- Fazna memberi komen berkenaan isu jawatan dalam parti apabila kita telah senang (menang). Terima Kasih atas peringatan tuan. Saya sebenarnya menolak konsep ‘Ghanimah’ (war booty) dalam konteks perjuangan kita sekarang kerana kita bukan turun ke medan perang. Bila Rasulullah (SAW) masuk Madinah, tiada Ghanimah yang diambil dari penduduk kota tersebut kerana mereka menerima secara rela dan menyambut Rasulullah dengan baik. Begitu juga apabila rakyat mengundi kita. Ianya dilakukan secara rela dan tiada peperangan, maka soal Ghanimah tidak timbul. Jawatan2 mesti diterima sebagai satu amanah dan bukan hadiah atau Ghanimah.
- Saudara Hafiz pengendali laman blog surau2faber bertanya berkenaan kuil2 hindu yang baru diluluskan dan akan ada satu tempat beribadah yang mengabungkan semua agama akan dilakukan di Selangor. Sebenarnya maklumat itu tidak tepat kerana yang ingin dilakukan ialah menggantikan kuil2 yang sedia ada yang telah wujud selama beberapa puluh tahun dengan tapak yang lebih sesuai. Ini adalah kerana kuil2 berkenaan berada di tapak asal semenjak sebelum ladang getah dibeli oleh pemaju atau PKNS untuk tujuan pembangunan. Bila dibeli, pekerja dipindahkan tetapi kuil2 mereka tidak dipindahkan sekali atau ditangani secara bertanggung jawab. Maka PR mewarisi masalah ini yang telah diabaikan oleh BN. Akhirnya kuil2 ini ada yang tiba2 dikelilingi rumah orang-orang Melayu dan ini menimbulkan ketegangan. Masalah ini perlu ditangani secara adil dan inilah tuntutan Islam.
Satu kawasan yang meletakkan semua rumah ibadah bukan Islam telah diwujudkan oleh pentadbiran lama di Seksyen 18. Kuil Hindu, Sikh, Buddha dan sebagainya ingin mereka longgokkan di satu ‘kompleks’. Tidak hairan, ramai dari orang bukan Islam tidak setuju kerana ia boleh juga menimbulkan ketegangan, lebih-lebih lagi sekiranya ada perayaan berbeza pada hari yang sama. Sekali lagi kita terpaksa mewarisi masalah yang ditimbulkan BN.
2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba
Comments