Skip to main content

Kerajaan BN Tidak Akan Tumbang 16 Sep Ini?

Saya telah menemui satu artikel di dalam blog msomelayu dan saya rasa ianya memerlukan respon. Ianya berhubung pendirian Mustafa Ali terhadap isu ‘Sept. 16’ atau lebih dikenali kini dgn 916. Walaupun Mustafa Ali merupakan seorang kawan lama, Ketua Pemuda semasa saya menjadi AJK Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu, tidak bererti saya bersetuju dengan pendirian beliau dalam semua isu. Biasanya setuju, tetapi ada juga yang tak setuju.

Ini di antara yang tak setuju...

Pendirian beliau disampaikan melalui artikel yang bertajuk:
Mustafa Ali: Kerajaan BN Tidak Akan Tumbang 16 September Ini?

Di sini saya hanya akan petik bahagian yang relevan dan sekiranya pihak pengunjung ingin baca artikel sepenuhnya bolehlah mengunjungi laman berkenaan.
“Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali. Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6”
Bagi saya, berlaku atau tidak perubahan kerajaan pada 16 September bukan satu isu, tetapi untuk menyifatkannya sebagai satu gimik mungkin tidak tepat. Yang lebih tepat ianya merupakan strategi politik yang terbukti berkesan. Ia boleh disamakan dengan kaedah pengurusan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai MBO atau ‘Management by Objectives’. Dengan meletakkan satu tarikh sasaran yang realistik dan boleh dicapai maka segala kemampuan sebuah organisasi digerakkan kearah pencapaian sasaran tersebut.

Dalam kes Anwar kaedah ini terbukti berkesan dibeberapa peringkat seperti berikut:-
  1. Menyemarakkan semangat petugas, khususnya PKR, supaya bekerja keras demi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama.
  2. Menawan imaginasi rakyat jelata dan menyediakan mereka untuk menerima kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat Federal.
  3. Mengganggu gugat pemikiran pihak lawan sehingga bertelagah di antara satu sama lain sehingga mereka menggelabah dan bertindak secara yang mendedahkan kelemahan mereka dengan lebih jelas lagi untuk ditontoni rakyat jelata.
Dari semua segi, taktik ini telah berjaya. Kemenangan di Permatang Pauh adalah di antara bukti yang nyata. Sepertimana juga hakikat bahawa rakyat semakin terlibat di dalam perbincangan berhubung ‘perubahan di peringkat Federal’. Semakin hari, semakin jelas kesediaan mereka untuk menerimanya sehingga MP BN di Sabah dan Sarawak terasa tertekan untuk mengikut desakan rakyat mereka untuk ‘menyeberang’. Percayalah, MP2 ini bukan dibeli oleh PR. Mereka ingin menyeberang kerana mereka menghadapi desakan dari rakyat mereka!

Dari aspek matlamat ketiga saya rasa kejayaan taktik ini jelas kepada semua. Desakan dalaman UMNO supaya Pak Lah undur diri. Kes Ahmad Ismail. Kes pergi belajar pertanian di Taiwan. Semua ini menontonkan kepada rakyat betapa menggelabah dan lemahnya UMNO.

Soal samada akan berlaku atau tidak perubahan ini pada 16hb September; perlu saya jelaskan di sini bahawa saya tak pernah menyakini Anwar sebagai seorang ahli nujum ataupun seorang wali. Mereka yang tergugat keyakinan mereka dengan larinya tarikh perubahan dari tarikh ini mungkin selama ini meyakini Anwar sebagai ahli nujum atau wali. Tidak saya. Tetapi saya yakin perubahan akan berlaku dan tarikh 16 September itu berkesan dan menyumbang ke arahnya.
"Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh," begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas "16 September" anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.
Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.

Sesuatu undi tidak percaya ataupun 'peralihan kerajaan' akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.

Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen”
Ok. Ini pandangan Mustafa Ali. Mungkin dia betul, mungkin tidak. Ada juga pandangan dari peguam2 yang terkenal yang sebaliknya. Kalau dilihat, Pak Lah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum Parlimen dibentuk atas dasar beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. Ini amalan biasa selepas setiap PRU. Tak perlu Parlimen bersidang baru nak lantik. Namun, diakui, itu dalam keadaan tiada PM kerana PM letak jawatan sebelum PRU. Sekarang ada PM tetapi kedudukan PM sudah menjadi batal kerana hilang kepercayaan majoriti. PM yang ada kena letak jawatan. Adakah perletakkan jawatan perlu dilakukan di Parlimen atau Yang di-Pertuan Agung? Adalah difahamkan kepada Agung.

