Skip to main content

Halatuju PAS

Tiga isu utama telah disentuh berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat semasa program bersama PAS Kawasan Subang pada 31 Ogos 2008. Pertama ada ahli yang menyebut soal ‘persengketaan’ dan ‘pergeseran’ yang berlaku di antara parti komponen PR. Kedua, ada juga yang kurang yakin samada tindakan kita mengikuti jejak langkah Rasulullah (SAW). Ketiga, ada juga yang mempersoalkan kononnya tunduknya kita kepada tuntutan demokrasi.

Berikut adalah inti-pati ucapan saya keatas persoalan2 tersebut.


1. PAS, DAP dan PKR Berada Dalam ‘unchartered waters’.
Yang dimaksudkan dengan istillah ‘unchartered waters’ adalah keadaan dan persekitaran yang baru bagi ketiga-tiga parti politik. Suasana ‘kongsi kuasa’ adalah perkara yang baru dan keadaan kongsi kuasa di kelima-lima negeri mempunyai perbezaan satu sama lain. Kelantan berbeza dengan Kedah yang berbeza dengan Selangor yang berbeza dengan Perak dan berbeza pula dengan Pulau Pinang. Memandangkan hakikat ini, kita harus menyedari bahawa akan berlaku beberapa ‘pertembungan kecil’ sepanjang perjalanan kita dalam usaha menerokai jalan-jalan yang baru dan berbeza ini. Ini akan berlaku sehingga kita lebih memahami persekitaran kita dan perangai/perwatakan serta ‘modus operandi’ rakan perjalanan kita.

Orang yang ingin kita gagal akan sentiasa berteriak setiap kali kita bertembung, walaupun secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, orang yang ingin kerjasama ini berjaya akan mengambil pengajaran dan mencadangkan cara-cara mengatasinya.

2. Rasulullah Bergerak Melalui Institusi Yang Wujud Pada Zaman Baginda.
Rasulullah (SAW) menyeru kaumnya di Mekah untuk menerima Islam. Setelah jelas mereka menolak seruan Islam, Baginda pergi ke Taif mengharapkan sokongan ketua kabilah di sana. Diusir keluar Taif dengan begitu hina, Rasulullah kembali ke Mekah dengan mendapatkan perlindungan dari Mut’am Bin Uday. Mut’am telah mengarahkan anak2 lelakinya untuk membawa senjata dan turun ke Ka’abah dan mengistiharkan perlindungannya (jiwar) terhadap Rasulullah. Selepas itu Rasulullah memasuki Mekah tanpa gangguan mana mana pihak. Pada musim Haji (ala Jahilliyah) semasa kabilah2 Arab turun ke Mekah, Rasulullah (SAW) bertemu dengan pemimpin kabilah dan menyeru mereka untuk menerima seruan yang dibawa Baginda.

Di sini kita lihat bagaimana Rasulullah (SAW) memanfaatkan institusi masyarakat dan struktur kekuasaan yang wujud pada masa Baginda. Seruan dituju kepada ketua kabilah dan amalan perlindungan kabilah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita hidup dalam suasana yang berlainan. Sistem kabilah tidak ada lagi. Pemimpin dipilih melalui Pilihan Raya dan perlindungan diperolehi melalui undang2. Sepertimana Rasulullah menyeru ketua kabilah untuk menerima kepimpinan Baginda atas dasar Islam, kita kena menyeru rakyat awam untuk melayakkan diri menjadi pemimpin mereka. Sambil itu, kita bergerak dibawah perlindungan undang2 yang sedia ada.

3. Penerimaan Semestinya Secara Rela dan Sedar
Akhirnya Baginda bertemu dengan kabilah dari Yathrib. Mereka setuju untuk menerima seruan Baginda (SAW) dan dengan itu berlakulah Baiah Al Aqabah yang pertama. Ini dikenali sebagai Baiatun Nisaa’ atau sumpah setia wanita kerana baiah ini tidak mewajibkan berperang demi melindungi Rasulullah. Baiah ini menyebut soal tidak mensyirikkan Allah, tidak mencuri atau berzina, tidak membunuh bayi perempuan, tidak menfitnah dan akhirnya mentaati Rasulullah dalam semua yang baik.

Selepas peristiwa ini Rasulullah tidak lagi berhijrah. Sebaliknya mengutus Musab ibn Umair untuk mengikuti jemaah Yathrib kembali ke Yathrib.

Selepas setahun, mereka kembali dan kali ini seramai 72 orang lelaki dan 2 orang wanita menyertai rombongan Yathrib ke Mekah bersama Musab. Selepas setahun dididik dan didakwah oleh Musab mereka kembali dan berbaiah pula dengan Rasulullah (SAW) dalam peristiwa Baiah Al Aqabah yang kedua yang dikenali sebagai Baiatul Harb atau sumpah setia berperang. Baiah ini menyatakan kesanggupan untuk berjuang dan berkorban, bukan sekadar harta benda, malahan nyawa diri dan keluarga, demi mempertahankan Rasulullah (SAW). Hebat sekali usaha yang dilakukan Musab. Hebat sekali risalah Islam. Dalam tempoh setahun, perubahan yang begitu hebat tercapai! Selepas itu, barulah Rasulullah berhijrah.

Apa yang kita fahami dari peristiwa ini? Bagi saya, hijrah dan penubuhan Negara Islam berlaku setelah wujudnya sebuah masyarakat dan rakyat yang secara sedar dan rela menerima tanggung jawab menghayati Islam dengan sepenuhnya. Islam tidak boleh dipaksa atau mengambil kuasa secara tipu helah. Masyarakat mukmin mesti diwujudkan melalui usaha dakwah dan pendidikan yang seterusnya secara rela dan faham menerima tugas ini.

Keadaan kita di bawah Pakatan Rakyat adalah seakan-akan keadaan Musab ibn Umair yang bergerak menyediakan masyarakat Yathrib (nama asal kota Medina), untuk menerima Islam dengan keseluruhannya selepas Baiah Al Aqabah yang pertama. Kita, kena bergerak, menyediakan masyarakat, melalui pendidikan dan penjelasan yang berkesan, untuk menerima Islam dengan sepenuhnya. Melalui dakwah bil-lisan (percakapan) dan bil-hal (praktikal). Kita mesti zahirkan kemampuan Islam untuk menerajui kepimpinan Negara secara berkesan sehingga rakyat, secara rela dan sedar, menyerahkan kepimpinan ini kepada kita.

Wallahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Ini adalah pendekatan yg betul utk membentuk Negara Islam,ianya memakan masa,memerlukan kesabaran dan perlu bersikap hikmah.Sejarah perjalanan Rassullullah perlu di jadikan teladan kerana inilah asasnya bagaimana Islam di tegakkan.Kita tidak memerlukan semangat yg berkobar-kobar yg hasilnya Islam dianggap kasar dan ganas.Parti PAs sangat memerlukan pemimpin seperti saudara.
zahidyusof said…
contoh yang diberikan oleh kelantan belum cukup lagi ke untuk di fahami oleh mereka yang bukan Islam di Malaysia,
Cuba kita renung sejenak adakah DAP, atau bukan Islam yang menolak Islam yang di bawa Oleh PAS ini adalah kerana mereka 'belum' mengetahui atau terdedah kepada keadilan dan kesaksamaan Islam. Atau mereka sengaja dengan niat yang tidak baik untuk menolak Islam yang termasuk di dalam perancangan gerakan Kristianisas.
Kadang-kadang kita jangan cuba istimbat hukum dari sirah mengikut akal kita semata, bimbang kot jadi muktazilah

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan