Skip to main content

Perkembangan Semasa


17hb September – PC di pejabat PKR
Pengumuman khas pertukaran jawatan di antara Dollah dan Najib telah diumumkan oleh Dollah. Ianya dianggap sebagai tindakan ‘konsilotori’ atau perdamaian yang diusahakan oleh Dollah. Dengan memberi Najib pegang jawatan sebagai Menteri Kewangan maka lengkaplah CV Najib untuk jadi PM. Dikatakan akan diawalkan, tidak lagi 2010 tetapi mungkin awal 2009.

Dengan tindakan segera Dollah ini diharap mesyuarat MKT esoknya akan aman tenteram. Kalau tidak didengari akan ada usaha jatuhkan Dollah semasa mesyuarat itu juga.

18hb September – Perkembangan Mutakhir isu 16 September
Perjumpaan di pejabat PKR jam 11 pada 18hb September telah memutuskan surat dihantar kepada Dollah meminta beliau memanggil satu sessi khas Parlimen. Sessi ini adalah untuk PR memaklumkan MP2 bersama PR yang sekarang ini sudah melebihi MP2 BN. Sessi Parlimen khas ini hendaklah diadakan dengan kadar seberapa segera memandangkan kedudukan Dollah sebagai PM tidak lagi sah. Surat ke Dollah akan dihantar hari ini juga. Ini ada surat susulan yg telah dihantar kepada PM pada 15hb September. Sila rujuk lampiran diatas (yg didapati dari edyesdotcom) dan klik imej utk paparan yg lebih besar.

Mesyuarat MKT UMNO akan diadakan tengah hari ini dan ditutup dengan majlis berbuka puasa bersama. Dianggap mesyuarat ini akan menjadi cukup hangat dan pertukaran jawatan di antara Dollah dan Najib adalah bertujuan meredakan suasana. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Lain-lain Hal
Perjumpaan di Parlimen jam 3 ptg semalam berhubung isu Teresa Kok. YB Lim KS membentukkan “Free Teresa Kok Parliamentary Caucus”. Saya telah dilantik sebagai salah seorang AJK Caucus berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...