Skip to main content

3M – Syarat yang Dikenakan oleh PAS

PAS menetapkan syarat Majoriti Melayu Muslim (3M) sebelum PAS akan bersama kerajaan PR diperingkat pusat. Itu merupakan syarat yang agak sukar memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh UMNO dan sudah pasti UMNO akan ugut atau sogok MP-MP mereka supaya mereka tidak bersama Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi saya tidak boleh elak dari memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan umat Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasti ianya tidak akan ditanda-tangani. Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (SAW) terpaksa membenarkan kalimah ‘Ar-Rahman’ dan ‘Ar-Rahim’ serta istilah ‘Rasulullah’ digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy. Namun Hudaibiyyah diistiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul Mekah.

Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju kehadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan. Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk”. Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan kemana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Oleh yg demikian jika dikaji secara objektif, apakah risiko yang akan terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti MP PR adalah bukan Islam? Pada pandangan saya amat minima sekali. Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan. Tuntutan Perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong. Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari PR pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya.

Berbanding dengan risiko yang minima ini, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya PR mengambil alih diperingkat pusat. Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat. Kalau kita tak yakin dgn potensi yg ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko.

Saya melihat ini sebagai sebahagian dari pengajaran dari peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Untuk mengeluarkan umat Islam dari satu keadaan persengketaan dan peperangan yang berpanjangan yang menyekat usaha dakwah dan usaha memantapkan kedudukan Islam di Madinah, maka perjanjian berat sebelah itu ditanda-tangani jua oleh Rasulullah (SAW). Kekalahan zahir diubah menjadi kemenangan yang mutlak hasil usaha yang bersungguh-sungguh dan keyakinan terhadap pertolongan Allah.

Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar dari bawah pemerintahan UMNO/BN. Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik dari PR semata-mata kerana bilangan ahli MPnya bukan terdiri dari majoriti Melayu Muslim. Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!

WaLlahu ‘Alam

Comments

Cenangau said…
1. Kena rujuk perjanjian Hudaibiyah saja ka, yg lain tak boleh? Kes khaibar tak relevan jadi rujukan?

2. Dalam PAS takdak Nabi/rasul yang wajib didengar dan taat tanpa perlu persoal, persoalannya boleh ke semua wala' solid dengan keputusan presiden. Sebab itu perlu hujjah dan disokong dengan jaminan, memudahkan ahli biasa untuk terima.
Anonymous said…
Assalamualaikum YB Khalid,

Saya setuju dgn pndangan YB. Ini adalah persoalan strategi. Kalau dari peringkat awal kita letak syarat ni, maka smapai bila2 pun kita bersama PR tidak akan dapt bentuk kerajaan.

Bagi saya, teori domino terpakai di sini. Seeloknya, sebaik bilangan MP dah mencukupi, PR kena terus bentuk Kerajaan, tanpa mengira komposisinya. Katalah kerajaan baru tersebut MP non muslim lebih ramai, maka saya fikir pada masa inilah kita kena mainkan sentimen MP2 UMNO untuk bersama kita. Saya percaya kalau keadaan sebegini berlaku, MP Umno akan berbondong2 menyertai kita. Lagipun, mana orang UMNO ni biasa hidup sebagai pembangkang.

Saya ada satu soalan dan harap YB boleh jawab selaku AJK Lajnah Politik PAS Pusat. Soalannya, apakah syarat komposisi 3M ni dah ditetapkan secara kolektif di peringkat AJK PAS Pusat dan/atau Syura? Atau, apakah ianya hanya sekadar kenyataan dari TG Presiden sahaja? Cara Harakah terbaru melaporkan berita ni nampak semacam ianya adalah keputusan PAS. Tapi kenapa hanya Presiden seorang yang bercakap?

Yang kedua, saya heran sebab saya rasa syarat 3M ni baru muncul. Kalau sebelum ini, samada pre or post muktamar, PAS meletakkan syarat Islam mesti 'didaulatkan'. Sekarang ni tiba2 dah bertukar pulak kepada 3M. Saya selaku ahli bawah rasa keliru dengan pendirian PAS ni.

Tapi, percayalah YB, walau apapun strategi atau rasional kita meletakkan syarat2 sebegini, majoriti rakyat Malaysia yang dah semakin meluat dan tak tahan dengan kerajaan BN, tak kira Melayu, Cina atau India, semuanya cukup meloya dengan PAS yang dilihat terlalu banyak membawa karenah hingga dilihat membantutkan usaha untuk menumbangkan BN.

Jangan kita terkejut kalau rakyat membenci kita sekiranya usaha menumbangkan BN gagal disebabkan oleh perangai kebudak2an PAS.
Wassalam.

AHLI VETERAN PAS PERAK
Anonymous said…
Sekali lagi, kupasan yg membuka minda. Terima kasih kpd YB dgn paparan pengajaran dari perjanjian hudaibiyyah yg masih relevan d masa kini. Tak terpikir pd saya yg dok di bawah ni.
Anonymous said…
bodohnya ko...mmg sah bahlul n tolol
sapa2 yg kenal PJ s'ngor...mintak tlg bgitau dia suh buang mangkuk ni dr jadi TPJ...wat malu Pas jer...
nilah susahnya bile ko rasa akal ko lebih hebat dari Quran hadis dan ulama2 PAS.
Anonymous said…
Org yg cakap

"bodohnya ko...mmg sah bahlul n tolol
sapa2 yg kenal PJ s'ngor...mintak tlg bgitau dia suh buang mangkuk ni dr jadi TPJ...wat malu Pas jer...
nilah susahnya bile ko rasa akal ko lebih hebat dari Quran hadis dan ulama2 PAS."

Apa Quran dan Hadith cakap? Tlg cerita. Maklum le, ko org alim. Hidup ko ikut Quran hadith habis tepat. Tak miss sikit pun.

Kepada yg lain,

Sampai hari ini tidak kurang lima enam kali org cerita kepada saya muktamar PAS di Ipoh dulu banyak bohong di atas pentas pemimpin.

Bohong besar. Bohong berjela-jela.

Quran Hadith ajar?

