Skip to main content

Upacara Angkat Sumpah DSAI

28hb Ogos, tarikh harijadi ibu saya, Hajjah Rashidah Othman, merupakan tarikh bersejarah bagi Dewan Rakyat. Ia menyaksikan kembalinya DSAI sebagai wakil rakyat Permatang Pauh dan sekali gus sebagai Ketua Pembangkang. Melalui upacara yang ringkas, yang tidak padan dengan implikasi politik kepada Negara Malaysia, DSAI mengangkat sumpah sebagai seorang ahli dewan rakyat. Sokongan yang padu terhadap beliau dari semua parti PR yang terbukti sepanjang proses PR kecil Permatang Pauh dibuktikan sekali lagi pada pagi ini dengan kehadiran bersama Lim Kit Siang dan TG Hj. Abdul Hadi.

Langkah pertama ke arah Putra Jaya telah dengan ini diambil dengan jayanya.

Respons Pak Lah
Pak Lah dan beberapa pemimpin BN yang lain berusaha untuk memperlekehkan kemenangan DSAI di Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa ianya satu PR kecil yang biasa sepertimana PR kecil PR kecil yang lain sebelum ini. Pak Lah menegaskan bahawa kerajaan BN terus mantap dan tiada yang akan lompat. Ada juga yang sempat menyampuk dan mengatakan “tak tambah kerusi pun” kerana memenang kembali kerusi PKR yang telah dikosongkan oleh Dato’ Seri Wan Azizah.

Respons-respons yang sebegini sebenarnya membuktikan bahawa PR kecil ini sememangnya jauh berbeza dari PR kecil yang lain sebelum ini. Usaha meyakinkan rakyat akan keutuhan kerajaaan selepas kalahnya calon BN di dalam satu PR kecil tidak pernah dilakukan sebelum ini. Begitu juga liputan media yang begitu menyeluruh akan kemenangan DSAI juga membuktikan betapa luasnya implikasi kemenangan ini. BN malangnya masih dalam ‘denial’.

Kemenangan di PR kecil sebenarnya amat sukar kerana segala kekuatan BN ditumpukan kepada satu kawasan kecil. Calon pembangkang berhadapan dengan seluruh kekuatan kerajaan, bukan kekuatan BN sahaja. Segala berita melalui media milik atau pro kerajaan digunakan untuk menyerang calon ini dan oleh itu kebiasaannya prestasi pembangkang di PR kecil merosot. Itulah harapan BN sebenarnya. Bukan untuk menang tetapi untuk mengurangkan majoriti.

Namun walau apa sekalipun mereka lakukan, mereka digagalkan oleh rakyat, khususnya pengundi Permatang Pauh. Ini sebenarnya petanda bahawa BN tidak lagi relevan. Usaha2 ‘last-ditch’ untuk menyelamatkan BN selepas PR kecil ini, termasuk menjatuhkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO, seperti yang mula dicadangkan oleh beberapa pemimpin BN, tidak akan mempunyai apa2 kesan. Lagipun, siapa penggantinya? Siapa di kalangan pemimpin mereka yang mempunyai kredibiliti? UMNO/BN bagaikan bahtera yang reput yang sedang karam dan usaha menyelamatnya adalah bagaikan ‘tikus membaiki labu’. Usaha ini akan gagal.

Comments

kanot said…
Tuan YB

Skg saya dah jelas dengan jawapan YB pasal isu serangan peribadi terhadap YB dalam blog antihusam.

Cuma, saya harap YB boleh jelaskan lagi mengenai isu 'edorgan' kerana penjelasan YB Husam agak kabur. Dr Hatta pulak hanya jawab 'no komen'. Jawapan no komen ni selalunya agak susah kita nak terima jika 'berani kerana benar'

Isu 'puak edorgan' ni agak membimbangkan saya...dan saya harap mendapat penjelasan daro org yg terus berada di dalam kepimpinan seperti YB.

Thanks

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...