Skip to main content

Detik 916

Dari sudut hujjah2 Mustafa Ali saya telahpun memberi komen saya. Dari sudut alasan teknikal ada hujjah yang sebaliknya yang saya tidak kemukakan secara detail dulu. Ada yang minta saya detailkan. Sila lihat hujjah yang dikemukakan dalam mimpiboneka yang sebahagiannya saya ‘cut & paste’ dibawah. Kata empunya blog dia hanya blogger kampungan sahaja. Kalau kampungan dah begini, alamat makin hancurlah UMNO. Sila kunjungi Blog beliau untuk maklumat yang menarik yang lain juga.
“Ini kerana mengikut Artikel 40a, Kurungan (2), sub-kurungan (a), Perlembagaan Malaysia, kuasa melantik seorang perdana menteri itu adalah semata-mata di atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agong.

Article 40a

40a.
(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say –
o (a) the appointment of a Prime Minister;

Seterusnya kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan bagi DYMM Agong memilih seorang Perdana Menteri bukanlah takluk kepada hari apa, atau musim mana, sebaliknya tertakluk kepada kausa yang beri oleh Artikel 43, Kurungan (2), sub-kurungan (a) yang berbunyi.

Article 43
(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -
o (a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and

Maksud jelas yang menerkam bila Artikel 40(a) dan 43 dibaca bersama ialah: DYMM Agung boleh lantik ahli parlimen mana yang Tuanku berkenan, yang dalam pertimbangan Tuanku si-polan itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang mana implikasi praktis Artikel 40(a) dan 43 dalam konteks polemik panas dewasa ini – samada Anwar Ibrahim mampu merealisasikan objektif ‘September 16’ – adalah tersangat mudah: DYMM Agong pada bila-bila masa boleh melantik Anwar Ibrahim (hatta orang lain) sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Tuanku dapati Dolah Badawi itu sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen”.
Saya setuju dengan tafsiran di atas. Namun tak kata semestinya tafsiran ini yang betul atau sebaliknya. Hanya untuk mengatakan tafsiran ini kelihatan kukuh. Sepertimana saya sebut dulu, tidak ada precedent. Maknanya benda baru yang tak pernah dibuat lagi maka akan ada beberapa pandangan yang berbeza walaupun di kalangan peguam.

Soalnya mengapa Cikgu Pa nak kata mustahil dan dikatakan ‘gimik’ dan ‘janji kosong’? Itu memberikan gambaran seolah-olah Anwar saja menipu rakyat. Biarlah Anwar usahakan dan kita tolong. Kecuali kita sendiri tak setuju penukaran kerajaan itu dilakukan!

Menempelak Anwar?
Saya pun sebenarnya hairan dengan sikap Cikgu Pa kebelakangan ini. Kenapa dia nak masuk campur dalam isu yang dia anggap sebagai ‘agenda PKR dan bukan agenda PAS’? Kalau benar ianya agenda PKR dalam erti-kata tarikh 16 September ditentukan oleh mereka tanpa persetujuan (atau penolakan) dari PAS, kenapa dia yang nak ke depan untuk memberi penjelasan? Sekiranya dia khuatir pada tarikh itu tidak terjadi apa yang dijanjikan, biar Anwar sahajalah yang keluarkan kenyataan bukan dia. Kalau tidak nampak macam seolah-olah dia nak ambil kesempatan menempelak Anwar. Takkan dia tak tahu? Adakah itu tujuannya?

Mungkin bukan sekadar Anwar yang disasarkan tetapi PR itu sendiri. Adakah ini langkah mula kea rah menyediakan ahli2 PAS untuk keluar PR? Saya rasa Cikgu Pa kena menghayati keputusan yang dibuat dimuktamar baru2 ini. Sedih sangat kalau dilihat pemimpin yang tidak memahami disiplin parti.

Berita muka depan Harakah terbaru – salah guna kuasa?
Buat kali pertamanya dalam sejarah, saya difahamkan, Cikgu Pa mengarah Harakah menyiarkan berita berhubung pendirian peribadi beliau sebagai berita muka depan. Biasanya beliau tidak akan campur dalam soal muka depan dan membenarkan pihak pengurusan, khususnya Ketua Pengarang, menentukannya sendiri. Tetapi tidak kali ini.

Berita yang dianggap begitu sensasi dan mengagumkan itu, yang menyebabkan perlunya kebiasaan selama ini diketepikan, adalah berhubung isu 16hb September. Pendirian peribadi beliau yang menyatakan tak mungkin atas sebab teknikal dan politik serta persoalan moralitinya ingin ditonjolkan. Soalnya untuk apa?