Bohong sampai mati-mati saya yg di bawah ni sangka itu keputusan syura dan yg lawan keputusan syura itu orang-orang jahat dan benci ulama.

Tiba-tiba elok je habis muktamar, Timbalun Presiden kata ada pertemuan yg dibuat tanpa keputusan syura. Tuhan nak tunjuk ulama bohong dalam muktamar.

Sekarang saya lagi jelas dan saya pun tahu bahawa keputusan mesyuarat-mesyuarat majlis syura selepas jumpa tanpa keputusan syura itu sama sahaja macam Dewan Negara bersidang - rubber stamp.

Bincang panjang pun mana berani buat keputusan yg bukan rubber stamp!
Anonymous said…
YB,
Amat tidak tepat jika anda cuba menyamakan kebijaksanaan perjanjian Hudaibiah dengan bersetuju bekerjasama dengan PR walaupun majoriti MP adalah bukan Islam. Saya rasa anda telah tersesat jauh dari jalan yang benar.

Isi perjanjian Hudabiah tidak meletakkan kepimpinan umat Islam ketahap lemah, malahan ia satu perjanjian yang memberi kekuatan kepada kepimpinan Islam. Perjanjian Hudaibiah menunjukkan strategi Nabi mengalah demi kepentingan menyebarkan syiar Islam. Walaupun begitu, mengalah Rasulullah (saw) bukanlah sampai ketahap bersetuju meninggalkan apa yang disarankan oleh Islam dan mengalah Rasulullah (saw) tidak menolak kempimpinan dan penguasaan Islam ketahap lemah (tanpa majoriti). Apa yang Rasulullah (saw) mengalah ialah:
(1) bersetuju surat perjanjian tidak menyebut perkataan Rasulullah didepan nama nabi (saw)
(2) memulangkan orang Mekah yang datang ke Madinah tanpa kebenaran wali dan sebaliknya tidak memulangkan orang Madinah yang datang ke Mekah.

Sekiranya anda kaji kedua-dua perkara yang Rasulullah telah mengalah, kedua-duanya tidak meletakkan kepimpinan dan penguasaan Islam ketahap yang rendah. Sekadar Nabi bersetuju namanya tidak dibubuh perkataan Rasulullah tidak akan melemahkan kepimpinan, penguasaan atau umat Islam sendiri.

Walaupun perjanjian kedua meletakkan Ahli Mekah yang memeluk Islam dalam kedaan bahaya, ia bukanlah pada dasarnya membawa bahaya dan membawa kepada hilangnya penguasaan kepimpinan Islam.

Perjanjian Hudaibiah bukanlah didalam kategori yang sama dengan isu bilangan MP bukan Islam lebih ramai dari MP Islam. Persetujuan anda akan membawa kepada hilangnya penguasaan kepimpinan Islam (tak kira Islam penuh atau fasik)dalam pemerintahan rakyat Malaysia. Anda jangan jadi bodoh (maaf), adakan anda rasa Islam boleh tersebar penuh dan berkembang dengan baik sekiranya negara yang 70% penduduknya Islam ditadbir oleh pemerintah yang 70%nya bukan Islam. Anda ini tidak ubah seperti barua-barua yang pernah menyebabkan bertambah hilangnya penguasaan orang Melayu ditanah air sendiri.


Anda janganlah cuba memutar belitkan peristiwa perjanjian Hudabiah itu kerana ingin memenangkan hujah anda. Sanggup anda melemeahkan kekuatan umat Islam semata-mata ingin Persetujuan memberi kepimpinan kepada majoriti kepada
Anonymous said…
Anonymous (September 29, 2008 3:06 PM) said...

"Anda ini tidak ubah seperti barua-barua yang pernah menyebabkan bertambah hilangnya penguasaan orang Melayu ditanah air sendiri"

Salah seorang lagi yg masih berhujah dgn ketuanan melayu di bumi Malaysia. Cadangan saya, masuk UMNO bela islam dari sana. Pejuang Islam tak akan tgk warna kulit atau bangsa, itulah semangat assobiyah yg kita nak buang.

Soalan:
1. Adalah anda fikir keadaan sekarang ni dah OK? Islam terbela di bawah UMNO BN?
2. Gabungan PAS dan UMNO akan menjamin kedaulatan Islam - atau sekadar harapan yg berisiko rendah?

Saya cadang bagi la nama or nickname baru la senang berhujah. Macho la sket kalau nak marah2 pun.

Slamat hari raya.
Anonymous said…
saya ahli PAS dah fedup dgn segelintir ahli PAS esp yg veteran ni.di hulu langat pun sama.walaupun very low profile tahukah anda dimana PAS menang PARLIMEN yg majoriti melayu nya kurang 50%..yes hulu langat(kajang), agak siaopa yg menangkan? di seluruh upu yg majoriti besar malayu,dr rosli kalah.
itu saya tak kisah tapi segelintir pimpinan kaw yg hipokrit, depan lain belakang lain.

cis saya dah fed up
Anonymous said…
ha..ha...barua anwar becakap lagi!!!
dah isi borang pkr ke kalid woi!!
tak habis2 ngan krjaan angan2 mat jenin dia
Anonymous said…
Tuan Cenangau,

Ada juga yang berpendapat fasa sekarang ialah fasa Mekah. Tidak perlu berpolitik. Cukup sekadar mengajak masyarakat ke atas iman. Biarlah Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan memegang teraju pemerintahan buat sementara waktu.

Ada juga berpendapat fasa ini ialah fasa Ashabul Kahfi. Memadai dengan mengasingkan diri dari masyarakat sambil memperbaiki diri sendiri.

Mungkin ada benarnya juga pendapat mereka.
Anonymous said…
Salam YB.

