Skip to main content

Isu Terengganu: Apa Diinginkan?

Ada ramai yang hairan mengapa isu Terengganu ditimbulkan oleh saya. Sebabnya adalah, Pertama, kerana saya ditanya dan Kedua kerana saya rasa amat perlu ahli2 PAS memahami bahawa sekiranya kerajaan PR di peringkat pusat ditubuhkan, maka ianya adalah bagaikan kemenangan “lebih kuah dari sudu” seperti yang disifatkan oleh seorang pengkritik.

Bila dikatakan kemenangan yang “lebih kuah dari sudu” tidak bererti ianya tidak bernilai sama sekali. Tetapi adalah penting untuk kita memahami sifat kemenangan itu supaya dapat ianya diurus dengan betul, kearah yang lebih kukuh dan lebih bermakna sehingga menjadi :-

(a) sama kuah dengan sudu dan
(b) akhirnya lebih sudu dari kuah (betul ke perumpamaan ini semua?).

Contoh Terengganu digunakan kerana, pada pendapat saya, mereka menganggap kemenangan 1999 adalah kemenangan Islam secara mutlak (hasil 20 tahun Tarbiyyah). Mereka menolak faktor Anwar dan mereka mengurus kemenangan mereka berdasarkan tanggapan begitu. Saya tidak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Kemenangan kita tahun ini bukan lagi kemenangan Islam yang mutlak tetapi melalui kemenangan ini akan terbuka peluang yang begitu luas untuk kita bergerak kearah kemenangan Islam yang sebenarnya.

Segala tembok2 yang menghalang kita untuk menzahirkan keadilan Islam, kepada orang Islam dan orang bukan Islam akan dapat kita robohkan. Segala saluran yang selama ini dibolot oleh UMNO/BN semata-mata terbuka kepada kita untuk menyampaikan risalah perjuangan kita. Segala jawatan-jawatan yang selama ini diisi oleh mereka2 yang tidak layak dan yang mengelirukan masyarakat Islam dan bukan Islam dapat diisi sebahagiannya oleh orang2 kita supaya penjelasan yang tepat dan mantap dapat disampaikan. Kita akan berpeluang untuk melaksanakan sebahagian dari prinsip2 keadilan Islam terhadap rakyat Malaysia dan dengan itu menghilangkan ketakutan rakyat terhadap perjuangan kita. Kita akan berpeluang untuk meluas-lebarkan sokongan terhadap PAS.

Inilah sebabnya apabila kita nak menilai baik buruk sesuatu keadaan atau kemenangan, banyak qawaaid (kaedah-kaedah) syariah yang boleh diguna pakai. Di antara yang mengharuskan tindakan atau strategi memanfaatkan kemenangan walaupun yang bersifat ‘lebih kuah dari sudu’ adalah kaedah ‘yang lebih ringan mudaratnya dari dua mudarat’ atau ‘yang lebih banyak maslahahnya dari dua maslahah (keuntungan).’ Ada juga kaedah ‘kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua’ dan sebagainya yang tuan2 boleh belajar dari orang yang lebih layak dari saya.

Dalam arti kata yang lain, kita harus menilai samada memperolehi kemenangan yang terbatas adalah lebih baik dari terus tidak menang. Kalau ikut semangat memanglah ada yang mengatakan “sanggup terus menjadi pembangkang dari bersubahat dalam kerajaan yang tidak Islamik sepenuhnya”. Itu cakap semangat yang tidak memahami wujudnya kawaid yang saya sebutkan tadi.

Oleh itu, apa yang saya inginkan melalui isu Terengganu ini? Jika Allah izinkan, saya inginkan yang seperti berikut :-
(i) Kesedaran dan persetujuan bahawa ‘kemenangan terhad’ adalah lebih baik dari tidak menang.
(ii) Kesedaran dan persetujuan bahawa ‘kemenangan terhad’ mesti ditangani dengan kaedah ‘kemenangan terhad’ dan bukan dengan kaedah ‘kemenangan mutlak’.
(iii) Pengurusan ‘kemenangan terhad’ hendaklah dilakukan dengan cara yang akan membawa kepada kemenangan yang lebih kukuh secara berperingkat.