Oleh itu tak perlu Parlimen bersidang. Tetapi hakikatnya memang in perkara baru yang tiada ‘precedent’.
Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. "Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.

Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.

Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar”
Saya rasa kenyataan ini adalah jelas tidak tepat. Banyak kes sesebuah parti keluar dari sesuatu pakatan atau ‘coalition’ yang sedang memerintah. Kadang kala untuk menjadi pembangkang kerana tak setuju dengan sesuatu dasar kerajaan. Kalau keluar untuk menjadi pembangkang pun boleh, apa tah lagi keluar untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru! PAS dulu pun keluar BN untuk menjadi pembangkang.

Sekali lagi istilah gimik digunakan. Sebenarnya bila kita ingin melakukan sesuatu yang hebat, yang besar, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, memang ramai yang menjadi ‘spektator’ atau pemerhati dan pengkritik. Ini perkara biasa tetapi agak sedih bila di antara mereka adalah orang2 yang sepatutnya menjadi pemain2 utama.
“Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan"
Ini merupakan hujjah yang jelas meleset sekali. Adakah Mustafa Ali menganggap kerajaan BN sebagai sebuah kerajaan yang dibentuk atas dasar keyakinan terhadap prinsip2 tertentu yg disokong oleh
moral dan intergriti? Tidakkah beliau sendiri melihat bagaimana kesetiaan kepada BN sedang diusahakan melalui tawaran2 yang begitu menarik kepada MP2 BN dari Sabah dan Sarawak? Tidakkah jelas bahawa yang sedang membeli sekarang dan oleh itu tidak berintegriti adalah BN itu sendiri?

Sedangkan usaha ‘membeli’ MP BN oleh Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas dan hanya propaganda BN. Amatlah malang apabila nampak2nya masih ada kepercayaan yang begitu tinggi terhadap kata2 BN dikalangan pimpinan kita……!
“Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. "Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!”
Di sini mungkin Mustafa Ali lupa Tok Guru Nik Aziz kut? Atau TGNA dianggap orang baru? Saya tak tahulah tetapi kadang2 kita kena keluar dari kerangka pemikiran persekitaran kita sendiri yang membelenggukan pemikiran kita. Lihatlah keluar dari Terengganu sikit dan janganlah membenarkan suasana Terengganu sahaja mewarnai pemikiran kita. Saya yakin hampir seluruh pimpinan Kelate, Pahang, Kedah dan lain2 yang mempunyai ahli lama tiada masalah dalam soal ini.

Kedua jangan kita cepat sangat nak ‘mengharamkan’ atau ‘memakruhkan’ sesuatu tindakan. Kita menyempitkan ruang gerak kita atas prejudis kita sendiri sedangkan ianya mungkin sesuatu yang diharuskan.

Saya ingin bertanya, adakah lebih ‘bermoral’ kita membenarkan BN terus memerintah sedangkan kita tahu mereka sedang dan terus melakukan bermacam2 penyelewengan dan penganiayaan? Atau adakah PAS Terengganu dah selesa dengan BN dan rasa ok je?
“Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.

Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang. "Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan untuk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan", ujarnya”
Bahagian ini yang paling menarik. Nampak gaya selama ini, bagi Mustafa Ali, bantahan PAS terhadap ketidak-adilan perjalanan PRU oleh kerajaan BN adalah bagaikan gimik politik PAS sahaja! Sebenarnya beliau merasakan PRU bawah BN ok je! Demokratik dan bermoral dan itulah sebabnya kita perlu tunggu sehingga BN kendalikan PRU ke-13.

Sebenarnya saya setuju kita perlukan mandate rasmi yang perlu diperolehi melalui PRU ke-13. Tetapi biarlah PRU ke 13 ini dikendalikan oleh kerajaan yang lebih adil dan telus, BUKAN BN!

Setelah mengambil-alih kuasa, kita perlu bersihkan daftar pengundi, bebaskan SPR dan media massa serta melakukan reformasi terhadap sistem undi pos. Mungkin Mustafa Ali lupa ini semua. Sekiranya bukan kita yang memerintah, percayalah, BN akan menentukan PRU ke-13 akan merupakan PRU yang paling kotor. Semasa PRU ke-12 mereka terkejut, tak sangka. Takkan terus terkejut dan tak sangka selepas itu!

