Skip to main content

UK Visit

Semasa menziarahi anak cucu di UK, kesempatan diambil untuk mengadakan program bersama para pelajar serta golongan profesional yang menetap di sekitar Manchester dan Leicester. Semangat, pendapat dan keprihatinan semua kepada senario politik tanah air adalah amat di hargai. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menerima kunjungan.

"Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yg panjang, insyaAllah boleh kita berjumpa lagi"


National Sea Life Centre, Birmingham
Bersama Anak: Salleha, Cucu: Naeem & Yusra serta Isteri Zaitun


Memorial Park, Coventry

Penat mengejar si Yusra...

Comments

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-