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Sudah la Khalid. Orang dah mula sembang kau dah gone overboard dgn isu-isu ni.

Tahan-tahan la sikit perasaan kau.

Bukan apa, aku takut kau yg kena backlashnya nanti.

Permulaan kau handle isu ni dan comel dah, bak kata org Kelantan.

Tapi dah nampak way too much monkey business.

Kau mesti ingat, ramai org yg hormat kau dan menyandarkan harapan kpd kau. Jgn sampai dia orang nampak you are being demonised by yourself.

Aku ni bukan penentang engkau. Tolong tekan brek, Khalid!!
penjejak awan said…
tunggu je sedikit masa lagik insyaallah kita SEMUA org akan tahu kenapa pak khalid ni bising2 sgt pasal puak2 nih, sabar... jeng2

selamat hari raya!
Anonymous said…
Setakat yg ana kenal YB Khalid bukan org yg berdendam kesumat kpd mana2 individu dlm soal perjuangan. Ana pun sebenarnya hairan kenapa tak sudah2 cerita terenggau ni? Apakah isu sebenarnya?

Kalau tida angin, maka akan bergoyangkah pokok? Atau mungkin terdapat tangan2 gatal yg menggoyangkan pokok dari bawah setelah ketiadaan angin?
BaYu SenJa said…
slm.
Saya bersetuju dan menerima pandang balas dari YB khalid SAmad dalam hal ni.

Bagi saya, YB Khalid cuma menganalisa sejarah pas di Terengganu, supaya kemenangan bukan sahaja dapat diisi tetapi dapat diteruskan.

Jadi, beberapa teknikal dan uslub pentadbiran yang mungkin kurang sesuai harus dikaji supaya tidak diulangi.

Pengkajian sejarah adalah sangat penting dalam harakah islamiyah. Tidak banyak faedah kalau kekalahan kita cuma dianalisa dengan menyalahkan musuh yang memang jelas2 mencari jalan memusnahkan kita (kerana itu adalah kerja mereka), tetapi kita harus lebih adil bermuhasabah dengan menilai di mana kelemahan yang harus kita baiki...
Anonymous said…
anymous dan penjejak awan...


1) aku bukan penyokong khalid sama, tapi aku kagum dengan kelantangan khalid dalam parlimen, keberanian dia menyuarakan isu walaupun x popular dalam parti demi memperbetulkan keadaaan..

2) khalid bagi aku adalah mutiara dalam PAS.. Org muda yang mempunyai visi dan pandangan yg luas, luar dari kotak pemikiran biasa. Dalam kata lain berfikir di luar kotak.. Ni bukan bodek.. Kalau kita nak PAS memerintah, org mcm ni la kita patut naikkan.. selain husam, dr zulkifli, dr hatta, dr lolo, salahudin ayub yang terdiri dari golongan profesional2 tetapi mempunyai fikrah islam... org mcm ni la yg rakyat semua jenis mudah terima..

3) aku sokong apa yg khalid kemukakan... kalau kita dah menang sikit, kita kena la bertindak spt menang sikit.. x kan kita menang 3 kerusi tp nak bolot semua jawatan.. bukan ke itu namanya tidak meletakkan benda pada tempatnya...

4) Apapun, kemenangan walau kecil adalah penting... pengurusan kemenangan lebih penting...

5) dalam mengurus kemenangan, kita mest bijak dengan rakyat... perubahan yg hendak dilakukan mestilah dipastikan diterima rakyat terbanyak

6) prinsip2 islam aku yakini akan diterima rakyat terbanyak.. tapi kena bijak.. perlahan2 laksanakannya.. umpama menarik benang dari tepung, benang leh tarik tapi tepung x terjejas...

