Skip to main content

Bantuan Kerusi Roda Bersama Muslim Care

PAS kawasan Shah Alam dgn kerjasama Muslim Care - sebuah NGO kebajikan, serta Kelab Penyokong PAS kawasan Shah Alam, telah menderma sebuah kerusi roda kepada En. Rajendran A/L Arnachalam yg telah kehilangan kakinya akibat kemalangan. Beliau tinggal di Sek.24 Shah Alam bersama keluarga kakak beliau yg turut memerlukan bantuan bagi melakukan aktiviti harian disebabkan lumpuh di bahagian kiri.

Terima Kasih kepada mereka yg telah memberi sumbangan dan juga kepada En. Muru - wakil kelab penyokong PAS kawasan Shah Alam.



- Pejabat YB Khalid Abd Samad -

Comments

Anonymous said…
bravo PAS Shah Alam & Muslim Care!

bravo!


salam sejahtera dari lee wee tak
Anonymous said…
Ini baru dikatakan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Syabas YB.
Tome Cuise said…
YB,

Memang bagus PAS menunjukkan prihatinnya kepada mereka yang memerlukannya. Di sini saya ucapkan syabas kepada anda semua.

Tetapi pada masa yang sama apa yang ternampak di Kedah pula menunjukkan keadaan yang sebaliknya. Baru-baru ini Menteri Besar Kedah menaikkan kuota bagi semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah daripada 30 peratus kepada 50 peratus.

Yang Berkhidmat mesti nak tanya kenapa kenaikan kuota rumah bertentangan dengan keprihatian PAS terhadap orang miskin. Bagi saya ulaskan sokongan saya.

Yang pertama, kuota yang dikenakan akan menaikkan kos pemaju hartanah. Ini disebabkan segologon besar Melayu tidak mampu membayar harga yang setanding dengan pasaran buka. Pemaju terpaksa menurunkan harga untuk menawan hati pembeli gologan Melayu supaya kuota baru dipatuhi.

Sebaliknya harga yang dijualkan kepada gologan bukan Melayu pula akan dinaikkan. Inilah theory Robinhood. Merompak daripada yang kaya dan menolong yang 'miskin'.

Mungkin juga pemaju hartanah tidak dapat menaikan harga rumah yang dijual kepada gologan bukan Melayu kerana mereka bukannya kaya sangat disebabkan keadaan ekonomi yang semakin merosot. Akhirnya pemaju hartanah terpaksa menurunkan saiz project atau berhenti projeknya.

Secara tidak langsung pungutan cukai kerajaan merosot. Budget kerajaan tahun selanjutnya terpaksa dikecilkan saiznya. Kerajaan yang lebih miskin tentu tidak dapat membantu mereka yang memerlukan keperluan.

Apakah kesimpulan Yang Berkhidmat daripada ulasan atas? Bagi saya Kerajaan Kedah ini hanya merompak wang daripada gologan bukan Melayu dan pemaju hartanah dengan hasrat membantu gologan Melayu membeli rumah. Inikah keadialan PAS yang memperjualkan selama ini? Lebih teruk lagi poket Kerajan dikurangkan secara tidak langsung. Kerajaan yang miskin memang tidak dapat menghulurkan bantuan kepada orang yang BENAR-BENAR memerlukannya.

Ilmu ekonomi memang banyak komplek dan susah difahami oleh Menteri Besar and Esko-esko Kerajaan Kedah. Tetapi mereka inilah yang berkuasa. Yang penting bagi mereka adalah menlaksanakan polisi popular untuk menawan hati rakyat.

Yang kedua, kuota dikenakan kepada semua jenis rumah termaksuk rumah besar. Apa logik di sebalik polisi ini? Gologan miskan di Kedah dah banyakkan? Kerajaan negeri pula nak tolong gologan bukan Melayu yang 'kaya'. Fikirkan wang yang dihulurkan untuk membantu satu orang 'kaya' boleh dihulurkan kepada berapa orang BENAR-BENAR miskin. 1 vs 10 or 1 vs 100?

Apa kesimpulan pula Yang Berkhidmat? Bagi saya Menteri Besar and esko-esko Kerajaan Negeri hanya mengdiskriminasi kepada orang-orang Bukan Melayu. Mungkin juga mereka hanya nak melaksanakan polisi popular demi kebaikan pilihanraya selanjutnya. Atau mungkin juga mereka ini banyak cemburu kekayaan orang lain. Inikah keadilan yang diperjuangkan selama ini?

Fikirkan Kerajaan Negeri seumpama satu koporat. Rakyat ialah stakeholder. Rakyat dah memilih gologan esko corporat baru yang terdiri daripada PAS terutamanya. Mereka sepatutnya memperbesarkan profit kerajaan. Dengan profit yang lebih besar kerajaan boleh menghulurkan lebih bantuan kepada mereka yang BENAR-BENAR memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka.
Anonymous said…
Tahniah YB Khalid Samat.

Ciri-ciri salah seorang bakal Menteri yang akan ditabalkan jika Dato' Seri Anuar Ibrahim berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Negeri Selangor tak ada peruntukkan kah untuk membantu rakyat yang menderita seumpama ini????

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.