Dari segi ‘tidak demokratik’ dan ‘tidak bermoral’, inilah sebabnya mengapa kita perlu mengambil kuasa sekarang melalui tindakan penghijrahan MP BN ini. Supaya kita boleh tentukan bahawa PRU yang akan datang akan menjadi demokratik dan bermoral.
“Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno”
Ini saya no comment selain “actions speak louder than words”.

Wallahu ‘Alam

Comments

Unknown said…
Salam YB,


Macam2 statement yang berlainan baik pembangkang atau kerajaaan yg membuat rakyat keliru.....

Sama2 la kita fikir....

ada masa dahulu, ada sebuah
kampung dimana semua rakyatnya amat
RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab :
"Nak cite pun malas".

moral....sama2 la kita fikir

carcoon
Firdaus Omar said…
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terimakasih kepada YB kerana memberikan penjelasan yang cukup bernas dan jelas tentang isu ini.

Pemimpin sewajarnya tugasnya memimpin dan bukan mengkucar-kacirkan orang yang dipimpin.

Takbir!!
Farid Abu Talib said…
yb khalid, anda mmg cool dan steady. saya bersetuju dengan hujah anda. buat mustafa ali saya juga bersetuju utk tidak bersetuju dgn saudara.
Hasbullah Pit said…
Kita orang-orang PAS tak diberikan Sasaran berdasarkan waktu.





Beras Padu
Nevada said…
Salam YB,

terdapat perbezaan diantara orang yang mengulas dengan emosi dan orang yang mengulas dengan ilmu dan tertib.. syabas YB, ulasan Tuan amat senang diterima dan difahami!!
Anonymous said…
SAlam a'laik,

Tahniah YB, YB seolah-olah nak tunjukkan pimpinan PAS pun bertelagah dengan isu 16 September. Bukankah PAS mengambil pendirian "Tunggu dan Lihat" dalam isu ini. Saya dengar dari mulut YB Haji Mahfuz dan keterangan Hj Mohamad Sabu dalam malaysiakini. Apakah YB tidak patuh dalam pendirian ini? atau YB ta'sub dengan 16 Septembr? Semoga kita mematuhi keputusan dari JK Tertinggi PAS.
Anonymous said…
salam YB, hok sebenornya stopa tu frust kalau nuar jd PM sbb dia dok dpt jd menteri cam dulu2,tu yang hampeh sgt stopa ni e, dapat perintoh ganu sepenggal jerk dok sedor lagi mana silap, jenis mahkluk syok sendiri, YB suruh dia isi borang UMNO lah mcm2 org PAS dulu2 tuh...macam dia dulu laa manatau leh jd timb menteri ker...
Anonymous said…
Salam..

Tahniah dan terima kasih YB.

Kpd Zul,
jika ini bukan pendirian parti, terimalah kenyataan ini adalah penjelasan/ulasan YB Khalid atas kapasiti individu.
Biarpun beliau terikat dgn parti, namun kita bebas utk bersuara.
Inikan negara demokrasi yg sebahagiannya dinafikan oleh pemerintah yg tamakkan kuasa dan harta.

Sama2 kita renungkan.

Semoga Allah pelihara pemimpin dan perjuang2 yg hati bersih serta Ikhlas. Ameen.

Selamat maju jaya buat YB dan Parti/Pakatan..

Salam Perjuangan.
Unknown said…
saya mengambil sedikit masa utk memberikan komen di bawah. tapi selepas difikir2 - ah, biarlah!
1 - berdasarkan hujah sdr mustafa ali, akan ada berkata: "alahai, terengganu dulu mengapa tumbang?"
2 - seakan lelucon, tapi saya terfikir: patutlah pas susah sungguh nak menang selama ni. sdr mustafa ali adalah pengarah pilihan raya pas pusat.
3 - sdr zul (yang memberi komen di atas) saya setuju utk tunggu dan lihat. masalahnya, adalah ia terpakai kepada sesetengah golongan saja dan terbatal bagi golonan tertentu lain?
Anonymous said…
astaghfirullah....inilah padahnya apabila terlalu fanatik dgn kump erdogan dan anwar ibrahim.
anwar tipu pon dianggap strategi.
Anonymous said…
salam YB,

rasanya amat tidak wajar wujud semacam suasana tidak sebulu antara pimpinan PAS. Org itu kata begitu, org ini kata begini. Akhirnya, ahli PAS dan rakyat terbanyak yang terkeliru. Yang beriya-iya benar nak menjayakan 916 ni sebenarnya adalah Anwar dan PKR. PAS rasanya tidak ambik pot sangat, kecuali beberapa pimpinan.