7) percayalah, kemenangan akan tiba pd kita yg komited dgn perjuangan

8) aku sokong 110% teguran ahli2 dan pimpinan pas pd pimpinan lain dan pimpinan tertinggi.. kalau dah x da teguran, jd la kita mcm UMNO kapal karam... apapun, teguran mest bijak


9) satu lagi sebelum aku lupa...

aku da tny kawan2 aku dan org yg aku jumpa, knp pilih PAS?

ni jawapannya yg selalu aku dgr:

i) UMNO dah x releven.. tmsk la UMNO jahat sgt...parti perosak negara


ii)tertarik dengan manifesto PAS dan rakan pembangkang

iii) Lemahnya Pak Lah Memimpin

iv) Tertarik dengan Anwar

v) Kenaikan harga minyak yg mendadak gila2

vi) meluat dengan media arus perdana yg ketara berat sebelah


ni jawapan yang aku jarang2 dengar:

i) sokong PAS sebab PAS parti bebas rasuah

ii) sokong PAS sebab tertarik dengan kepimpinan PAS

iii) PAS parti berwibawa memimpin negara


Ini pulak padangan golongan atas pagar kenapa x suka PAS& selalu aku dgr:

i) Ustaz2 x pandai ekonomi

ii) x suka pengharaman keterlaluan. nak enjoy pun x boleh... mana ada pawagam di negeri PAS

iii) negeri PAS mundur

IV) orang PAS berpuak2, x mesra dengan org parti lain


DAN LAIN2...


ini semua pandangan dan tanggapan kebanyakan orang mengenai PAS..dan tanggapan ini dtg dari org melayu wanita, atas pagar dan oenyokong BN...


TANGGAPAN INI JIKA BETUL...

kita mesti perbaiki kelemahan kita utk pastikan PAS menang besar pada PRU13...

TANGGAPAN INI JIKA SALAH...

kita mesti dekati golongan ini dengan cara bijaksana dan tonjolkan kita bukan begitu..gUNAKAN sebaiknya peluang memimpin walaupun terhad utk tonjolkan

i) orang PAS ada pakar ekonomi berwibawa.. buktinya Husam Musa

ii) orang PAS x larang hiburan... mungkin kita boleh adakan promosikan hiburan islam atau hiburan yg menepati syarak... Pawagam boleh diadakan dengan syarat dipisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dan ceritanya bukan berunsur seks dan lain2

iii) jika pakatan rakyat perintah negara.. percayalah Anwar akan kembalikan bantuan untuk negari Kelantan, Kedah dan Perak.. buktikan negeri2 pimpinan PAS mampu menarik pelabur2, mampu menyediakan peluang pekerjaan utk rakyat dan prasana yg mantap.. dalam kata lain sebuah negeri maju berlandaskan islam

iv) mulakan agenda dakwah kita dengan memulakan persahabatan dengan jiran2 kita, rakan sepejabat atau rakan seuniversiti..buktikan org2 PAS dalah org2 yg mudah mesra dan dihormati oelh masyarakat.. tonjolkan imej2 dan nilai2 positif dlm diri kita



KALAU SEMUA DILAKSANAKAN, SAYA YAKIN KITA BUKAN SAJA MAMPU MENAWAN HATI ORANG MELAYU, BAHKAN ORANG CINA DAN INDIA.. SILAP2.. ORANG CINA DAN INDIA BERBONDONG2 MAHU MEMLUK ISLAM
Anonymous said…
anymous dan penjejak awan...


1) aku bukan penyokong khalid sama, tapi aku kagum dengan kelantangan khalid dalam parlimen, keberanian dia menyuarakan isu walaupun x popular dalam parti demi memperbetulkan keadaaan..

