Skip to main content

YB Teresa Kok dan Papantanda Jalan

Saya tersalah faham dlm posting saya tempohari dlm menjawab isu yg dibangkitkan pengunjung. Saya ingatkan isu berhubung tulisan Cina dan Jawi di papantanda jalan adalah isu di Negeri PR! Sebenarnya ianya timbul di kawasan Parlimen Seputeh, Wilayah Persekutuan dan badan yang berkuasa adalah DBKL. Ianya telahpun berlaku. Keadaannya adalah seperti berikut:-

YB Teresa meminta tanda-jalan ditukar dari tulisan Melayu Rumi dan Jawi ke tulisan Melayu Rumi, Cina dan Tamil. Tulisan Jawi digugurkan. DBKL melakukannya dengan kadar segera.

Ini berlaku atas dua kemungkinan. Pertama, DBKL yang berada di bawah kawalan ketat kerajaan Pusat (tak satu pun ahli majlis dilantik oleh PR), menganggap bahawa tulisan Jawi tidak lagi releven. Ini tidak menghairankan kerana memang selama ini UMNO/BN telah menyumbang kepada usaha menghapuskan tulisan Jawi. Kedua, DBKL melihat ini sebagai peluang keemasan untuk menimbulkan isu di antara Melayu dan bukan Melayu!

Mengikut Dr. Lo’ Lo’, selalunya begitu sukar untuk MP mendapat apa2 kerjasama daripada DBKL. Walaupun 10 dari 11 MP adalah dari PR, namun DBKL merupakan kubu BN. Dato’ Bandar pun dari mereka. Tetapi berhubung permintaan YB Teresa, DBKL begitu cekap dan bertindak segera!

Orang ada yang marahkan YB Teresa. Dia buat ikut apa yang dia faham (atau tak faham). Dia minta apa yang dia anggap "sesuai". Persoalannya mengapa DBKL setuju? DBKL yang berkuasa! MP boleh minta apa yang dia nak tetapi tidak semestinya apa yang diminta dilaksanakan.

Kedua-dua sebab mengapa DBKL melakukannya seperti saya sebut tadi adalah merupakan sebab2 yang tidak boleh diterima. Sekiranya ada yang mengkhianati tulisan Jawi, ianya UMNO/BN melalui DBKL dan bukan Teresa. Pokoknya kalau di Negeri PR, PAS akan memperjelaskan isu ini dan mengapa tulisan Jawi dikekalkan. Silap2 hilang Pulau Batu Puteh pasal tak pandai baca Jawi?!!

Ciplak sikit joke Dr. Rani ADUN Meru:- Didalam teks khutbah dalam tulisan Jawi menyebut pentingnya rakyat memilih pemimpin yang komitted. Tetapi Khatib baca sebagai pemimpin yang kemetot!!


Update Sept 9: Sila rujuk perkembangan terkini di dlm Rahsia Azan

Comments

Anonymous said…
mereka tidak sayang islam
mereka tidak sayang melayu
mereka tidak sayang bahasa
mereka tidak sayang generasi
mereka juga tidak yang negara
mereka lebih sayang fulus, pangkat dan tamak kuasa
mereka lebih suka melaga2kan orang lain demi kepentingan diri,pangkat dan kuasa itu.itulah umno dan kuncu2nya.
Shazlan said…
Salam,
YB,

Saya baru mula membaca blog YB and nak cadangkan sesuatu. While it is true that DBKL yg berkuasa and bersetuju utk tukarkan papan tanda, Teresa should bare some blame as well. She should be aware and sensitive enough in proposing things and bringing issues forward. Not succumb to every need that oppresses the Muslims (I somehow still have the feeling that the majority in DAP (except Guan Eng, so far) will do anything that is against Islam and Malay).

Contoh: Cuba YB usulkan yg beberapa kuil dirobohkan/dipindah atas permintaaan penduduk Melayu setempat. While you are only addressing the people's complaints, you will also be shot down by the likes of DAP for not being fair, etc. This may happen even without approval of the authority.

Likewise, in Teresa's case, apa logicnya nak buang tulisan jawi and ganti with tulisan cina/india? Lain la kalau retain Jawi but add tulisan cina/india. This is one MAIN reason why I couldn't get myself nor my family to vote for DAP. They may be from PR but they are DAP.

Please advice.
Anonymous said…
tidak di daulatkan dan tak pandai baca itu sesuatu yang berbeza....
alangkah baiknya kalau di kekalkan tulisan jawi, walaupun ada orangyang tak pandai baca, daripada di padamkan terus menyebabkan orang yang makin tak pandai baca, dan tulisan tu pun terus berkubur....
nak bela teresa pun biarlah berpada-pada sedara
Anonymous said…
xder pape pn isu besar yang boleh dibangkitkan dgn teressa psl tulisan jawi....
DBKL sendiri pun tak seragam nak adakan format yang standard untuk papan tanda jalan (kalau ada tentu tidak semudah nak tukar2, ye x?) so isu ni sengaja diperbesarkan oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu.
Anonymous said…
Relax la beb, tgk dulu kenapa dia bertindak mcm tu. Siasat btul2, kalu dia mmg jenis harbi baru la kita serang. Kadang2 kita ni expect org bukan islam boleh fikir mcm kita. Sedang kan org islam pun takleh fikir mcm org islam??

