Skip to main content

Mesyuarat MKT UMNO - kedudukan PM

Mesyuarat MKT UMNO selesai diadakan pada hari khamis lepas. Kedudukan Dollah semakin meruncing. Kalau pada 9hb Oktober disahkan beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi, walaupun dengan undi subsidi, tempoh pemerintahan Dollah akan berakhir! Teringat pula saya kisah si Khairy Jamaluddin, ‘anak menantu’ PM yg sering mengutuk pemikiran ‘ketagih subsidi’ yang kononnya ingin diterap oleh PR di kalangan rakyat. Sekarang siapa pula yg ketagih!

Najib akan mengambil alih sebagai Presiden dan Dollah mungkin dikekalkan sebagai ‘lame duck Prime Minister’ buat seketika. Dia akan diarah berundur bila sahaja diinginkan oleh Najib. Ada yang berkata, pada masa itu Rosmahlah yang akan memerintah Negara Malaysia ini. Harap2 PR bergerak cepat dan Agung dapat menyelamatkan Negara kita ini dari masa depan yang sebegitu.

Comments

luaskanmata said…
Amww YB dan saudara sekalian:

Izinkan saya memberi sedikit pendapat. Pada pengamatan saya, ianya tidak semudah tu!

1. Perlembagaan senyap mengenai kaedah mendapatkan undi tidak percaya.

Nampak ada ruang perbahasan. Namun demikian, perlu kita teliti perkara kedua:

2. Suatu kes Stephen Kalong Ningkan telah memberi ruang untuk mahkamah mengesahkan bahawa ianya hanya boleh dibuat melalui parlimen atau dun.

Berpandukan keputusan mahkamah dalam kes tersebut, nampak tiada pilihan lain selain menggunakan parlimen. Justeru, perkara ketiga ini perlu ditimbang,

3. Perlembagaan juga memperuntukkan YAB PM boleh melanjutkan sidang dewan. Sidang yang sepatutnya diadakan pada bulan Oktober boleh dilanjutkan untuk tempoh 6 bulan.

Jika saudara-saudara mempunyai ruang masa, saya paparkan serba ringkas ulasan undang-undang perlembagaan tersebut dalam dua artikel berbeza untuk difikirkan di

http://www.bprihatin.blogspot.com

Salam jihad.
Anonymous said…
ASWT YB

Saya selalu terbaca komen Rosmah seperti yang YB sebarkan di atas.

Soalan saya, sejauh mana kebenarannya? Apakah cara PKR dan PAS mengendalikan maklumat diatas sebenarnya mengikut lunas lunas Islam. Sekiranya benar, mestilah ada cara mengikut Islam untuk dibuktikan kesahihannya.

Kita selalu juga dengar orang kata kalau tak ada angin, takkan daun bergoyang. Tetapi, kita juga banyak mendengar tuduhan terhadap pemimpin PAS, PKR dan DAP. Yang pastinya kita tak akan menerima peribahasa tersebut

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan