Skip to main content

Perkembangan Semasa

15hb September - Himpunan di Stadium Kelana Jaya
Ada yang kata 25,000 orang ada yang kata 40,000 orang. Saya masih tak pandai nak estimate dalam suasana yang sebegitu. Pokoknya cukup ramai sehingga nak letak kereta pun kena jauh-jauh kerana kawasan letak kereta telah melimpah ruah.

Dalam perhimpunan itu jelas terserlah semangat Malaysia dengan kehadiran rakyat berbilang kaum yang hadir dengan satu matlamat dan satu harapan. Supaya kerajaan BN digantikan secara aman damai dengan kerajaan PR.

Yang significant dalam ucapan Anwar, di antara lain :-
1. Bahawa UMNO sedang menggunakan isu perkauman dan rakyat perlu waspada.
2. Bahawa orang bukan Islam tiada apa-apa niat untuk mencabar kedudukan Islam dan ucapan ini disambut dengan sorakan gemuruh menyatakan setuju dari seluruh yang hadir.
3. Bahawa orang bukan Melayu tiada niat untuk menyekat atau mencabar hak orang Melayu dan sekali lagi disambut oleh sorakkan gemuruh menyatakan setuju.
4. Bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam ini hanya inginkan pembelaan juga untuk kaum mereka dan pembelaan yang sedemikian tidak menjejas walau sedikit pun hak dan kedudukan orang Melayu. Kenyataan ini membawa sorakkan yang lebih gemuruh tanda bersetujuan dan permuafakatan di kalangan hadirin yang berbilang kaum.

Selain isu ini, Anwar sentuh juga sebagai isu penutupnya soal Sept 16. Beliau menyebut :-
1. Satu surat dihantar kepada Dollah Badawi meminta satu pertemuan khas untuk membincangkan soal isu perkauman yang dimain2kan dan soal kestabilan politik Negara.
2. Berhubung isu kedua, Anwar menyebut secara khusus, proses peralihan kuasa yang aman dan damai yang mesti diusahakan oleh kedua-dua pihak.

16hb September – Sidang akhbar di pejabat PKR
Satu sidang akhbar telah diadakan dan saya diminta untuk hadir mewakili PAS pada jam 2 petang di pejabat PKR. Dalam PC tersebut Anwar sekadar menyatakan bahawa bilangan telah mencukupi - "we have the numbers". Surat kepada Dollah telah dihantar dan beliiau sedang memikirkan. Surat tersebut bertujuan memberi Dollah peluang untuk menyatakan kesetujuan beliau untk menerima keputusan rakyat dan menyerah kuasa secara aman dan bertanggung jawab.

Anwar menyatakan tindakan seterusnya akan bergantung kepada respons dari Dollah.

17hb September – Perkembangan Mutakhir
Dollah menolak pertemuan dengan pemimpin2 PR. Langkah seterusnya akan diumumkan hari ini. Perjumpaan di pejabat PKR jam 11 pagi ini untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Perjumpaan di Parlimen jam 3 ptg hari ini berhubung isu Teresa Kok. Lim KS nak bentukkan “Free Teresa Kok Parliamentary Caucus”. iAllah mungkin saya akan ke sana juga.

Lain-lain Hal
Ucapan Takziah kepada keluarga sahabat saya, Yazid, ketua Cawangan PAS Kg. Rimba Jaya yang telah kembali ke RahmatuLlah malam tadi. Semoga Allah merahmati roh beliau. Beliau gigih berjuang mempertahankan hak-hak penduduk Kg. Rimba Jaya. Al-Fatihah.

Ucapan Tahniah dan Syabas kepada kakitangan Hospital Universiti bahagian Farmasi yang berkerja begitu hebat membekalkan ubat-ubatan kepada begitu ramai dalam keadaan kakitangan dan kelengkapan yang begitu terhad. Saya ke UH pada 16hb untuk mengambil ubat2 rutin saya. Begitu ramai ‘pesakit’ begitu tabah kakitangan Farmasi yang bekerja tanpa keluhan dan tanpa henti sedangkan semua boleh melihat betapa ‘shorthanded’ keadaan mereka. Pesakit beratur sehingga keluar dewan, menunggu dengan sabar dan kakitangan Farmasi bertungkus lumus untuk menangani keadaan itu secara terbaik yang mungkin.

Comments

Anonymous said…
hebatnya anwar pada pandangan anda wahai kalid...siap ada rumusan ucapan anwar....hmmmm kalu Tuan Guru Hj Hadi yang becakap confirm takdak mcm tu...

sampaikan anuar tipu hangpa semua pon tak sedar-sedar lagi...kesian tul

sampai bila la hangpa nak sedar...mungkin sampai PAS berpecah kot...baru puas hati hang
Anonymous said…
Yg ko tak puas hati sgt kenapa ha? Kalu nak pegi masuk UMNO pegi jela, jgn lupa ajak sekali puak2 engkau tu. Tolong jgn sibuk2 menyusahkan mereka yg penat berusaha kearah perubahan!! Dah la tak buat apa2, berpeluk tubuh... byk komen pulak tu...isk2
Anonymous said…
Saya sokong apa yang zorro tua katakan.

Jangan buruk sangka. Marilah sama2 doakan semoga terbentuk Kerajaan Malaysia baru. Semoga di mudahkan.

Jangan asyik nak kritik saja. Itu tak kena, ini tak betul.

Marilah tolong.


Orang Langat.
Anonymous said…
TGNA kata Cikgu Pa cakap seolah2 lidah Presiden UMNO..

Tak sangka YB Khalid senada dengan jurucakap PKR.. tapi yang ni takpa kan?

Bravo..
k-one said…
najmi said...

TGNA kata Cikgu Pa cakap seolah2 lidah Presiden UMNO..

Tak sangka YB Khalid senada dengan jurucakap PKR.. tapi yang ni takpa kan?

Bravo..
--------------------------------------
salam, najmi, ko ni tak ikut perkembangan atau pemalas nak baca berita ? aku rasa ko org UMNO la. pasal org UMNO tak tau hal Muktamar ni. dlm muktamar, seluruh ahli PAS telah sepakat bwh akan menyokong pakatan dan usaha peralihan krjn yg lebh baik dr UMNO -BN.

masalahnya c mustapa berlawanan dgn kehendak muktamar. dia jadi 'sonsang'. majoriti mau perubahan dia pulak dok menolak. dia g buat sidang media . kalo tak setuju apahal condem usaha2 ahli lain. kalo tak mau bantu dok diam2 ja la. malangnya tindakannya yg suak meng'condem' usaha lanjutan dr mukatamar menjadikan org ramai berangapan dia pengkianat atau agen UMNO .lebih memanaskan lagi bila dia guna harakah iaitu lidah parti utk mengeluarkan pendapat peribadi nya . kalo nk keluarkan pendapat peribadi p la buat d blog sendiri. apahal nk guna kuasa masukan d harakah ? ingat harakah dia punya ka?

aku tak kisah lagi tapi bila tok guru nik aziz pula yg keluar kenyataan menegur, geng2 dia org ni kasi ban pula dlm harakah. tu yg buat aku panas.

buat najmi, tolong byk membaca ya.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.