Isu ini semenangnya dianggap hebat oleh pihak BN dan cara ianya disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka depannya di mana gambar Cikgu Pa dan Anwar diletak sebelah menyebelah jelas menunjukkan betapa ia dianggap menguntungkan BN. Kenyataan kedua-dua mereka yang saling bercanggah satu sama lain ditonjolkan untuk membuktikan wujudnya ketidak sealiran pemikiran di antara mereka.

Dari sudut PAS pula, khususnya ahli2nya, yang kedengaran adalah hanya keluhan dan kemarahan. Dari satu sudut lain pula, jelas bahawa Cikgu Pa menyalah-gunakan kedudukannya sebagai Pengerusi untuk menyiarkan berita yang merupakan pendirian peribadinya dan diarahkan pula untuk dimuatkan di muka depan.

Bawah Tempurung bersama Cikgu Pa
Dikatakan bahawa PAS tak terlibat dalam perbincangan mengenai 16 Sept. Saya rasa hairan. Setahu saya tarikh ini diketahui umum. Dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat sudah pasti dibincang. Soal setuju tak setuju cerita lain. Begitu juga dalam mesyuarat Lujnah Politik Pusat yang saya terlibat. Saya memang ingat ada diupdatekan status berapa dan siapa secara umum. Memanglah tak boleh sebut secara detail kerana perlu dirahsiakan sebahagian dari mereka atas permintaan orang2 berkenaan.

Begitu juga dalam mesyuarat PAS Pusat. Saya difahamkan dibincang dengan begitu hangat. Tetapi hujjah2 berhubung bermoral atau tidak, mustahil atau tidak, ini semua tidak dibawa pada masa itu.

Soalnya, sekiranya tarikh tersebut dilihat mustahil kenapa tidak dibincang bersama dalam mesyuarat2 tersebut. Takkan baru sedar Parlimen tidak akan bersidang pada tarikh itu? Kalau soal hijrah dilihat tidak bermoral, kenapa tidak dibincang dulu? Takkan duduk bawah tempurung dan baru sedar sekarang?

Wallahu ‘Alam

Comments

zab79 said…
Salam YB,

Setahu saya, akan ada lagi mesyuarat PAS pusat pada 14 Sept. ini. Minta semua yang terlibat ingatkan kembali pada muktamar lepas iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Rakyat takkan memaafkan PAS selepas ini sekiranya PAS secara tiba-tiba menarik diri. Jika ini berlaku, maka PAS tidak mampu untuk bangun lagi untuk beberapa generasi.

zab79
kotakata said…
saya tidak bersekolah tinggi. juga tak mengaji tinggi2. menjawat jawatan tinggi, lagilah tak pernah.

tapi saya sangat susah nak guna perkataan 'mustahil' dan 'tak mungkin'. rasanya ungkapan tu macam hak Allah. selebihnya kita sebagai manusia adalah ber-harus itu dan ini.

me-tidak-mungkin-kan sesuatu kelihatan seperti, isyk! payah nak cakap.

kedua - isu ketidakpuasan hati sdr mustafa ali ini sebenarnya boleh diatasi dengan baik jika kena caranya. sama mcm isu muzakarah dulu. guna kaedah yang tak tepat menghasilkan kesan yang tidak tepat juga.

pada akhirnya, org bawahan seperti saya yang jadi mangsa....
Razak Talib said…
Assalamualaikum saudara YB Khalid,

Saya amat bersetuju dgn kenyataan saudara khalid berkenaan dgn kenyataan dr mustaffa ali.Utk pengetahuan saudara,saya sesungguhnya tidak mempercayai mustafa ali bersama pua2 terengganunya(kecuali YB Syed Azman) kerana mereka ini terlampau tamakkan kuasa.Begitu juga dgn ustaz nasharudin.Ketika PAS memerintah terengganu pd thn 1999-2004 ramai org telah berkata kpd saya bahawa exco2 PAS besar kepala dan sombong setelah memerintah.Saya tidak mempercayainya.Pd 2004 PAS kalah dgn teruknya dan alhamdulillah kelantan masih dpt ditawan.Ketika itu mereka memberi alasan pengundi hantu.Mmg ada logiknya dan saya masih mempercayainya.Tetapi pd 8 mac lps tatkala PAS dan PR bangkit dan mampu menawan 4 negeri selain mengekalkan kelantan dgn majoriti yg besar,terengganu masih gagal ditawan.

Saya pn hairan kenapa ketika rakyat di negeri lain bangkit menolak bn terengganu gagal ditawan.Ketika itu baru saya teringat kata2 kwn saya itu.Mungkin Allah tidak mahu memberei kemenangan kpd PAS di terengganu atas sbb2 yg disebutkan td.Skrg ini dptlah saya lihat perangai sebenar puak2 ini.