Tok Guru Nik Aziz awal2 lagi dah bagi kenyataan, kalaupun kita nak tukar kerajaan, biarlah melalui pilihanraya umum ke 13 nanti. Kita tak perlukan ahli parlimen yang melompat, sebab mereka ini tiada kesetiaan. Saya bersetuju benar dgn apa yang diperkatakan Tok Guru.

Rasanya pimpinan PAS tidak perlulah saling mengeluarkan kenyataan atau terlalu ghairah dengan 'projek 916' yang makin mustahil berlaku. Teruskan dengan kerja dakwah kita, dampingi rakyat, sebarkan Islam seluas mungkin, urusan pemerintahan dan tadbir urus dengan lebih cekap, sumbangkan idea dan pendapat ke arah memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang ada sekarang ini, susun gerak kerja awal untuk menawan Malaysia pada PRU 13 nanti. Itu lebih praktikal dan rasional rasanya.

Ingat, kita cari kuasa hanya untuk Memartabatkan Islam. Bukan untuk tujuan lain.
Anonymous said…
Kita jgn jadi hipokrit, duk tunggu dan lihat tak nak ke dpn sbb ada kepentingan yg lain so duk atas pagar. Ini bukan ciri kepimpinan yg baik. Semua org buat pilihan, ada betul ada salah. TAPI mesti lah ada pendirian utk memimpin org2 yg dipimpin. Kalau tak berani ketepi, biar mereka yg berani buat keputusan.

Fikirlah, KALAU mmg dah tak mahu bersama dlm pakatan, tidak sehati sejiwa, mengapa masih tinggal serumah? tidur sebantal. Make your stand now all PAS leaders!! JGN bila dah berjaya / tak berjaya baru la nk decide mana rasa patut di ikut atas dasar untung.

Saudara Khalid telah membuat pendirian nya. Hanya Allah yg maha tahu betul ke tidak keputusan nya itu. Tetapi yg lain2 mcmana?
Anonymous said…
Saya sebagai rakyat jelata nak tanya YB beberapa soalan...

1. Apa Kerajaan Selangor dah buat sejak menang PRU 12 (khasnya di Shah Alam)?

2. Apa faedah yang boleh rakyat peolehi kalau PR dapat amik alih kerajaan?

3. Apa buktinya negara kita boleh jadi lebih baik jika di bawah PR (dengan mengambil Shah Alam sebagai contoh)?

Harap YB boleh jelaskan.
Harris Nasril said…
u r brilliant. smarter than your brother.

org2 macam nih yang buat orang2 muda nak dekat dengan pas.. pemikiran macam mustafa ali tuh.. dah out dated.
Anonymous said…
Salam YB,
Suatu huraian yang menyegarkan kepala otak saya,hilang rasa serabut dalam kepala otak memikirkannya,sebelum ni saya tercari2 jawapan' persoalan yang ditimbulkan oleh Mustafa Ali,merayau2 didalam blog mencari ulasan tentang hal ini alhamdulillah saya terjumpa dengan blog YB. TERIMA KASIH.
Anonymous said…
yg pastinya, jika tidak berlaku perubahan 16 sept ini, rakyat akan terus menderita dibwh BN. Bagi saya, memang perubahan ini sangat2 diharapkan.

Kalau nak tunggu PRU13, saya rasa peluang seperti ini payah nak muncul lagi. Lagipun, BN akan terus menggunakan kuasanya utk buat plan agar dpt menawan 5 negeri PR.

Percayalah! jika BN tak jatuh 16 sept ni, PRU13 adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah Malaysia!
Anonymous said…
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas pendirian YB yg jelas serta tidak bersandiwara seperti sesetengah pimpinan.

Kepada saudara Zul, baca betul2 dan cuba faham apa yg YB Mahfuz dan Mat Sabu katakan berkenaan tunggu dan lihat - yg tidak bermaksud duduk berpeluk tubuh semata2. Usaha kena ada. Kedua2 mereka bersama berhempas pulas berkempen di permatang pauh dan tidak hanya melihat dari jauh shj. Cuba selidik betul2 geng2 PR mana yg tidak hadir. Kenapa? Walaupun di mulut kata akan terus bersama PR. Apa guna ini mcm punya org, ckp lain bikin lain!!
Anonymous said…
Assalamualaikum Yang Berkhidmat Hj. Khalid.dalam kawasan parlimen shah alam ada tak hamba allah yg hanya berbuka puasa dgn minum air masak kerana ketidakmampuannya? WALLAHUalam assalamualaikum ...soalan ini ditujukan juga kepada semua yang bercita-cita hendak memimpin
zahidyusof said…
Rasanya tak pernha komen di blog bro khalid ni...tapi hari ni rasa nak komen...musykil sikit,

1) Kenapa Bro khalid begitu yakin dengan 916 ni? asas yang di berikan oleh bro untuk tangkis hujjah dato' PAS kurang kemas la

"Adakah perletakkan jawatan perlu dilakukan di Parlimen atau Yang di-Pertuan Agung? Adalah difahamkan kepada Agung"

sapa yang fahamkan saudara? kenapa tidak ada kepastian, cari la kepastian tu!

2) 916 semacam di tangguhkan Anwar kepada 920, Ahli PAS masih ramai lagi yang tidak mendapat maklumat melalui media alternatif ni, kalau tak jadi 916...pasti mereka cakap Anwar Bohong..... sapa nak jawab? maka lebih senang dan mudah jangan terlalu bagi harapan....tidak kira la bro nak kata pendirian kebelakang ke apa ke, tapi jika pimpinan jugak memberi harapan terhadap 916,sedangkan orang yang merancang untuk 916 pun dah berkira-kira untuk ubah kepada 920 dan lepas ni kepada berapa pulak wallahua'lam, bagi saya jawapan cikgu pa adalah untuk ahli-ahli bawahan, sebab beliau lebih dekat dengan ahli-ahli bawahan.
3) Saya cadangkan anda masuk PKR..lebih senang sebab dalam PAS susah untuk orang macam anda bergerak, ada majlis syura la, ada kepimpinan ulama' la, ada Dewan ulama'la, ada ulama' muda la...jadi untuk tingkatkan potensi anda...LEBIH BAIK ANDA MASUK PKR LA...jangan sedih..masih PR lagi
Anonymous said…
Rasa nya...pemandangan yg ditunjukan Mustapha Ali ini adalah cara pemikiran yg sempit dan tidak bijaksana. Mustapha Ali lebih kurang pemikiran nya seperti AntiHusam... betul x? ;) harap tidak lah kan...
Anonymous said…
Statement ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin PAS,Mustafa Ali.

Saya tidak tahu mengapa pandangan ini keluar dari mulut Mustafa Ali. Saya menghormati pemimpin-pemimpin PAS, tapi sejak akhir-akhir ini, mereka lupa bahawa kemenangan mereka didalam pilihanraya umum, bukanlah kemenangan sendirian melainkan kemenangan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Dan tindakan mengeluarkan pandangan yg boleh digunakan sebagai senjata untuk pihak musuh untuk menghentam PR adalah amat dikesali.

Diharap Mustafa Ali berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Bukan sahaja Mustafa Ali, tetapi semua para pemimpin PAS khususnya yg saya kira, tidak pandai bila berhadapan dgn media massa ketika diinterview.Cakap main lepas jer.

kami rakyat sedang menilai.
Semut Api said…
916 satu peluang keemasan untuk jatuhkan kerajaan BN/UMNO. Soal samada ia beretika/demokratik atau tidak adalah persoalan persepsi. Nak tahu persepsi, kena buat survey. (secara peribadi saya rasa kurang beretika)

Cuma masalah sekarang ialah cara PAS kendalikan isu ni. Kenapa tak ada stand jelas? Jangan terus biarkan berlaku statement bercangah2 mcm isu muzakarah. Selesaikan segera!

Wa syaa wir hum fil amri...

ulsan dan concern saya dalam:
http://wajahesok.blogspot.com
Anonymous said…
Thanks YB for the refreshing explanation. Why cant PAS have more people like you instead of like this Mustafa guy?

