Skip to main content

Teresa Kok dan Molotov Cocktail

Rumah ibu bapa Teresa Kok dibaling dengan Molotov Cocktail. Tiada kebakaran yang berlaku, namun tindakan terkutuk ini adalah dianggap sebagai satu taktik jahat oleh "pihak tertentu" untuk menimbulkan ketegangan kaum hasil dari kedudukan mereka yang semakin tersepit.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan jahat ini dan menolak seruan2 berbau perkauman. Saya menyeru pimpinan PAS Pusat, khususnya Dato’ Seri Presiden untuk mengeluarkan satu kenyataan tegas mengutuk tindakan ini dan menyelamatkan orang Islam dari ditarik kedalam kancah politik perkauman sekali lagi.

Umat Islam amat memerlukan kepimpinan pada saat ini dan hanya PAS, melalui tindakan cepat dan tepat oleh Presidennya akan mampu mengisi kekosongan ini di kalangan masyarakat Melayu.

Comments

Anonymous said…
salam alaik,
sdr khalid, sangat benar kata2 sdr.umat islam memerlukan kepemimpinan yang berkualiti, prihatin dan cakna. mudah2-an pas bertindak pantas dan cekap menangani sebarang isu yang berlaku. ulang: pantas dan cekap. semoga dengan itu pas dianggap terus relevan. bukan di kalangan ahli dan penyokongnya, tetapi golongan di luar parti yang memberi perhatian kepada pas sejak baru-baru ini.

tolonglah, cepat....!
abdrahim kassim said…
YB Khalid,

Itulah saya kata, kalau dapat orang yang macam YB yang pimpin PAS, barulah PAS ini boleh ke hadapan.

Tak kan benda-benda mudah ini pun nak kena "jolok" baru gugur.

Letih YB, letih......
abdrahim kassim said…
YB Khalid,

Itulah saya kata, kalau dapat orang yang macam YB yang pimpin PAS, barulah PAS ini boleh ke hadapan.

Tak kan benda-benda mudah ini pun nak kena "jolok" baru gugur.

Letih YB, letih......
Anonymous said…
PAS di peringkat kawasan mesti bekerja kuat mulai sekarang... nampak ja rakyat ada masalah, terus lapor pada BAHAGIAN atau terus lapor pada pimpinan tertinggi PAS terutama di negeri2 yg kita perintah mcm Kedah, Kelantan dan perak.. Selangor dan Penang pun sama...jgn nanti rakyat samakan kita dengan UMNO.. cakap berapi2 tapi kerja x buat... cepatkan bantuan utk adik kita yg terpaksa bhenti sekolah utk bantu adik2nya belajar.. tubuhkan tabung PAS di setiap cawangan utk bantuan segera.. bantuan susulan tunggu tindakan pimpinan negeri... kalau kita cepat dan cakna, konpem x dak alasan utk mereka menolak bendera hijau putih kita..buktikna PAS FOR ALL... PAS sayang semua org tanpa kira kaum... org melayu kita sayang, org cina kita sayang, org india pun kita sayang... dakwah begini insyaallah mereka akan tertarik dengan Islam..
Anonymous said…
Bagi saya dalam kes begini, biarlah parti dominan yang membuat kenyataan sebagai induk kepada pakatan.

Parti nominan dalam pakatan lebih wajar tidak membuat kenyataan mendahului parti yang dominan, cadangan saya bentuklah satu AJK bertindak antara tiga parti pakatan bagi menangani kes macam ni, tak perlu penglibatan presiden setiap parti, namun sebelum kenyataan dibuat perlu dirujuk kepad ketiga presiden untuk persetujuan supaya presiden nanti bila ditanya; menjawab tidak dimaklumkan.

Ini akan mendedahkan pula kepincangan parti seolah-oleh tiada persefahaman. Dalam sesuatu peperangan kita tidak seharusnya mendedahkan diri kita menjadi sasaran tembakan pihak musuh, walau pun kita pakai jaket kalis peluru. Untuk menang perang mestilah dengan kebijaksanaan tektikal dan strategi.

Popular posts from this blog

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Menjawab Najib Razak

1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan.
2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan.
3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya.
4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.

5. Maksud 'broker' adalah orang seperti Jho Low. Takkan Jib tak tahu? Bukankah Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu Melayu khus…