Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung

Terima kasih atas komen yang telah saya terima. Ada yang menyokong ada yang tidak. Yang menyokong saya ucapkan terima kasih. Yang tidak saya terima teguran dengan hati terbuka. Hanya ada beberapa perkara yang saya ingin jelaskan.

Saya respon kepada Mustafa Ali kerana pandangan peribadi beliau tak sepatutnya masuk di ms1 Harakah. Itu patut masuk blog dia! Yang masuk Harakah sepatutnya pandangan rasmi atau yang tidak bercanggah dengan pandangan rasmi parti. Pandangan Cikgu Pa bercanggah dengan keputusan muktamar dan menempelak apa yang sama-sama kita (bukan Anwar sahaja) usahakan - iaitu menjatuhkan BN. Tak baik sebagai kawan kita tuduh Anwar berjanji kosong. Ini memberikan gambaran kita tidak bersama dia dan menjejas usaha kita untuk menarik MP BN untuk bersama kita kerana mereka lihat kita tak padu.

Sekarang jelas TGNA pun dah marah dengan kenyataan Cikgu Pa (rujuk sini). Harap yang marah saya tegur juga TGNA. Perlu di ingat, yang menimbulkan kontroversi secara terbuka bukan saya tetapi Cikgu Pa sendiri. Saya cuma respon dan cuba menerangkan situasi sebenar.

Ada yang terbawa-bawa sampai menimbulkan isu PAS Terengganu lebih berjaya dari PAS Selangor. Betul dari banyak sudut. Terengganu hampir 100% orang Islam. Selangor 60%. Pasti tak sama. Di Terengganu PAS jauh lebih kuat dari di Selangor. Itu hakikat. Tapi cara di Terengganu tak boleh bawa ke Selangor dan ke Pusat. Cara PAS Terengganu pun mungkin perlu dikaji untuk lebih diterima di Terengganu. Soalnya, dalam keadaan PAS Terengganu begitu kuat, kenapa tidak menang PRU?

Kalau strategi PAS Terengganu adalah untuk kekal sebagai pembangkang, Alhamdulillah maka tercapailah matlamatnya. Tetapi kalau ada niat nak menang mungkin ada yang tak kena. Hakikatnya, dalam keadaan PAS Selangor serba lemah, memang tak boleh banding kita dengan Terengganu, tetapi kita mencapai kejayaan menjatuhkan kerajaan BN. Sepatutnya, dan inilah harapan kita semua - agar kita menang di Terengganu. Saya sampai orang Terengganu di Shah Alam pun saya minta balik kerana nakkan kemenangan di sana. Tapi tak berjaya juga. Perlu kaji dan jangan salahkan orang lain sahaja. Mungkin kita pun ada kelemahan dari sudut pendekatan kita.

Di Selangor, negeri yang tak sangka menang, kita menang. Kemenangan kita bukan kemenangan mutlak tetapi kita kena bina atas kemenangan ini. Saya harap tuan2 turut doakan.

Wallahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
sejak bila Harakah dok siar pandangan resmi PAS..akhir-akhir ni nampak dok siar pandangan resmi Anwar ada la
Anonymous said…
aku cukup kesian kat TGNA...sapa la yang dok bagi maklumat kat dia sebelum ni....semua ahli memahami akan ketidak mampuan dia menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Syura...tapi yang aku geram ialah pencacai-pencacai yang ada agenda sendiri di belakang TGNA...bukan maknanya TGNA tidak pandai menilai, cuma seorang Tok Guru pasti tidak ada sifat su'u zan kepada ahli-ahli jemaah. ramaidah cuba buat gitu ko tok guru..akhir sekali tersungkur...sedar-sedar la weh
Anonymous said…
Wahai bro anonymous, Kalau pandangan Anwar = PAS atau pandangan PAS = Anwar, so sama la tuh pusing2 kot mana pun. Ini subjek mantik dlm matematik masa sekolah menengah Bro. Aku tak ingat tingkatan berapa... Form 4 kot, walaupun aku punya math SPM pun cukup mkn je :)

Lainlah kalau parti kata lain, tapi Harakah keluarkan yg lain (mcm yg baru2 ini) - then baru la masalah!
Anonymous said…
Benda dah diputuskan dalam muktamar, kita kena ikut lah.

Harakah pulak janganlah letak pandangan peribadi pengarah urusannya di muka depan. Pandangan peribadi letaklah kat blog sendiri yang dah lama tak update tu... Sibuk nak buat press conference aje..

Saya anak Terengganu malu bila PAS tak dapat pertahan Terengganu pada 2004. PAS Terengganu sibuk salahkan pengundi hantu tapi kelemahan diri sendiri tak nampak. Saya takkan lupakan kata-kata kasar seorang exco PAS Terengganu masa di sidang DUN 'Hei budok, aku ulama!'. Sangat angkuh dan sengaja cari nahas...
Anonymous said…
Maslahnya Kenyataan ANwar tu PAS Pusat Tahu ke Tak?...ke pakai siar je..PAS Pusat pun tak tahau apa...itu bukan suara resmi PAS namanya lagi.....kalau ada orang tegur...oooo PAS macam UMNO jugak..menyekat kebebasan bersuara...
Shazlan said…
Salam,
YB,

Alhamdulillah and thank you for your comment. It sure does give me a relief. The problem is, even 'anti-BN' blogs talk about the same topic on PAS... Kalau Utusan ke, NST ke, mmg boleh reject 100%.

Anyhow, I've read on TGNA vs. Mustafa from Hasbullah Pit's blog. I hope those in PAS who shares TGNA's thoughts are in the majority.

Camne nak jd ahli PAS? Saya di PJ :)

Wassalam
Anonymous said…
Salam Bro,
Jangan layan lah celoteh Cikgu Pa atau PAS terengganu itu - dan ketinggalan zaman dan tak reti baca reality politik sekarang. Orang kuno macam PAS Terengganu akan sentiasa jadi pembangkang dan akan jadi pembangkan walau pun Pakatan ambil alih Kerajaan. Sebab? Tinjau lah dalam hati orang seperti Mustapa Ali tu.
Anonymous said…
hihihi.. besok 16hb.. tarikh keramat.. yang ditunggu-tunggu.. tak sabarnya aku..
Suhaimi Said said…
Sebenarnya, apa dah berlaku dgn Cikgu Pa ni? Nak jadi Menteri dlm BN ke?

Lupa ka apa berlaku masa dulu-dulu tu?

PAS di fitnah, dihina dan macam-macam BN buat kat PAS, lupa ke?

Tapi ya lah. Cikgu Pa mana pernah susah! Masa PAS dalam BN, cikgu Pa jadi Timb. Menteri, masa PAS diluar BN, cikgu Pa jadi EXCO.

PAS dlm BN ke, luar BN Ke, cikgu Pa tetap jadi orang senang!

Cikgu, kita ni dah tua-tua belaka, biarlah Orang Muda kemudikan pulak perjuangan ini. Sokonglah mereka.

Ngakulah kita ni tak berjaya nak letak PAS memerintah Negara, biarlah orang-orang yang punyai ilmu yang lebih tinggi, komitmen tinggi, kesedaran tinggi yang lead. Kita tak usahlah jadi penghalang! Setuju?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.