Skip to main content

Perkembangan Mutakhir isu 16 September

Dollah tidak mahu panggil sessi khas Parlimen untuk membahas usul ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau seperti yang diminta oleh PR. Saya berpendapat tiada pilihan lain kecuali DYMM Yang diPertuan Agung sendiri campur tangan dan mengesahkan samada Dollah masih sah sebagai Perdana menteri atau sebaliknya. Pihak PR telah berusaha untuk menyelesaikan isu ini secara terhormat, pertama dengan meminta bertemu dengan Dollah untuk membincang persoalan ini secara tertutup. Setelah beliau menolak, PR meminta dipanggil sidang khas Parlimen. Ditolak juga. Seterusnya tiada lagi apa-apa pilihan selain campur tangan Agung.

Sekiranya dakwaan Anwar betul bahawa Dollah tidak lagi memilikki sokongan majoriti Ahli Parlimen, maka dengan sendirinya kedudukan Dollah sebagai Perdana Menteri sudah tidak sah. Agung, pada masa itu berhak meminta Dollah letak jawatan dan melantik orang yang memilikki kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai PM baru.

Oleh kerana dakwaan Anwar telahpun dibuat, bukan sekadar secara lisan tetapi secara bertulis dan dengan penuh keyakinan, maka kedudukan Dollah pada hari ini sendiri adalah diragui. Dalam keadaan diragui ini, apa-apa arahan Dollah yang memerlukan pengesahan DYMM boleh dipersoalkan oleh Agung atas alasan kedudukan Dollah sebagai PM perlu disahkan terlebih dahulu.

Saya ingin semua yang berdebar menunggu untuk bertenang dan terus doakan usaha perubahan kerajaan pusat akan berjaya. Saya yakin pihak Anwar bersama PR sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadikan ianya satu realiti dan mereka terpaksa berhadapan dengan usaha tindak balas dari pihak kerajaan BN. Sepertimana sering dikatakan, BN mampu menangguhkan untuk beberapa hari, tetapi saya yakin insyaAllah ianya akan tetap berlaku.

Comments

izali said…
salam yb pak khalid,

membaca blog yb ibarat membaca blog analisis politik yang tiada kesudahan. ianya amat berbeza dgn blog dr halimah atau blog dr lo' lo'.

adakah pengundi mahu membaca analisis2 isu semasa semata2?? bagaimana pula dgn aktiviti YB sebagai MP Shah Alam.

Pengundi mahu melihat perubahan yg YB lakukan di Shah Alam dan juga Selangor amnya.

jangan hampakan pengundi dan para petugas.

yg benar,

petugas selangor yg mengundi di terengganu
Anonymous said…
kepada izali, sila baca posting Persoalan Awlawiyyat yg Pak Khalid post sebelum ini. Harap2, boleh bezakan perkara yg lebih AWLA dibincang/dilaksanakan pada waktu dan ketika ini.

my 2 cent jer..
penulis said…
Betul tu tapi mungkin boleh juga diselang-seli dengan aktiviti-aktiviti di Shah Alam.

Mungkin boleh difahami bahawa Pak Khalid adalah ahli Parlimen dan ada ADUN yang bertugas di kawasannya. Ini menyebabkan Pak Khalid lebih tertumpu kepada hal2 pusat dan pentadbiran.

Namun, sebagai pembaca, mungkin boleh juga diselit laporan aktiviti2 bersama rakyat.
Anonymous said…
aku takde la setuju semua benda yg Khalid buat, tapi kalau nk komen pun biar bertempat. Dr Halimah ADUN, Dr. Lo'2 MP di WP takde ADUN so kena buat 2 keje. MP lebih berpusat kepada polisi dan dasar halatuju negara.

berkenaan PAS terengganu vs selangor sebenarnya dua2 kena akur yg mereka bermasalah utk menarik pengundi melayu tegar, sbb itu di kawasan2 'malay belt' di selangor PAS kalah and sama jgak di terengganu kerena ramai melayu. cuma BEZA nya - di selangor PAS boleh mampu menarik pengundi bukan melayu, di terenggau dokleh... do dua2 negeri kena pertingkatkan usaha. jgn duk komplen tak tentu punca.

sekadar pandangan pagi hari
Anonymous said…
Pandangan ahli politik, istimewanya YB, adalah penting. Isu 16 Sept adalah penting untuk diketahui, isu-isu Negara adalah penting.

Kerja-kerja massa juga penting, turun padang juga penting.

Saya tidak tinggal di Shah Alam, tapi apa yang saya dengar dari adik saya di Shah Alam, YB Shah Alam ini memang turun padang.

Adik saya tu, dia Ahli UMNO, tapi dia undi calon-calon dari PAS (Pak Khalid) dan juga tolong kempen Pak Khalid masa PRU-12 dulu.

Kepada YB Khalid, masukkan juga cerita dlm blog tentang berita-berita turun padang sdr, supaya ada imbangan.

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kaw