Saya amat berharap agar saudara Khalid dpt mengelakkan perpecahan berlaku dlm PAS angkara puak2 ini.Buanglah mereka2 ni drpd PAS sebelum mereka menghancurkannya.

Utk pengetahuan saudara skrg ini tahap kepercayaan saya kpd Tuan Guru Hadi Awang amatlah rendah.Sebagai seorang ulama beliau tidak sepatutnya mudah utk diracuni pemikirannya oleh puak2 ini.Kita sudah ada pengalaman ketika bersama bn dahulu.Tidakkah mereka sedar lg?

Saya amat khuatir PAS akan berpecah seperti dulu.Puak2 ini hanya mementingkan diri mereka semata2 utk memuaskan nafsu dunia mereka.Bg saya mereka ini tidak layak utk berada di dlm PAS walau berapa tinggi pn ilmu mereka di dlm bidang agama.

Saya amat berharap agar saudara Khalid dpt membantu Tuan Guru Nik Aziz dan juga rakan2 seperjuangan di dlm PAS(bukan puak2 ini..Mereka tidak layak untuk digelar sebagai pejuang) utk bersama2 menentang usaha mereka yg mahu memecahbelahkan PAS.

Wassalam......

Yg benar,

Razak Talib(ajaxcobra@gmail.com)
Anonymous said…
sedar atau tidak khalid dah jadi punca perpecahan dlm pas.
apa yg tak puas hati sangat ngan tok pa sampai 3/4 posting dok serang beliau?
apapun, syabas utk khalid krn berjaya meyakinkan anwar kesetiaan anda.
Sohibu said…
Salaam,

Saya walaupun bersetuju dengan Mustapha Ali, masih menghormati Y.B, itulah adabul ikhtilaf.

Bagi saya Mustapha Ali berpandangan begitu memang ada asasnya, ianya berdasarkan pengalamannya yang luas. Bila beliau kata mustahil itu berdasarkan fakta-fakta dan pengalamannya dalam politik dan kefahamannya tentang sistem pemerintahan di Malaysia.

Tidak timbul isu duduk bawah tempurung. Kita keluar paradigma sekiranya ianya selamat dan sudah pasti ianya menguntungkan, bukan sembrono sahaja. Tu sebab kita perlukan orang2 lama yang otai2 ni. Kalau ikut darah org muda saja, satu apa pun tak jadi.

Kita ada majlis syura, kalau ada perbalahan atau perselisihan pendapat dan perlukan penyelesaian, maka fasyawirhum fil amr.

Wallahua'lam.
Anonymous said…
Salam Ramadhan.

Blog sendiri bolehlah kata apa pun.

YB patut ingat, walaupun YB wakil rakyat PAS, tapi ada (termasuk saya) yg tengok YB sebagai golongan yg lebih 'taat' kepada Anwar@PKR. Harap hentikan menuduh 'pihak lain' dalam PAS.

YB boleh juga dituduh 'pengintip' UMNO sbb hubungan rapat dengan Menteri UMNO (saya tak tuduh begitu, tapi boleh kalau nak)

so, kukuhkanlah perpaduan dalam PAS dgn abaikan saja perbezaan pendapat. Anggaplah pandangan 'pihak lain' tu sebagai pandangan peribadi (mcm yg dikata). YB ada amanah dari ahli PAS yg perlu ditunaikan.

sekian. Islam for ALL.
herbos
Anonymous said…
tumpang sekaki,

semo org boleh bg pandangan, dan bukan utk diterima semo orang. pandangan ambo, orang berpengalaman macam cikgu pa tak salah bagi komen. cuma komen dia jadi isu sebab dilihat tidak bertepatan masa, ko guano? tak salah nak komen, tapi peliknya tak selari dgn keputusan muktamar! tak selari dgn mood rakyat! tak selari dgn pengalaman sendiri! tak selari dgn jawatan yg dipegang!

banyak beno tak selari...macam nak 'derail' jah!
izali said…
salam pak khalid,

saya tak setuju dgn pak khalid. kenyataan tuan mengeruhkan lagi keadaaan dan meletakkan harapan yg tinggi kpd rakyat ttg isu 16/9.

cukuplah TGNA yg bersuara, menegur cikgu pa dlm harakah baru2 ni. tak perlulah pak khalid menokok tambah pula.

sedarkah pak khalid, posting pak khalid digunakan oleh pihak musuh utk menunjukkan pas sudah berpecah belah.

kenyataan bersifat khilaf, tidak perlu diperbesarkan.

sekurangnya walaupun terengganu di bawah BN, pemerintahannya jauh lebih islamik berbanding selangor yg dikuasai pakatan rakyat.

ini menunjukkan pas berfungsi sbg pembangkang yg kuat di terengganu berbanding pas yg amat lemah di selangor.

kenapa pula hal 16/9 pak khalid bersuara, sedangkan isu2 konsert rock dan dangdut, pimpinan pas negeri selangor kecut perut (kecuali pemuda pas negeri).

mana yg lebih aula dari sudut akidah perjuangan pas??

wassalam
Anonymous said…
SALAM LAILATUL QADAR.