Anyway zahidyusof where are you from? Terengganu? emmm... that explains alot ;) Dont know what, its probably the water, or the fish or whatever that made these PAS people of Terengganu think like you. Sometimes we need to think outside the box bro, no hard feeling OK. Salam perjuangan.
Anonymous said…
waalaikumsalam. Kpd "anonymous"

Sempena Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan ini ramai insan yg menghulurkan/infak sebahagian hartanya. Kita dapat lihat, rata-rata surau dan masjid di sekitar shah alam ini ada menyediakan pelbagai juadah utk para jemaah yg iftar dan moreh.

Berhubung pertanyaan " ada tak hamba Allah yg hanya berbuka puasa dgn minum air masak kerana ketidakmampuannya?.."

disini sy bagi pihak YB Khalid, ingin mengucapkan ribuan trima kasih atas maklumat tersebut.
Untuk makluman "Anonymous" pihak kami tidak mendapat maklumat2 tersebut.
Dan mungkin adalah lebih cantik seandainya penama2 yg dikatakan ketidakmampuannya itu dihantar kemana-mana pusat khidmat/ADUN dgn disertakan butiran2 diri di kawasan shah alam ini bagi diberi khimat nasihat jika sekiranya ada saluran bantuan bagi yg layak.

Insyallah.. moga2 dgn bantuan "anonymous" ini dapat meringankan beban penama terbabit.

sekian,
B.P. YB
Anonymous said…
Salam,

Pada pandangan saya perjuangan Islam itu tidak tertakluk kepada suatu tarikh luput atau dateline tertentu. Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan. Hendak juga kita perhitungkan sunnatullahnya.

Islam itu tidak dapat ditegakkan dengan cara yang bukan fitrahnya. Ianya takkan berjaya. Hendaklah kita mengikut betul sunnahnya. Bukan tertakluk kepada gaya atau cara kumpulan tertentu yang tidak ada langsung nawaitu perjuangan.

Matlamat pastinya tidak akan menghalalkan cara. Sekiranya tak percaya lihatlah apa yg akan berlaku.

Wallahua'lam
Anonymous said…
Salam.

1999 Pertemuan dengan Almahrum Ust Fadhil. Beliau mengatakan jika PAS bertanding di kesemua kerusi majoriti Melayu, PAS masih tidak boleh memerintah kerana tidak cukuk majoriti.PAS bersedia bekerjasma dengan Keadilan dengan DSAI sebagai PM asalkan PAS diberi kebebasan menyampaikan Islam sebenarnya; dakwah melalui telivisyen, suratkhabar etc. Perjanjian Hudaibiyah menjadi contoh kita. Jelas sekali pandangan Almahrum.
Kenapa Dato' Mustafa memberi komen yang negatif didalam TV3 malam tadi. Kenapa tak ikut macam TGNA kata. 16 Sept hanya teknikal, yang pasti BN akan diganti, dan itulah yang telah diperjuangkan selama ini.
Anonymous said…
Syabas YB.. Saya sebagai orang luar boleh jawab soalan `Limaupurut' berkaitan apa kerajaan PR Selangor dah buat.

Kawan saya baru dilantik ahli majlis daerah di Selangor.. banyak penyelewengan berjaya dibuang.

Antara yang mudah JKK dulu menguasai Pasar malam.. malangnya duit collection tidak diisytihar dgn betul, di satu tempat hampir $100K setahun di`songlap' JKK yg dikuasai UMNO.. Bayangkan satu pasar malam $100K.. berapa jumlah kerugian Majlis Bandaran dapat diselamatkan oleh PR.

Satu lagi lesen kilang-kilang haram.. selepas hanya 40 hari jadi ahli majlis, beliau berjaya mengutip RM4 Juta dari satu kawasan perbandaran, more to go. Bila ditanya taukey selama ni bayar pada siapa? Taukey jawab `Kautim maa..' bayar pada penguasa & org2 tertentu sebagai perlindungan.

Berapa banyak duit kerajaan PR berjaya selamatkan hanya dgn memerintah Selangor!!..

Bayangkan Malaysia.. dalam TV2 baru2 ni dilaporkan hanya 10-20% budget kerajaan sampai ke akar umbi..