2) khalid bagi aku adalah mutiara dalam PAS.. Org muda yang mempunyai visi dan pandangan yg luas, luar dari kotak pemikiran biasa. Dalam kata lain berfikir di luar kotak.. Ni bukan bodek.. Kalau kita nak PAS memerintah, org mcm ni la kita patut naikkan.. selain husam, dr zulkifli, dr hatta, dr lolo, salahudin ayub yang terdiri dari golongan profesional2 tetapi mempunyai fikrah islam... org mcm ni la yg rakyat semua jenis mudah terima..

3) aku sokong apa yg khalid kemukakan... kalau kita dah menang sikit, kita kena la bertindak spt menang sikit.. x kan kita menang 3 kerusi tp nak bolot semua jawatan.. bukan ke itu namanya tidak meletakkan benda pada tempatnya...

4) Apapun, kemenangan walau kecil adalah penting... pengurusan kemenangan lebih penting...

5) dalam mengurus kemenangan, kita mest bijak dengan rakyat... perubahan yg hendak dilakukan mestilah dipastikan diterima rakyat terbanyak

6) prinsip2 islam aku yakini akan diterima rakyat terbanyak.. tapi kena bijak.. perlahan2 laksanakannya.. umpama menarik benang dari tepung, benang leh tarik tapi tepung x terjejas...

7) percayalah, kemenangan akan tiba pd kita yg komited dgn perjuangan

8) aku sokong 110% teguran ahli2 dan pimpinan pas pd pimpinan lain dan pimpinan tertinggi.. kalau dah x da teguran, jd la kita mcm UMNO kapal karam... apapun, teguran mest bijak


9) satu lagi sebelum aku lupa...

aku da tny kawan2 aku dan org yg aku jumpa, knp pilih PAS?

ni jawapannya yg selalu aku dgr:

i) UMNO dah x releven.. tmsk la UMNO jahat sgt...parti perosak negara


ii)tertarik dengan manifesto PAS dan rakan pembangkang

iii) Lemahnya Pak Lah Memimpin

iv) Tertarik dengan Anwar

v) Kenaikan harga minyak yg mendadak gila2

vi) meluat dengan media arus perdana yg ketara berat sebelah


ni jawapan yang aku jarang2 dengar:

i) sokong PAS sebab PAS parti bebas rasuah

ii) sokong PAS sebab tertarik dengan kepimpinan PAS

iii) PAS parti berwibawa memimpin negara


Ini pulak padangan golongan atas pagar kenapa x suka PAS& selalu aku dgr:

i) Ustaz2 x pandai ekonomi

ii) x suka pengharaman keterlaluan. nak enjoy pun x boleh... mana ada pawagam di negeri PAS

iii) negeri PAS mundur

IV) orang PAS berpuak2, x mesra dengan org parti lain


DAN LAIN2...


ini semua pandangan dan tanggapan kebanyakan orang mengenai PAS..dan tanggapan ini dtg dari org melayu wanita, atas pagar dan oenyokong BN...


TANGGAPAN INI JIKA BETUL...

kita mesti perbaiki kelemahan kita utk pastikan PAS menang besar pada PRU13...

TANGGAPAN INI JIKA SALAH...

kita mesti dekati golongan ini dengan cara bijaksana dan tonjolkan kita bukan begitu..gUNAKAN sebaiknya peluang memimpin walaupun terhad utk tonjolkan

i) orang PAS ada pakar ekonomi berwibawa.. buktinya Husam Musa

ii) orang PAS x larang hiburan... mungkin kita boleh adakan promosikan hiburan islam atau hiburan yg menepati syarak... Pawagam boleh diadakan dengan syarat dipisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dan ceritanya bukan berunsur seks dan lain2

iii) jika pakatan rakyat perintah negara.. percayalah Anwar akan kembalikan bantuan untuk negari Kelantan, Kedah dan Perak.. buktikan negeri2 pimpinan PAS mampu menarik pelabur2, mampu menyediakan peluang pekerjaan utk rakyat dan prasana yg mantap.. dalam kata lain sebuah negeri maju berlandaskan islam

iv) mulakan agenda dakwah kita dengan memulakan persahabatan dengan jiran2 kita, rakan sepejabat atau rakan seuniversiti..buktikan org2 PAS dalah org2 yg mudah mesra dan dihormati oelh masyarakat.. tonjolkan imej2 dan nilai2 positif dlm diri kita