Maaf. Kali ni saya tak bersetuju dengan pendapat YB. Sirah Perjanjian Hudaibiah walaupun nampak macam menekan Islam tapi perlu diteliti isinya.

a)Isi-isi perjanjian :
i) Rombongan Nabi hanya boleh masuk ke Makah untuk mengerjakan umrah pada tahun berikutnya sahaja.

ii) Setiap orang Makah yang lari dari Makah ke Madianah tanpa kebenaran walinya mesti dipulangkan walaupun telah Islam, tetapi orang Madinah yang lari ke Makah tidak akan dipulanglan.

b)Tolak ansur Nabi dalam perjanjian hudaibiah:
i) Menggugurkan perkataan ar-rahman dan ar-rahim setelah bismillah.
ii) Menggugurkan perkataan Rasulullah selepas Muhammad, dan menjadi Muhammad Bin Abdullah.

Dari segi isi dan tolak ansur tersebut, dapat pula disimpulkan bahawa :
i) Islam telah diktiraf sebagai satu kuasa / kerajaan oleh Musyrikin Qurais. Maknanya Negara Islam Madinah telah dianggap sama taraf dengan kuasa kuffar di Makah ketika itu.

ii) Perjanjian itu tidak bersangkut paut dalam pentadbiran Madinah pada dasarnya.

iii) Tetapi nabi tidak menghantar Muslimat yang lari dari Makah kembali. Di sini ada ketegasan dalam Islam.

Namun dalam perjanjian membentuk kerajaan PR yang tidak diketahui isinya oleh saya, mungkin oleh ramai lagi pendokong gerakan Islam, PAS, sebab itu saya rasa syarat-syarat ini muncul.

Pada pendapat saya, tidak salah PAS menetapkan dasar tersebut, kerana ia sebagai jaminan supaya Islam tidak tergugat. Perjanjian Hudaibiyah walaupun menekan moral sahabat-sahabat, namun telah menunjukkan kemenangan Islam telah diiktiraf. Wahyu turun serta merta bagi menyokong tindakan nabi.

Sebagai kesimpulan, PAS telah mengambil langkah berhati-hati supaya setiap keputusan hari ini, tidak dikeji dan dihina oleh generasi yang akan datang. Maknanya PAS perlu tahu isi, boleh tolak ansur dan apa yang perlu tegas dalam perjanjian membentuk kerajaan PR.

Salam.
Ahli Pemuda PAS Kuantan.
Anonymous said…
Anon 3.06 PM berkata:

"Sekiranya anda kaji kedua-dua perkara yang Rasulullah telah mengalah, kedua-duanya tidak meletakkan kepimpinan dan penguasaan Islam ketahap yang rendah".

Persoalan:

Adakah kepimpinan Islam sekarang kuat sangat?

Adakah kepimpinan Islam terlalu bodoh sehingga tidak tahu memanfaatkan peluang untuk menubuhkan kerajaan baru dan sama2 melakukan beberapa reformasi penting seperti memulihkan kehakiman, membebaskan BPR, SPR dan lain2 untuk menambahkan ahli Parlimen Islam?

Jika SPR telah bersih umpamanya, tidakkah PAS berpeluang menambahkan kerusinya di Terengganu misalnya jika berlawan di atas padang yang rata?

(Khalid pula jangan lupa bahawa kelemahan PAS di Terengganu juga berpunca dari SPR yang tidak bersih dan tidak adil)

"Anda jangan jadi bodoh (maaf), adakan anda rasa Islam boleh tersebar penuh dan berkembang dengan baik sekiranya negara yang 70% penduduknya Islam ditadbir oleh pemerintah yang 70%nya bukan Islam. Anda ini tidak ubah seperti barua-barua yang pernah menyebabkan bertambah hilangnya penguasaan orang Melayu ditanah air sendiri".

Persoalan:

Bodoh dan barua? Anda juga janganlah menjadi buta (maaf) sehingga anda tak nampak apa yang berlaku di Perak misalnya.

Adakah Islam tidak boleh tersebar penuh dan berkembang dengan baik di Perak?

Sila senaraikan apa yang dibuat oleh majoriti Adun bukan Islam di Perak sehingga Islam tidak boleh tersebar penuh dan berkembang dengan baik di negeri itu?

Adakah anda ini tidak ubah seperti barua-barua kepada ketakutan yang anda cipta sendiri?

Adakah anda ini tidak ubah seperti barua-barua kepada kelemahan akal sendiri yang tidak berani dan tidak tahu bertindak untuk menambahkan ahli Parlimen Islam dalam satu permulaan awal (di mana ahli Parlimen Islam minoriti) yang belum tentu akan berterusan seperti itu kalau buat kerja dan tidak menjadi barua kepada kebodohan dan kemalasan diri sendiri.

Lainlah kalau terus manjadi barua kepada kebodohan diri sendiri yang tidak tahu menambahkan apa yang kurang serta duduk saja tidak mahu berusaha menambahkan apa yang kurang.

Namun, sekurang-kurangnya anda lebih baik kerana mengemukakan hujah dan tidak hanya menghantar komen memaki hamun orang yang pernah dizalimi ISA kerana memilih perjuangan Islam.

Yang memaki hamun itu berapa kali masuk lokap kerana memperjuangkan Islam?
Anonymous said…
ya..allah..kenapela tuan khalid ni masih mempertahankan sikap buruk dalam berjamaah ni..adakah tuan khalid sudah lupa akan pentarbiyahan yg diterima dahulu tentang wala..masyaALLAH..nampaknye semakin hari tuan semakin seronok menyanggah keputusan syura dengan memaparkan untuk tatapan umum..adakah tuan sedar siapa tuan dan ape jawatan tuan dalam organisasi?wallahualam....
Anonymous said…
Salam anon, sbb Pak Khalid takde jawatan dlm organisasi PAS pusat la dia boleh ckp camni, kalau ada jawatan payah sket nk ckp walaupun benda tuh obviously terpesong. Cuba tanya pimpinan2 yg lain berkenaan perkara nih (yg bukan tganu la) - mesti mereka berpendapat seperti beliau. Tak percaya pegi la tanya mereka2 semua.

