi dibincang sepertimana yang saya sebut juga.

Pandangan saya adalah lebih baik PR memerintah melalui mana Islam boleh diperkukuhkan dibandingkan BN terus memerintah dan sepertimana disebut oleh tuan sendiri, Islam semakin lemah. Kekuatan Islam terletak pada mesejnya dan selagi mana ini tidak disampaikan dengan tepat maka kehebatan Islam tidak akan dapat dizahirkan. Saya yakin bahawa sekiranya kita memerintah walaupun pada mulanya dengan PR, akhirnya Islam akan didaulatkan. Bukan kerana apa2 tetapi oleh kerana kekuatan Islam itu sendiri mampu memikat hati semua manusia yang inginkan kebenaran.

Jawatan TPM dalam bentuk yang saya nyatakan tidak menjadikan Islam lebih lemah. Kedudukan Islam terjamin melalui perlembagaan, jawatan PM dan institusi raja2. Saya rasa kita mesti ada sedikit keberanian untuk bergerak ke depan dengan perlindungan yang tersebut. Ianya memadai dan lebih baik dari berterusannya pemerintahan BN.

Itu pandangan saya.

Wallahu'alam.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.