Skip to main content

Peristiwa di Masjid Tun Uda Sek 16 Shah Alam

Pada 22 September satu majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, warga mas dan ibu tunggal telah diadakan di Masjid Tun Uda. Saya dan YB Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik hadir bersama dengan hampir 500 penerima sumbangan. Yang menarik perhatian saya adalah kehadiran beberapa pemuda India yang berpakaian T-shirt Pakatan Rakyat. Saya kenali mereka sebagai pemuda2 India dari Seksyen 7 yang telah bekerja keras untuk kemenangan kita pada PRU ke 12 pada bulan Mac lalu. Saya lihat mereka sedang sibuk membantu beberapa Warga Mas dan anak yatim yang bergegas untuk mendapatkan kerusi semasa majlis baru ingin dimulakan.

Setelah selesai majlis saya melihat mereka membawa warga mas dan anak2 yatim tersebut ke kereta mereka. Saya bertanya kepada ketua mereka, Saravanan dan dia memberitahu saya bahawa mereka membawa penerima2 tersebut dari flat Seksyen 7 dengan menggunakan beberapa kereta. Mereka juga akan menghantar mereka balik selepas semuanya selesai. Mana pergi pemuda2 Melayu/Islam di flat itu? Kalau mereka bukan penerima, mereka tak kisah.

Saya diberitahu pula oleh sahabat2 lain yang bertugas di majlis tersebut bahawa pemuda2 India ini tidak makan sehingga masuk waktu berbuka puasa. Itupun setelah semua penerima di bawah jagaan mereka telah mereka tempatkan di meja2 untuk berbuka puasa.

Saya rasa yakin bahawa suasana dan keadaan sebegini tidak pernah disaksikan sebelum dari ini. Setelah PR memerintah dan PAS, melalui Kelab Penyokongnya berdamping dengan mereka, mereka tidak ketakutan untuk datang ke perkarangan masjid atau menghadiri program kita. Mereka pula berperanan membantu penerima2 bantuan yang beragama Islam tanpa merasa kekok atau asing. Saya rasa begitu bangga dengan suasana yang sebegini. Mungkin orang akan kata “apa ada sangat pada peristiwa yang sebegini?” Bagi saya ianya adalah satu usaha dakwah. Kita pacakkan panji2 keadilan Islam dan terpulanglah siapa nak datang, yang India ke, Cina ke atau Melayu. Dan kalau Melayu tidak mahu datang, apa kan daya? Itu bukan hak kita untuk menentukan siapa akan perolehi hidayah.

Begitu jugalah dengan soal Pilihan Raya lepas. Yang Melayu ramai tidak menyokong PAS. Yang Cina dan India menyokong. Adakah kita akan menolak sokongan mereka dan berpaling dari mereka kerana inginkan sokongan Melayu? Adakah itu kaedah dakwah terbaru?

WaLlahu ‘Alam

Comments

Salam YB Khalid,
Tiada apa yang dapat diucapkan selain syukur dan subhanaLLAH. Cahaya Iman bukan dikhususkan untuk mana-mana bangsa. Praktikal syari'at tidak mesti dilaksanakan oleh yang dikatakan muslim sahaja.
Selamat berhariraya, maaf zahir batin.
JazakaLLAH khairan.
Salam.
Anonymous said…
Assalamualaikum YB yg dihormati.

Apakata kita beri mereka surat penghargaan atas nama khidmat bakti masyarakat.
Kita tak tau apa merka fikir dan atas maksud apa mereka melakukan khidmat ini. Kalau ini sikap mereka dan melakukan dengan jujur dan ikhlas, kenapa sekuarng-kurangnya berikan sedikit penghargaan.
Invictus said…
salam YB,

harapan menggunung supaya dengan usaha kita berdakwah, Islam akan berdaulat kembali di Tanah Melayu ini.

subhaanallaah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.