Tukar kerajaan secepat mungkin, bina kerajaan & sistem yg telus dan buat Pilihanraya Umum.. baru kita tahu sebenarnya BN sepatutnya dah bungkus tahun 99 dulu!!..
pek percubaan said…
Gimik dan strategi politik adalah lebih kurang maknnya. tak perlu bermain dengan ayat dan perkataan. Kasi hujah yang lebih ilmiah
Anonymous said…
Assalamualaikum.
Syabas... untuk semua kerana memberi komeng.
Pendapat yg berbeza tu biasa lah.Sebagai manusia Allah dah berikan akal fikiran pada setiap insan.Baik YB Khalid atau Hj Mustapha Ali mereka berdua ada buah fikiran masing2.Cuma fikiran Hj Mustapha tu buat masa ni tak popular.
YANG PALING BERMASALAH BAGI AKU,SIAPA KONTROL AKHBAR HARAKAH,SEHINGGA BUAH FIKIRAN HJ MUSTAPHA ALI NI MENJADI TAJUK UTAMA HARAKAH? DAN DISISIPAN DALAMNYA ADA LAGI TAJUK BESAR KENYATAAN TIDAK POPULAR DARI MAT SABU.
Sebenarnya kenyataan begini perlu ditetak di muka dalam.AKU NGAN KAWAN2 YG DAH BERPULUH TAHUN IKUT PAS PUN NAIK MARAH DENGAN SIKAP HARAKAH.Depa ingat depa boleh hidup tanpa ahli yg setia membeli HARAKAH.Aku dan kawan2 dah BERSUMPAH kalau tajuk muka depan HARAKAH masih merapu dan tidak ikut kehendak ahli teramai BOIKOT saja.
Anonymous said…
aku pun marah dengan harakah dah jadi lidah RASMI Anwar Ibrahim dan suara ke 2 KEADILAN...apa ni... Harakah ni akhbar PAS ke Keadilan...bokiot kan...baru padan aku pun BERSUMPAH kalaumasih lagi jadi suara Anwar Ibrahim dan merapu tentang berita yang taktahu hujung pangkal ni....tak payah beli la
Suhaimi Said said…
YB Khalid, do u still remember me, we were together on holiday at Kemunting Hotel under the management of the former Pengurus, Mahathir Mohamed?

It was your first and my second. Seronok ya, dapat bercuti, dengan semua belanja free.

Yg tak free, terkongkong,

Saya baru tengok hang punya blog. Nak tumpang komen, tak berupaya, aku la ni kerja kampong; tak ada kerjalah, cuma tolong-tolong anak aku buat kerja. Cukuplah makan sikit2, dah tua ni tak makan banyak pun.

Rumah itulah jugak, dah agak buruk, kalau musim panas tak bocor!

Malam-malam gi mesjid, solat samasama kawan-kawan sekampong, org tua mcm aku aje ada di mesjid tu. Org muda tah kemana!

Tentang Mustafa Ali ni, apa hal? Aku tengok dia dalam tv, amboi dia hentam Anwar lebih dari dia hentam Pak Lah atau Najib, esoknya tengok pulak kenyataan dia dalam Harakah.

Wow, nampak betul dia tak setuju dengan Kerajaan Pakatan Rakyat!

Tapi aku gembiralah Tuan Guru Nik Aziz perbetuikan keadaan.

Ya, memang betullah begitu; takkan semua orang setuju dengan semua keputusan parti, tapi kalau dah tak setuju sangat, buat apa dia duduk dalam PAS.

Masa di Permatang Pauh dulu ada juga parti kecil tanding, tah, namanya pun aku lupaaa..

Merepek dah ni, cukuplah. Selamat dengan perjumpaan baru ni. Blog aku: http://lubokkawah.blogspot.com dan alamat aku lksuhaimi@gmail.com. Selamat berpuasa, dan nanti Selamat Hari Raya.
Anonymous said…
Ia juga adalah strategi yang jelas berjaya mememcahbelahkan dan memusnahkan parti PAS.

Parti ini kini terbahagi kepada dua

(1) Golongan menghalalkan cara, membelakangkan nilai nilai Islam demi untuk mencapai matlamat. Kaedah penipuan di definasikan sebagai strategi yang bijaksana (rationalisasi supaya namapak baik)

(2) Golongan yang berpegang kepada kebenaran.

On the ground, saya nampak majoriti golongan pengundi pertengahan tidak akan menyokong perbuatan melompat parti. Walaupun ia dianggap begitu berstrategi, bijaksana dan betul oleh penyokong PKR dan separuh dari penyokong PAS.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.