KALAU SEMUA DILAKSANAKAN, SAYA YAKIN KITA BUKAN SAJA MAMPU MENAWAN HATI ORANG MELAYU, BAHKAN ORANG CINA DAN INDIA.. SILAP2.. ORANG CINA DAN INDIA BERBONDONG2 MAHU MEMLUK ISLAM
sila baca komen saya dalam add ini:

http://al-brangi.blogspot.com/2008/09/perbandingan-epal-dengan-epalbukan-epal.html
Anonymous said…
Assalamualaikum wbt.

YB,...bagi saya komen dari pengunjung yang agak menentang arus tu bisalah....kita tak boleh paksa orang setuju dengan idea atau hujah kita, begitu juga masakan kita dapat memuaskan hati semua pihak.

Bagi mereka yang tak setuju dengan idea atau hujah yang dikemukakan, kenapa tidak keluarkan hujah yang lebih Ilmiah untuk kita kongsi bersama, lainlah kalau memang mereka terdiri dari pencacai-pencacai yang mempunyai agenda tersendiri.

Saya rasa gembira YB sentiasa mau memberi respon balas setiap tulisan dari penunjung, walau pun ada yang mencemuh, YB jangan cepat melatah. " Usah Bicara Pasal Perjuangan, Jika Takut Pada Kegagalan " " Perjuagan Adalah Perlaksanaan Kata-kata ".

Semoga NegaraKu Malaysia menjadi sebuah Negara yang benar-benar Merdeka dari segala segi di bawah kepimpinan mereka yang tunduk dan takut kepada Allah.
J. Kelah said…
Salam Sdr Khalid, dan rakan rakan Pengomen,

Saya setuju dengan hujah Sdr Khalid. Pemimpin wajib memahami zamannya seterusnya menawarkan penyelesaian yang tepat dengan keperluan zamannya. Dgn menggaris bawahi akidah dan amanah sebagai Imam Islam.

J.
Anonymous said…
Salam YB & semua,
YB Khalid! Saya fikir tak perlu YB renspond komen Mustafa dlm Sinar hari ni. Dalam hal makan, yg tua patut mengalah. Tapi dalam hal tajuk dlm Sinar ni, biar yg muda mengalah. Percayalah, ramai di sebelah YB dan pening fikirkan hal Mustafa akhir-akhir ini. Mungkin terlalu lama berpolitik, tapi tak kena cara.
Saya dlm PAS dah 30+ tahun, faham masalah PAS Trengganu ni. Tak guna ditegur. Macam adik atau abang yang degil. Cuma baiknya, mahukan Islam dimertabatkan.
Salam dari AWR_48.
Perbandingan Epal dengan Epal....bukan Epal dengan Rambai


PAS pernah memerintah Terengganu dua kali iaitu pada tahun 1959~1962 dan pada tahun 1999~2004. Boleh dikatakan lama jugak PAS bertapak diTerengganu.

Lebih kurang lapan tahun selepas PAS tertubuh PAS Terengganu dah dapat memerintah negeri hanya ditumbangkan selepas beberapa ADUN dibeli oleh PERIKATAN.

Semasa tahun 50an dan 60an, institusi pondok subur di Terengganu. Di kampong saya ada dua pondok yang masyhur iaitu Pondok Haji We (Haji Ismail) dan Pondok Tok Fakir. Pondok Tok Fakir melahirkan seorang ADUN PAS yang pernah menang dalam PRU10 di DUN Kajang, kalah dalam PRU11 di DUN Bangi dan menang semula dalam PRU12 di DUN Bangi. Sekarang kedua-dua pondok tersebut telah berkubur dan rakyat disitu dilekakan dengan hiburan. Sekarang dah menjadi kubu kuat UMNO/BN.