Syura? mana ada syura pasal perkara pembentukan kerajaan pusat nih skeikh - semua bantai ijtihad masing2 je. Yang keputusan muktamar ada la, mintak perkukuhkan PR. Itu pun tak diikut. Sekerang sapa yg tak ikut syura?
Anonymous said…
Nampaknya ini lah ruangyang ditunggu2 oleh pencacai2 UMNO untuk mereka mengemburkan isu2 perkauman. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka ini ibarat LANGAU yang menghidu bau TAHI. Yang salah ialah kenyataan TG yang tak berapa bijak ditambah bodohkan lagi oleh media HARAKAH. Kalau nak guna politik 'TUNGGU DAN LIHAT' janganlah buat kenyataan yang boleh jadi modal musuh hentam PR, tunggu dan lihatlahhhh.
Anonymous said…
salam,YB..

sy lebih kepada bersetuju dgn pndgn YB.
PAS seharusnya berani mengambil risiko utk membentuk kerajaan walaupun bilangan MP Islam sedikit dr MP bukan Islam.

Lihat sahaja contoh di Perak PAS yg paling sikit ADUN nya..tapi DAP TAK BG SYARAT apa2 pun. DAP tak keluar pakatan pun. Demi utk menghalang BN dari terus memerintah DAP amik risiko. PAS boleh saja berkuasa dan menjalankan dan melaksanakan Islam di Perak.

Adakah PAS sanggup melepaskan peluang untuk menghancurkan BN yang selama ini banyak menentang Islam? Bukankah bila PAS meletakkan pelbagai syarat terutamanya MAJORITI, MELAYU, MUSLIM seolah-olah PAS juga sama seperti UMNO yang mementingkan MELAYU dan MAJORITI,MUSLIN? PAS akan dilihat bersifat assobiyah juga. Sudahlah PAS dilihat tidak bersungguh2 membantu ke arah pertukaran kerajaan (apabila banyak mengeluarkan percanggahan kenyataan)..dan kini memberi pelbagai syarat2 yg pelik pula.

Tidak terfikirkah PAS jika andaikata ramai MP BN yg menyertai PKR dan DAP sehingga cukup utk bentuk kerajaan. PAS jugak yg gigit jari...yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Cukuplah dgn memberi macam2 syarat. Beranilah ambil risiko sementara peluang masih ada. Betol juga pandangan yg mengatakan semakin lama org Islam dan bukan Islam semakin keliru dan meluat dan tingkah laku pemimpin2 PAS ini.

Ini baru hal nak tukar kerajaan. Nnt hal barisan kabinet pulak. kemudian hal undang2 syariah pulak. Kalau begini lah jangan mimpi lah nak nampak Islam memerintah di M'sia.

salam Ramadhan.
Mr. Smith said…
Khlid.
Some of your leaders like Hadi, Mustapha and Nasarudin are ungrateful leaders. They have failed to realize that the non-Muslims played a big role in PAS recent victory in the general elections.
In many seats, PAS won by MAJORITY support from NON-MUSLIMS.
If they are obsessed with Muslim majority in the federal government why then don't they also reject all those seats PAS won by non-Muslim votes. Double standards. They want the cake and eat it too.
Does it matter if it is Muslim majority or non-Muslim majority government. All that matters is the government can defend our religious/human rights, promote social justice, fight corruption and defend the rule of law.
Aren't all these what Islam teaches?
What is the point is having a Muslim majority government - like UMNO - that is rotten to the core and without morality?
I place my hope in people like you, Husam, Kamaruddin and Nik Aziz to give some respect to non-Muslim voters who placed their trust in your party.
Better if you have a change of president, deputy/Trengganu PAS chief for your party's continued survival.
If they keep singing this tune, Non Muslims will desert PAS and you get nothing to crow about in future.
Anonymous said…
Salaam,

Pada pandangan saya tak salah bagi PAS untuk meletakkan syarat. Bila ada syarat baru ada perjanjian. Saya rasa DAP dan PKR pun ada syarat mereka sendiri. Yang YB Khalid sensitif sangat dengan syarat ini kenapa ? Syarat yang dikemukakan oleh PAS adalah relevan dan bagi memberikan tekanan kepada PR dan pendirian kita dalam mendirikan kerajaan. Memang benar, negeri Perak merupakan contoh yang terbaik TAPI kita juga perlu ingat bahawa DAP dan PKR juga da agenda mereka untuk memperkuat sokongan rakyat kepada mereka. Perak nampak OK kerana MB nya dari PAS. Cuba lihat Selangor macamana ? penuh dengan isu. Malu ahli PAS nak cerita. Inilah yang ditekankan oleh TGHH. Semua perkara yang Anwar buat ini adalah ulangan kepada kemasukan beliau dalam UMNO selepas mengetuai ABIM. Ramai pimpinan gerakan ISLAM terkeliru dan dan "gantung sejadah" untuk memberikan sokongan pada Anwar untuk mengISLAMkan UMNO dari dalam dan mengaharapkan sesuatu yang mericle dibuat oleh Anwar. Ini sejarah dan kita jangan lupa akan sejarah. Di mana Haron Din, Badrul Amin, Hashim Yahya Hasan Ali ketika itu.Semuanya berpaksikan kepada Anwar. PAS kaya dengan pengalaman berpakatan - APU@46, UMNO dan juga dengan Anwar@ABIM. PR dibina atas asas ideologi yang berbeza dam semua ada strategi masing-masing. Saya rasa kurang seronok bila YB Khalid membincangkan pandangan TGHH ini sebelum mendapat input dari beliau sendiri dan seolah-olah ianya tak strategik. Berbeza pendapat dalam jemaah perkara biasa TAPI jangan sampai musuh bertepuk tangan melihat telatah kita.Adab kena ada lah.Dalam usaha kita meraih sokongan kita bina kekuatan kita sendiri (ISLAM) dan anggaplah sokongan dari Non-Muslim sebagai bonus dan ianya tidak MUTLAk. Ia boleh datang dan pergi dan jangan kita lupa peranan yang dimainkan oleh ahli bawahan kita yang berjuang lebih 50 tahun untuk membawa PAS ketahap ini dan akhirnya kita mengatakan PAS menang atas sokong Non-Muslim. Inilah yang sering diucapkan oleh segelintir pimpinan dimana seolah-oleh menafikan pernanan ahli yang bertungkus lumus dalam setiap pilihanraya melalui infa', kerahan kudrat, doa dan munajat. Minta YBK jangan tersasul ??? Minta YBK tengok kawasan Shah Alam cukuplah.Wallahu'alam.
Anonymous said…
Apakah Islamnya kita hanya kerana majoriti pemimpin kita penganut Islam.