SAYA NAK PESAN KEPADA SEMUA, KHUSUSNYA YANG BERJAWATAN (MENERIMA AMANAH)

JANGAN HANCURKAN PAS INI KERANA HANYA ANWAR IBRAHIM.

ANWAR IBRAHIM BOLEH DATANG DAN BOLEH PERGI, TETAPI WAJIB ADA DI ATAS MUKA BUMI MALAYSIA DEMI PERJUANGAN ISLAM.

JANGAN KITA BERKUCAR KACIR SESAMA SENDIRI, KERANA ORANG LAIN. MEANG HARI INI TAK SEMESTINYA AKAN MENANG PADA HARI ESOK. DAN KALAH HARI INI TAK SEMESTINYA KALAH HARI ESOK.
faridshah said…
Salam kpd semua..

Bukan nak promosi, sekadar nak kongsi..
Dapatkan akhbar Harakah terbaru edisi Isnin, 15-18 Ramadhan 1429.

Kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS mengenai pendiriannya. Sama-sama kita menerima dgn hati terbuka dan berlapang dada. Bagi yg mahu menerima la. Terpulang kpd mereka yg sebaliknya.

Sekurang-kurangnya menghormati beliau sebagai seorang yg sekian lama berjuang bersama Parti Islam Se-Malaysia. Kepada yg menidakkannya, terserahlah pada pemikiran dan budi bicara masing2.

Wallahu'alam
faridshah said…
Salam..

Berbeza pendapat suatu yg baik dlm mencapai sesuatu keputusan yg terbaik. Berpecah demi utk kebaikan umum yg lebih utama bagi saya itu yg terbaik. Mengapa perlu menyimpan 'musuh dalam selimut' atau 'duri dalam daging'. Biar kuantiti kecil, tapi kualiti semangat itu harus besar dan tinggi.
Perjuangan perlu diutamakan..

Salam perjuangan
Anonymous said…
Salam YB,

Tolong sampaikan pada kem-kem PAS-UMNO ni yg PAS akan tersungkur kalau tinggalkan PR...

Jangan ulangi kesilapan semata untuk jawatan kepada seorang dua ahli saja...

Kami ahli-ahli muda PAS tetap mahu terus berjuang bersama PR... INSYALLAH!
hikam said…
Nampaknya Pak Khalid yang sudah bergelar YB sekarang tak seperti Pak Khalid yang saya berjumpa dan berborak di Jordan dahulu .

Cukuplah Pak Khalid lebih baik tumpukan kepada selangor sekarang nie. Biarkan perkara nie berkisar di pihak atasan sana. Buat apa kita yang berpendidikan nie turut sama mengeruhkan keadaan . Takkan tidak yakin dengan 169 sudah dikira talibarut UMNO .

Saya tak pasti apa perjuangan PAS sekarang .. untuk individu atau untuk Islam .
Anonymous said…
Nampak gaya YB ni dah taksub dengan PKR sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang boleh memecahbelahkan PAS.

Saya bersetuju dengan pendapat Che gu Pa. Beliau tidak mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan PAS. Kenapa pula ada kata-kata kesat dari kalangan ahli PAS sendiri menyerang peribadi beliau dan TGHH.

PAS mestilah bersikap terbuka dalam mendengar pendapat berbeza.
Anonymous said…
Why are you whining?

Our leaders are busy working towards the formation of a new government. The least that you 'pengkritik' can do is make doa. Semoga dimudahkan. Semoga beroleh kejayaan. Semoga Kerajaan yang zalim ini dapat ditumbangkan ....

Ini asyik sibuk menuduh - memecahbelahkan jemaah, menyerang peribadi, kumpulan erdogan lah....

Apa kamu semua suka ke lagi duduk bawah kerajaan BN? Tak mau kerjaan PR memerintah? tak nak tolong ke?

Siapa makan cili dia terasa pedas!


Orang Langat.
Anonymous said…
Salam Ramadhan.

Gembar gembur pertukaran kerajaan 16 September sebenarnya ialah bagi menegelamkan isu Limat DSAI yang akan dibicarakan pada 24 september 2008.

CUma kita tumpang sama ghairah tak menentu, menyebabkan kita sama sendiri bertingkah idea bertegang suara.

Seperti kata Nabil kau Fikir laaa Khalid.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…