Orang melayu Islam di Terengganu boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori 1 ialah yang totok UMNO. Kategori 2 ialah yang totok PAS dan kategori 3 ialah 'atas pagar'. Yang duduk atas pagar dan yang totok UMNO, mereka ni tidak terpengaruh sangat dengan isu di peringkat nasional seperti isu politik semasa, isu ISA, isu kepimpinan UMNO peringkat tertinggi, isu DSAI difitnah hatta isu minyak naik sekalipun, yang penting mereka disumbat dengan fulus. walaupun fulus tu diberi hanya bermusim, contoh musim pilihanraya, hariraya dan beberapa raya lagi. Mentaliti mereka tak sama dengan mentaliti orang Kelantan walaupun berjiran sementelah lagi yang jauh seperti Selangor atau Perlis. Kalau boleh cerdik pandai di Selangor boleh datang ke Terengganu dan buat kajian.

Saya kata cerdik pandai Selangor, kenapa tak dari Perliske atau Pulau Pinangke kerana seorang engineer dari Selangor semacam sombong sikit cakapnya mengatakan “Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” Sila rujuk MalaysiaKini.

Walaupun di Terengganu orang melayu islam yang dominan tetapi masih kalah dalam PRU12. Engineer tersebut tak boleh nak dabik dada walaupun menang, PAS hanya menang 8 kerusi sahaja di Selangor daripada begitu banyak kerusi yang dipertandingkan. Itu pun kerana dibantu oleh swing undi kaum Cina dan India. Saya dah kata mentaliti orang totok UMNO dan atas pagar di Terengganu berbeza dengan orang cerdik pandai di Selangor.

Engineer tersebut menyerang Pesuruhjaya PAS Terengganu dengan mengatakan “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”. Adakah saudara dah pergi ke Terengganu dan melihat apa yang PAS Terengganu buat semasa menang tahun 1999. Antara lain yang sepatutnya orang-orang kampong yang daif patut sokong PAS ialah penghapusan cukai rumah, permohonan tanah yang disegerakan, pengurusan balak yang menguntungkan dan berbagai-bagai lagi.

Sesorang engineer tidak boleh membuat perbandingan epal dengan rambai atau oren dengan pisang. Bangunan 15 tingkat di Saudi dengan bangunan 15 tingkat di Batu Pahat. Mana boleh sama tanah yang berbatu dengan tanah gambut. Mana boleh buat perbandingan mentaliti orang Shah Alam dengan mentaliti orang Kuala Brang.

Di dalam kita ghairah hendakkan perubahan dimana ramai yang menunggu tarikh keramat tersebut, tak de ke cara lain peringkat pimpinan tertinggi PAS duduk semeja dan berbincang baik buruk sesuatu tindakan atau statement yang akan dikeluarkan.

Bermuhassabahlah diri kita selalu, supaya tidak menjadi kecelaruan diperingkat pendokong yang serba daif seperti saya ni.
Anonymous said…
Mmgla beza antara Ganu & Selangor. Dulu lg saya pernah terima komen yg kurang enak malah mengejutkan tentang Cikgu Pa, datangnya dari anak2 PAS ganu sendiri. Apa yg buleh disimpulkan ialah simpatinya pd TG Presiden. Tp saya tak ambik pot sgtlah sbb masih bersangka baik.

Itu masa 1999, skrg 2008 ... bila jadi kes ni, mmg adalah menyedihkan tp mengambil positif dr peristiwa ini, saya lebih cenderong utk menerima pandangan YB Khalid. Byk pelajaran yg bule diambil.