Apakah kafirnya kerajaan China semasa pemerintahan dinasti Ming, apabila minoriti Muslim dalam kerajaan pemerintah pada masa itu berjaya meng-Islamik-kan seluruh wilayah China, walaupun majoriti bilangan pemerintah kebanyakkannya dari bukan Islam.

http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_during_the_Ming_Dynasty

Islam tertegak di atas kualiti, bukan kuantiti.
Anonymous said…
Kepada semua,

Mesyuarat Jawatankuasa PAS tidak membuat sebarang keputusan bahawa Anuar Ibrahim akan ditabalkan sebagai Perdana menteri. Hanya pencacai yang bermimpinkan jawatan menteri sahaja yang beria-ia melantik Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pelik dan aneh. Kita ghairah melantik orang lain sebagai ketua. Walaupu kita sudah ada ketua sendiri. Kalau tak setuju Tok Guru haji Hadi. Tunggu mUktamar singkirlah bukan dibahas dalam forum yang tidak beradab.

Kumpulan Endorgan bermimpi besar untuk menjadi Menteri. Sebab itu sebut 16 September tak jadi, pun tak boleh. Sesaolah berdosa kepada pakatan rakyat.

Muktamar di Ipoh, bersetuju memperkasa Pakatan Rakyat. Tidak semestinya Anuar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Sejarah Indonesia. Yang berjuang melawan Belanda Ulamak, Apabila penjajah dapat dihalau golongan tidak Ulamak yang memerintah. Malaysia pun lebih kurang yang berjuang melawan British ualamak. Apabila Britis keluar golongan tidak ulamak yang memerintah sampai hari ini.

Apakah sejarah ini kita akan ulangi pulak, selaku kita sebagai pejuang Islam???


LU FIKIRLAH SENDIRI.
Anonymous said…
1. Buat kajian kenapa YB Theresa,YB Tian Chua, kilang2 susu di China melakukan penipuan, adakah ia sebahagian cara hidup mereka?. Malangnya ada pemimpin di kalangan bangsa kita juga sudah terikut-ikut dengan menipu rakyat konon 16 September akan jadi PM,akan ada kerajaan baru, semua 32 atau 30 atau 45 MP BN akan menyeberang ke PR? nampaknya PKR akan membudayakan Masyarakat Madani Menipu(3M).

2. Mereka kaji kelemahan & kekurangan orang Melayu. Kalau ikut buku orientalists seperti Gammnans, RO Winsterd, mereka menyatakan orang melayu memang suka hidup senang tapi kurang aktiviti ekonomi. Allan Bloom, seorang pensyarah Yahudi di Amerika, sudah meramalkan 10 tahun lalu, melalui bukunya,' The Crisis Mind of Amerika' bahawa Anwar bakal menjadi PM. Memanglah mereka sudah lama mengintai Malaysia melalui Anwar, Anwar sendiri menyatakan Projek 916 ini sudah di usahakan sejak 10 tahun dahulu. NAMUN, Anwar lupa Allah berkuasa, bukan Anwar!

3. Oleh itu Cina gunakan kesempatan hingga mengekploitasi. Sedihnya orang Melayu lupa daratan terutama para pemimpin di semua peringkat, dalam semua parti politik, di semua sektor, - lupa hidup ikut cara Islam. Parti Islam Semalaya(PAS) sudah juga mengurangkan identiti Islamiknya, terutama apabila Anwar membawa masuk orang-orangnya untuk meliberalkan PAS. Apatah lagi dengan kekuatan kewangan Kemunculan Erdogan sekarang.

4 Kuasa menjadi lebih penting dari ukhwah Islamiah sekarang. Kita pun berpecah. Memang kafir akan ganyang kita sebab kita lupa akan Allah. Itu sunnahtullah. Kalau terus menerus gagal melawan nafsu Allah akan gantikan dengan ummat yang lain, inilah sedang berlaku dengan negara kita.

5. Pada Tahun 1938, orang Cina meliputi 450,000 orang, orang Melayu 350,000 orang, dan orang India 250,000 orang. Orang bukan Melayu lebih Majoriti daripada orang Melayu, inilah kejayaan penjajah British apabila berjaya mengimport ramai imigran ketika itu.

6. Hari ini. jika Sabah&Sarawak tiada dalam Malaysia, apakah agaknya akan terjadi? Nasib baiklah Petisyen PAS tahun 1963 Menolak kemasukan Sabah& Sarawak kedalam Malaysia tidak berjaya.
Anonymous said…
Assalamuailaikum YB dan para pengunjung.

Saya adalah Anon 3.06 di atas. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada YB dan para pengunjung sekalian kerana menggunakan bahasa yang sungguh kesat dan kasar seperti barua dan bodoh didalam komen saya di atas. Ia adalah suatu perkataan yang cukup tidak patut ditujukan kepada seorang yang cukup terhormat dan baik seperti YB. Walaupun begitu, bukanlah saya bermaksud mengatakan bahwa YB Khalid adalah seperti barua, tetapi yang sepatutnya di tulis ialah "jangan menjadi seperti barua" bukannya, "anda seperti barua". Inshaalah, saya cuba tidak akan menggunakan perkataan tersebut dilain kali.

Saya bersetuju dengan Zoro tua bahwa Islam sama sekali menegah perjuangan berasaskan kaum, dan dengan itu amat faham dengan kemarahan beliau terhadap komen saya. Walaupun begitu, yang perlu difahami ialah Bangsa Melayu pada waktu itu mewakili Umat Islam, hilangnya penguasaan orang Melayu, bermaksud hilang juga penguasaan umat Islam.

