Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa & Ceramah Badar AlKubra

Majlis berbuka Puasa & Ceramah sempena perang Badar AlKubra telah diadakan pada 21 Sept 2008 di Surau Al-Ikhwan, Seksyen U10 Puncak Perdana. Majlis diserikan dengan sumbangan cenderahati kepada warga emas & pelajar cemerlang UPSR masyarakat setempat. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Seksyen U10 Puncak Perdana dengan kerjasama PKM Dun Kota Anggerik, MPP zon 20 dan Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan.

Aturcara Majlis:
6:00pm - Lawatan bazar Ramadhan
6:30pm - Majlis sumbangan cenderahati kpd warga emas & pelajar cemerlang UPSR
7:20pm - Iftar/Solat Magrib/Isya'/Tarawikh
10:00pm - Ucapan aluan YB Khalid Samad
10:45pm - Ceramah "Perang Badar AlKubra"
11:45pm - Bersurai



Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat.

- Pejabat YB Khalid Abd Samad -

Comments

Anonymous said…
badar kubra bukan qubra. غزوة بدر الكبرى
mesti belajar dari ulama lagi.
Khalid Samad said…
Terima kasih atas pembetulan yang dibuat. Maaf kakitangan pejabat main 'cut & paste' sahaja setelah menerima gambar2. Perkataan 'Al' telah turut diselitkan.
Khalid Samad said…
O ya, terlupa tadi. Kami sentiasa sdia belajar dari ulama'.
Anonymous said…
Bagus kalu semua buleh 'open' mcm YB. Yg menegur mestilah ikhlas dlm menegur & yg dtegur pun buleh terima dgn lapang dada.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...