Dlm hal ini, saya mencadangkan why not pihak pimpinan buatlah 'alignment session' ke, 'lesson learn' dsb supaya saf kepimpinan yg ada dpt d satukan. Saya yakin professional yg ada dlm PAS bule initiate benda ni. Ulama dlm PAS pun dah professional .. so, sama2lah dijernihkan apa2 yg keruh.

Kesihanlah pd kami d peringkat grass root ni ... Kena yg baru2 join PAS lagilah confius. Saya confius gak, tp skrg lebih fahamlah setelah meneliti explanation YB ... concise & clear.
kalam said…
rasanya selain menguruskan teguran/kritikan, aspek yang perlu ditekankan adalah bagaimana menyampaikan teguran itu. saya tertarik kepada pandangan azizi hj abdullah dalam blognya baru2 ini. ada yang saya tak setuju dan banyak yang saya setuju. sesetengahnya membawa inti yang kurang lebih sama macam hj mustafa ali hujahkan.

yang membezakan azizi dan hj mustafa adalah kaedah menyampaikan hujah. bab ni pun pas kena bijak weh....
Salam YB Khalid Samad,

Saya sgt mengerti apa yg dimaksudkan oleh YB Khalid, sebahagian besarnya amat saya setuju tindakan YB.

Cuma mungkin kaedah YB menegur melalui media selepas pertemun YAB T.G Nik Aziz dan Dato Mustapha dikira kurang enak dilihat. Nak pulak yg melaporkan adalah media luar, jika Harakah saya kira tiada masalah sebab itu lidah rasmi kita.

Saya dan rakan2 adalah jentera akar umbi yg bergerak secara aktif semasa PRU 12 baru2 ini (kira kami orang kecil). Saya berani berterus terang memang benar semasa kempen dahulu banyak pihak bertanya mampukah PAS memimpin negeri yg bukan majoritinya Melayu? Kelantan terbukti berjaya tapi Terengganu (majoriti Melayu tapi dikira gagal)?? banyak pihak mempersoalkan terutama golongan atas pagar. Tapi kami dibantu oleh Jawatankuasa PAS Selangor mendapatkan video berkenaan rakaman perdebatan isu terengganu di Parlimen untuk diedar dikawasan kami (saya di Sepang rakan2 lain di Banting, Klang dan Pelabuhan Klang)dan saya serius nyatakan bantuan ini banyak datangnya dari Shah Alam. Dengan rakaman ini banyak isu seperti MRSM, balak, dan petroleum boleh ditangani. Lihatlah betapa sukarnya keadaan di Terengganu itu memberi kesan kepada jemaah. Saya sedih kerana hampir semua kawasan bandar dikuasai PR tapi dikawasan Sepang masih lagi tewas.

Bagaimanapun dengan izin Allah PR menang dan PAS mendapat kerusi Exco antara yang terkanan. Kita sudah dapat menembusi agensi penting di Selangor. Matlamat kami adalah kemenangan PAS di kawasan2 UMNO pada PRU akan datang. Yang penting adalah pengisian kemenangan, adalah menjadi tanggungjawab kita menyedarkan rakyat Maaysia BN telah banyak melembabkan kekuatan Islam di negara kita, melembabkan pembanggunan insan. Kita erlu bangun mengukuhkan negara dengan mendaulatkan Islam sebagai addin d negara ini.

Semua negeri perlu ada berlainan kaedah tetap matlamat yang sama. Keadilan dalam Islam. Dan kaedah berlainan itu jika boleh dikaji dan diselaraskan oleh PAS Pusat bukan dibuat sendiri2 sehingga akhirnya negeri lain terjejas.

Isteri saya berkata tadi, semoga dalam sambutan Hari Raya ini kami di peringkat bawahan ini ingin melihat YB Khalid dan Dato Mustapha berpelukan. Hayatilah perjuangan Jemaah Islam sejagat. Takbir!!!

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…