Saya nampak ada kecenderungan beberapa pengomen diatas untuk menuduh sesiapa sahaja, termasuk saya, yang meluahkan komen bertentangan dengan tulisan YB atau apa yang dilakukan oleh Anwar sebagai pencaci upahan UMNO. Ingin saya tegaskan bahwa saya ini bukan ahli mana-mana Parti termasuk UMNO. Saya adalah pengundi yang telah selama ini mengundi Parti PAS, demi kerana Islam.

Saya juga berpendapat bahwa pemberi komen yang berbeza pendapat dengan apa yang ditulis oleh YB ini bukannya pencaci UMNO, tetapi adalah ahli, penyokong atau pengundi PAS yang ingin melihat PAS berada dijalan yang benar. Adalah penting YB menerima pendapat mereka ini dengan hati yang terbuka, bukannya menganggap mereka ini sebagai pencaci upahan UMNO. Malahan, saya rasa yang membuat tuduhan bahwa pengomen seperti saya ini sebagai pencaci UMNO dan suka menimbulkan isu anti husam inilah sebenarnya adalah pencaci luar atau ahli PKR, bukannya ahli parti PAS.
charles calvin said…
dear YB

I agree that PAS should forge ahead on toppling the BN government rather than fighting for a Muslim Majority federal government. This is a once in a lifetime history in the making. Thus PAS need to push ahead to form the government as its main priority. Non muslim voter will definitely continue support PAS in the future is PAS is willing to let go of this requirements.
What we want is BN toppled...
Thanks but no thanks to 51 years of discrimination or 52 in the future.
With your stance I believe PAS will get support across religion and racial politics of UMNO.
Anonymous said…
Dear YB,

I respect your view on this matter. It is true that certain things appear to be bad, although they are actually good (the goodness shows late). Your reference to Hudaibiah Agreement is the evidence. Here in-dept thought and musyawarah are important because you as well may made mistake by assuming this situation is the same as the situation during Hudaibiah Agreement (there are high possibilities that they ARE NOT). Well, in Hudaibiah, Muslim had no power and incapable. Now we have considerable power, we have to be careful in exercising it.

It's easy to say this is a dakwah strategy, but can anyone assure it will work? Some people prefer "biar lambat asalkan selamat" than "menang sambung kampung tergadai".
Anonymous said…
MADRASAH AQLANIYYAH VS HUJJAH – HUJJAH SYARIYYAH

Saudara/i sekelian :

Antara tugas utama kita ialah merobohkan “Madrasah Aqlaniyyah” yang wujud dikalangan ummat Islam hari ini , khasnya di negara kita. Kita dapat mengesan wujudnya “buruh kasar” yang sedang giat membina ‘madrasah aqlaniyyah’ ini . Sebuah ‘madrasah’ yang mendidik ‘pelajar’nya menganut ideology ciptaan manusia dan membebaskan diri dari ikatan hujjah – hujjah syari’e yang diturunkan oleh Allah swt .

‘Madrasah’ ini melahirkan mereka yang berjiwa nasionalis , pragmatis, sosialis , sekularis dan sebagainya yang bercakap mengikut rentak Islam dan kadangkala ber‘irama’ gerakan Islam .

Sebagaimana yang berlaku sekarang , gerakan yang ‘perdu’nya dipelopori oleh sebahagian mereka yang pulang dari barat . Mereka memperkenalkan Islam kononnya Islam baru . cara baru dan sebagainya , padahal segalanya tidak lebih dari putar belit yang memualkan dari pihak orientalis untuk memesongkan hujjah dan fakta syariah .

Mereka memperkenalkan medernis Islam . Perlu diperingatkan , walau apa pun yang diperkenalkan oleh mereka , yang menjadi lampu ‘fluorescence’ untuk mengesan kepalsuan dan ketulenannya ialah Hujjah – hujjah Syariah yang termaktub di dalam Al Quranul Karim dan Sunnah Nabinya saw.

Kita sewajarnya bertindak teliti kerana di sana ada orang yang sedap bercakap dengan menggunakan istilah – istilah Islam dan mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka .

Saudara/i sekelian :

Pelbagai ideology yang timbul adalah implikasi daripada tiadanya ketegasan berpandukan hujjah – hujjah syariah . Ideology ini adalah merupakan bidaah yang paling keji disisi Allah swt .

Sebab berlakunya bidaah ini .

· Jahil mengenai sumber hukum syariah
· Istinbat ( mengambil ) hukum berasaskan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu .
· Mendahului aqal dalam mengambil syariat.

Justeru itu , dalam menangani perkembangan ideology yang bercanggah ini , kita mesti tegas memeranginya . Kita terbuka dalam menerima pandangan dan apa jua corak idea yang dikemukakan , tetapi kita mesti insaf bahawa prinsip kita ialah hujjah – hujjah syariah dalam menilai semua bentuk pemikiran yang dikemukakan .

Kita jangan terpedaya dengan pandangan individu atau kelompok sehingga membelakangkan syariah Allah swt .

Ingatlah utusan rasmi dari hadhrat ilahi :

و ما كان لمؤمن و لا مؤمنة إذا قضى الله و رسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم و من يعص الله و رسوله فقد ضل ضلالا مبينا

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

( Surah Al Ahzaab . Ayat 36 )

*Saya harap YB dapat fahami apa yg di maksudkan oleh Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi di atas.. harap2 YB tidak tergolong dari mereka yg mendirikan madrasah tersebut..

www.kampusnegara.net
Mr. Smith said…
I am surprised why Pas leaders have nothing better to say than comment on petty issues such as "Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam - Azizan".

Why must Azizan give credence to a Utusan Malaysia report instead of checking the facts.
Much ado about nothing.
Anonymous said…
kenapala sesetengah org x habis2 nk bela bangsa melayu je? orang2 bkn islam pun rakyat malaysia jugak ... kalo kita x tunjukkan contoh yg baik mcm mane mereka nk tertarik pada Islam? Islam ade ke ajar nasionalisme nie? baik jadi ahli UMNO je kalo mcm tue ... yg fanatik2 sgt tue, belajar2la berwasatiah ye ...
Anonymous said…
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kaum keluarga, para REFORMIS, penggiat Pakatan Rakyat (PR), pendukung dan penyokong keadilan serta para netters budiman. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan perlindunganNya.