Jgn lah setiap kali ada isu2 kecik mcm ni (dibandingkan dgn isu kesihatan national, pendidikan anak2, keselamatan dsb) semua org nk melompat. Penat beb lompat melompat nih. Bukan nye apa takut tak larat jer bila masa betul2 kena LOMPAT nanti ;)
Anonymous said…
Si Teresa ni melampau la, dah takde kerja lain ke dia ni. Yg org Islam pun satu, sayang sgt le sampai backing2 dia ni. Yg salah tetap salah, pada aku DBKL pun salah, si Teresa ni pun salah. Takyah le cover2 sesiapa!
Salam.

Kenapa nak dibisingkan hal tulisan jawi kat papan tanda jalan? Kalau semua pihak bersungguh nak martabatkan tulisan jawi, ada byk medium kita boleh gunakan selain dari bising bila signage jln ditukar. dlm konteks papan tanda jalan, tertakluk bwh bidang kuasa PBT. Kita bleh tgk serata Kl, tak seragam pn format2 tulisannya. Ada yg ada Jawi, ada yg takde. Terang2 yg dlm gambar tu adalah nama2 jalan yg bukan tempat org Melayu pn. So, apa salahnya kalau signage tu dimajmukkan? Lainla kalau Jln TAR ke, Jln Sultan Ismail ke, Jln P Ramlee ke. Spatutnya PBT ni kenala ada 1 (diulangi, 1 je) standard format utk benda2 ni. Jgn cepat melompat hal2 kecik. Tu, kat skolah tu anak2 kita tgh belajar Maths & Sains dlm English. Jom la pakat buat demo!!
Anonymous said…
Salam semua'
dari sekolah rendah lagi saya dah boleh baca tulisan JAWI,sampai sekarang umur pun dah masuk empatpuluhan'masih lagi boleh membaca tulisan JAWI,takan kerana dihilangkan tulisan katpapan tanda jalan kita dah......yang penting HIDUPKAN semula tulisan JAWI disekolah2 supaya anak2 kita dapat membaca tulisan Jawi.
Suhaimi Said said…
Rasanya, tak perlu nak komen tentang tulisan Jawi ni. Masa aku sekolah dulu kena baca Hikayat Hang Tuah dalam tulisan Jawi.

Boleh pilih samada nak tulis Jawi atau Rumi, dan kami pilih Jawi.

Datang Khir Johari yang tidak jauhari, dia tukar dari tulisan Jawi ke tulisan Rumi.

Mereka yang seangkatan dengan saku, bukan saja boleh tulis dan baca Jawi, kami boleh baca Quran dan sikit-sikit Bahasa Arab.

Mereka yang selepas kami melihat Jawi semacam cakar ayam, dan yang paling sedih, tak tahu membaca Quran.

Siapa salah? Dasar Pelajaran yang dibawa oleh Khir Johari! Siapa Khir Johari? Menteri Pelajaran Kerajaan Perikatan! Perikatan itu parti mana? Itulah Parti bapak kepada Barisan Nasional yang membunuh tulisan Jawi.
Anonymous said…
dalam hal ni...saya pun rasa TERESA pun salah gak.....kalau betul la dia nak buat papan tanda muhibbah (tulisan rumi,tamil&cina) ,apa la salahnya letak tulisan jawi skali...ape ke sengalnye...contoh kat kelantan,kedai cina pun,papan tandanye dalam tulisan jawi padahal tokey sendiri pun tak faham...Saya sokong PR tapi rasanya saya tak suka DAP.... Tak payah la nak perintah negara,nanti Islam dengan Melayu pun tak dapat beza... PEACE NO WAR
Awang Kata said…
Kerajaan memang sedang mengangkat semula martabat tulisan jawi, misalnya melalui j-Qaf. Sebab tu Teresa marah sangat hingga sanggup buat cadangan yang meminggirkan tulisan jawi.Barangkali. Padahal tulisan jawi telah sekian lama tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Takkan 'muhibah' hanya dengan tiga bahasa saja. Mana bahasa-bahasa kaum lain seperti Kadazan,huruf braille,Orang Asli,dan Iban.
Anonymous said…
Yang tidak relevan bukan tulisan Jawi tetapi tulisan Cina dan Tamil. Kerana tulisan Cina dan Tamil bukan tulisan bahasa rasmi, maka layak benarlah tulisan tersebut dihapuskan di papan-papan tanda yang; tentunya bertaraf rasmi.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.