Agak lama juga saya tidak mengirim ulasan ke blog DSAI ini. Namun saya tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap kiriman dan ulasan di sini. Adalah lumrah, kiriman dan ulasan bersifat pro dan kontra, samada daripada ahli, penyokong PR, pemerhati atas pagar dan sudah tentu sekali kedapatan ‘cyber troopers’ ameno be end yang turut memeriahkan daftar pengira pengunjung blog DSAI.

Fitrahnya setiap kejadian atau sesuatu yang berlaku itu mempunyai asbab yang tertentu. Begitu jugalah dengan semua kiriman dan ulasan para pngunjung di sini termasuk juga kiriman saya ini. Masing-masing mempunyai sebab dan alasan, hasrat dan tujuan menjadikan blog DSAI sebagai platform menyuarakan rasa ketidakpuasan hati, memeta cetusan idea yang akhirnya DSAI dan para moderator blog DSAI akan membuat keputusan samada menerima dan menilai setiap suatu kiriman itu samada sesuai atau tidak demi memperelokkan perjalanan dan perlaksanaan kegiatan PKR khasnya dan PR amnya. Atau sekadar hanya memantau daftar pengira pengunjung tanpa membaca setiap kiriman dan membiarkan ianya berlalu tanpa tindakan proaktif yang menyusul.

Setiap sesuatu perkataan itu adalah do’a. Pujian melangit itu do’a, idea penyokong dan pendukung keadilan juga do’a waima caci maki hangit si ‘cyber troopers’ itu juga do’a. Makbul atau tidak setiap do’a itu adalah hakNya.

Ketika di ambang ‘Aidil Fitri ini, kita semua dikejutkan oleh kenyataan YB Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dalam keluaran lidah rasmi PAS, Harakah keluaran terbaru (saya mendapat maklumat ini daripada blog Perisik Rakyat) dan juga ulasan YB Saudara Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor dalam blog beliau bertarikh 29hb Sept.2008.

Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!

Menggambarkan betapa tiada lagi perkataan yang sesuai saya perolehi dari kamus perasaan saya kala menerima perkhabaran berkenaan. Malah, saya berkeyakinan tinggi perasaan sama juga turut dikongsi para penyokong keadilan dan penggiat politik PR di luar sana. Amat pasti kenyataan sebegitu disambut sorak gembira hilai tawa seteru politik PR dan si ‘cyber troopers’ di sini.

Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya bukanlah seorang politikus separa masa atau sepenuh masa. Bukan juga seorang penganalisis politik lepasan universiti menggalas gelaran Professor. Bukan juga tergolong dari kalangan ilmuwan atau cendikiawan. Tetapi saya adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam yang hidup berkerjaya, berkeluarga, bermastautin dan bermasyrakat di bumi Malaysia ini. Bersama-sama dengan TGHH dan rakyat Malaysia lainnya menjadi saksi turun naik seseorang Perdana Menteri dan barisan menteri kabinetnya. Kita telah bersama-sama melalui setiap detik helaan nafas dan titisan peluh mengharungi kehidupan bermasyarakat dalam negara majmuk ini. Tiada batasan ras, masing-masing bertungkus lumus meningkatkan produktiviti sambil memperlengkap dan menyesuaikan diri agar tidak ketinggalan bersaing dalam segenap aspek kegiatan seharian.

Memang ini adalah pendapat peribadi saya. Suara hati seorang manusia yang menjadi rakyat Malaysia. Seorang hamba Allah swt yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta kaum keluarga. Dengan izinNya juga, saya merasakan bertanggungjawab juga untuk berbuat sesuatu kepada masyarakat dan negaranya. Kehidupan saya seharian tidak dapat lari daripada pergaulan dengan masyarakat berbilang kaum.

Jika YB TGHH masih tidak jelas maksudnya, di sini saya perjelaskan. Mereka yang saya maksudkan dengan masyarakat berbilang kaum itu ialah terdiri daripada keturunan Melayu (Bumiputera) Islam, Cina Islam, India Islam, keturunan Melayu (Bumiputera) bukan Islam, Cina bukan Islam, India bukan Islam dan lain-lain bangsa keturunan bukan beragama Islam!

Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya tidak pernah walau sesaat pun menafikan hak PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya. Tidak sesekali! Saya juga amat sedar bahawa Islam itu bukan HAK Melayu sahaja! Bumi Allah swt ini juga bukan hanya semata-mata untuk didiami oleh yang Islam sahaja! Siapa saya untuk mengajar YB TGHH dan pengikut setia TGHH tentang Islam!? Ustaz bukan, ilmuwan bukan cendikiawan pun bukan. Jauh sekali bergelar Tuan Guru!

Seperkara yang saya amat pasti adalah hak saya dan wajar sekali saya nyatakan di sini ialah saya sebagai ahli masyarakat Malaysia dan yang paling penting ialah seorang Islam menegur walau dengan apa cara sekali pun selagi ianya tidak melanggar hukum etika bermasyarakat dan bernegara. Tanpa mengira tahap pendidikan, kelas atau status ekonomi dan tiada persoalan keahlian parti politik mana yang saya memihak, saya fikir adalah menjadi tugas saya menegur YB TGHH.

Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!

Syarat mutlak 3M yang ditetapkan oleh YB TGHH itu amat dangkal! Agaknya YB TGHH sedang mengelamun dan bermimpi berada dalam sebuah Negara yang hanya terdiri daripada 2 golongan sahaja? 1 golongan Melayu Islam dan 1 lagi golongan Melayu bukan Islam!? Memanglah YB TGHH menjadi ADUN dan Ahli Parlimen hanya untuk Rhu Rendang dan Marang tetapi YB TGHH ialah Tuan Presiden PAS dan parti YB TGHH ialah salah satu daripada 3 tonggak utama dalam PR!

Kenyataan YB TGHH itu bukan sahaja terkesan di hati saya tetapi saya berkeyakinan ianya amat menusuk jiwa setiap rakyat yang mengimpikan sebuah kerajaan baru iaitu kerjaan PR menggantikan kerajaan be end yang diterajui ameno. Sedar atau tidak, kejayaan PR dalam PRU 12 yang lalu menunjukkan rakyat berani melakukan anjakan untuk perubahan. Undi kami bukan undi daripada pengundi Melayu Islam dan Melayu bukan Islam sahaja tetapi undi daripada pengundi rakyat Malaysia majmuk! Terutamanya di sebelah Semenanjung ini. Tiada hasrat untuk menafikan peranan jentera pilihanraya PAS dan istiqamah perjuangan ahli-ahlinya yang paling mantap dan ampuh berbanding jentera PKR dan DAP. Malah jauh lebih baik daripada persembahan jentera ameno be end. Justeru, memang PR amat mengharapkan pengekalan PAS dalam gabungannya agar kekuatan PAS itu dapat dikongsi bersama memperteguhkan strategi ke arah perlaksanaan pelan peralihan tampuk pemerintahan negara.

Tidak diketahui samada YB TGHH dan para pengikut setia TGHH masih teruja bermuzakarah dengan ameno untuk bersama-sama mentadbir negara atas nama be end? Tidak cukup zalim lagikah perlakuan kerajaan ameno be end selama ini? Masih tidak serik dengan 2 kecurangan terbesar mereka terhadap PAS ketika sama-sama memerintah kerjaan negeri Kelantan dan Pusat sebelum ini? Sedar atau tidak, jika ditakdirkan PAS kembali ‘bersatu’ dengan ameno be end memerintah kerajaan Pusat, PAS masih lagi minoriti dan cita-cita PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya hanya akan kekal sebagai motto perjuangan partinya sahaja sehingga PAS akan ditendang keluar sekali lagi!

Masih segar di ingatan setiap rakyat Malaysia dewasa ini, betapa PAS di bawah YB TGHH telah berjaya menawan negeri Terengganu pada PRU 10 tetapi hanya mampu bertahan sepenggal. Kerajaan PAS Terengganu kalah teruk, jatuh tersungkur tidak berdaya bangkit di PRU 11 dan terkini di PRU 12. Peluang yang ada sekarang ini, kekuatan PR yang wujud ketika ini usah dipersiakan hanya semata-mata status YB TGHH seorang ADUN, ahli Parlimen merangkap Presiden PAS yang mahu menunjukkan bahawa YB TGHH juga perlu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Ular yang menyusur akar tidakkan hilang bisanya wahai YB TGHH. Percayalah! Kesudian YB TGHH merendahkan sedikit keegoan YB TGHH itu akan lebih disenangi dan disanjungi daripada mengeluarkan kenyataan yang dangkal seperti itu.

Alangkah moleknya diperkukuhkan PR (yang dikatakan longgar oleh segolongan pemimpin PAS sendiri) ini kemudian bersama-sama berkongsi kuasa memerintah di Pusat sambil menyebar dan menerapkan keindahan Islam itu di kalangan pemimpin dan penyokong PR itu sendiri yang telah sama-sama mengharungi jerih perih gelanggang pilihanraya yang tidak sama rata selama ini? Betapa cantiknya jika PAS bersama-sama PR membersihkan pentadbiran negara dari segala gejala mungkar yang semakin subur dengan kerenah bermacam jenis rasuah dan ketidakadilannya itu yang telah PAS cuba tentang selama setengah abad yang lalu!?

Akhirul kalam, cukuplah seorang WIRAWAN yang terGELUMANG dalam tong tahi yang kemudiannya WIRAWAN itu telah ditendang keluar dengan cara amat aib sekali dari sebuah yang terserlah keaibannya itu. WIRAWAN itu kini telah bersih dan semakin terserlah sinar keceriaannya semenjak diterajang dulu! Adakah YB TGHH dan para pengikut setia TGHH hendak menjadi WIRAWAN ke2!? Percayalah! Walau YB TGHH tidak memasuki tong tahi berkenaan namun busuk najis itu akan terpalit juga di batang tubuh YB TGHH dan para pengikut setia TGHH dengan hanya tinggal serumah dan duduk bergandingan tong tahi itu! Apabila sampai ketika dan waktunya kehadiran YB TGHH dan para pengikut setia TGHH tidak diperlukan lagi, YB TGHH dan para pengikut setia TGHH akan diterajang keluar dengan keadaan lebih aib!

SALAM ‘AIDIL FITRI 1429H.
MINAL ‘AIDIL WAL FAIZIIN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Pengundi berdaftar di PJ Utara


c.c. blog Perisik Rakyat dan blog YB Kahlid Samad
Anonymous said…
Salam, saudara Zainal Abidin.

Setuju dgn pandangan saudara...sepatunya CC kan sekali ke semua blog pemimpin PAS supaya mereka sedar akan hal ini.

TGHH, berpijaklah di bumi nyata,kalau kerusi kita pun bnyk itu, syarat kita pun patutnya sepadan la dgn kerusi yg kita ada tu. nnt bila ada kuasa (memerintah negara) gunakanlah kuasa yg ada dgn seadil2nya dan penuh hikmah supaya kerusi BN UMNO yg ada nnt semuanya jatuh ke tangan PAS semula. Perjuangan Islam masih panjang....

Salam.
Anonymous said…
I personally dont think 3M is the best word to describe the policy promoted by PAS. What about PAS for all and suddently PAS talk about malays? 2M would suffice and better still, just promote PAS for all. Why there must be lots of slogan from PAS leader which rather makes public confused? Cant they be simple and straight forward?

After 2004, when they lost badly in the election, they created new slogan PAS for all. But after winning in 2008, why change to 3m? This is so ridiculous.

Remember, people vote pas not because they like u, it was because they were fed-up with BN and got no other choice except voting for other parties. Now, it is their times to convince voter that they are not like BN. But now, it sounds so..

To all pas leaders, remember...without us, u cannot easily hold power and spread across your message or idealogy. I dont think pas leaders want to spread knowledge only through surau or mosques. The message of islam must be heard every where freely and this is the ultimate role of PAS, rather than trying to imitate umno's aspiration.
Saya setuju dengan pandangan YB.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.