Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung

Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas teguran2 yang telah diberi oleh mereka yang mengunjungi blog ini. Kedua, saya ingin memaklumkan dan meminta maaf atas hakikat kesibukan i.e.: pilihan raya kecil di P.Pauh, sidang parlimen, tugas-tugas kawasan dan sebagainya, saya tidak dapat update blog ini sekerap yang saya inginkan. Namun saya akan berusaha insyaAllah, paling kurang pun dua, tiga hari saya akan cuba update.

Berhubung dengan teguran2 yang diterima, saya akan respon secara umum seperti berikut:-

  1. Anonymous menyebut apa bezanya PKR berbanding UMNO? Jawapannya ialah PKR tidak merupakan parti Islam dan mereka tidak mendakwa mereka memperjuangkan Islam. UMNO sebaliknya mendakwa mereka pejuang Islam, parti Islam terbesar di dunia dan membawa pula konsep ‘Islam Hadhari’. Dalam PR, hanya PAS membawa mesej Islam dan dengan itu risalah Islam akan semakin jelas kerana PAS akan dibenarkan menyampaikan dasar kita dengan sejelas mungkin. Sebagai da’I, inilah yang terpenting. S46 pula merupakan suasana politik pada tahun 80an dan ianya merupakan kerjasama yang mempunyai matlamat khusus. Melalui kerjasama dengan S46, Kelantan dibebaskan dan dibawa bawah pemerintahan kerajaan PAS sejak tahun 1990. Maka kerjasama dengan S46 mendatangkan hasil yang positive, maka mengapa disebut ‘once bitten twice shy’? Sepatutnya kita sebut bahawa pendekatan ini terbukti Berjaya. Itulah mungkin di antara sebab mengapa TGNAziz begitu passionate mempertahankannya.
  2. Kepada zorro_tua, pejuang bahasa, tamupulaumelaka, kotakata, pokmae dan yang lain2 yang memberi komen seakan, saya ucapkan terima kasih. Saya bukan menjawab demi antihusam semata-mata. Saya menjawab supaya menyumbang kearah kefahaman yang jelas di kalang ahli dan penyokong berhubung arah-tuju yang perlu kita harungi. Saya faham kekhuatiran dan ketakutan di kalangan ahli, penyokong, walhal sebahagian pemimpin PAS untuk mengharungi jalan ini. Melepaskan tongkat kebangsaan Melayu dan berpegang teguh kepada Islam semata-mata dalam berjuang untuk mencorakkan suasana politik baru Negara Malaysia merupakan satu cabaran hebat! Namun ianya perlu diharungi dan pada masa yang sama kita juga mendapat perlindungan Perlembagaan. Oleh itu ianya bukan satu pengembaraan politik tanpa apa-apa perlindungan. It is not a ‘foray into the wilderness without any form of protection’.
  3. Antihusam pula memberi komen dan saya ucapkan terima kasih. Saya rasa lega juga kerana ada seorang yang begitu berdedikasi, ingin memantau segala yang saya lakukan dengan tujuan mengesan kelemahan saya. Semoga dengan ini saya akan menjadi ahli Parlimen yang lebih berkesan. Hanya cadangan saya, jangan main tuduh dan serang secara membabi buta dulu tetapi sebaliknya soalkan dulu! Selepas terbukti maklumat betul barulah tuduh dan serang sekiranya perlu.
  4. Saudara Naim Jalil membawa soalan yang perlukan masa sikit untuk dijawab. Saya akan cuba memberi jawapan yang sejelas mungkin seperti di bawah :- Pertama, isu DSAI adalah fitnah yang jelas. Tuan kena menghayati dasar Islam iaitu ‘tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya’; ‘si penuduh wajib membawa bukti dan bagi yang dituduh sumpah’ (sekiranya ada bukti) dan bukan sebaliknya serta akhirnya isu ini perlu diserah ke mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh DSAI. Oleh itu soal benar/palsu cerita DSAI tak timbul. Jelas Saiful di pihak yang tidak benar kerana dia membawa tuduhan tanpa bukti dan enggan ke mahkamah.

    Kedua, isu ‘perkauman picisan yang dimainkan DAP/PKR’ juga merupakan kenyataan yang agak tidak tepat memandangkan isu perkauman adalah isu UMNO/BN. UMNO/BN yang ingin menakut-nakutkan orang Melayu terhadap desakan orang bukan Melayu. Bagi saya Islam menjamin keadilan untuk semua dan kaum Cina dan India hanya inginkan keadilan terhadap kaum mereka. Mereka tidak mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.

    Ketiga, sememangnya apa yang disebut berhubung strategi yang perlu dilaksana oleh PAS adalah apa yang sedang diusahakan oleh PAS! Saya tidak nampak mengapa dengan berada di dalam PR kita tidak boleh berusaha ke arah memperjelaskan risalah Islam dan membina kekuatan keimanan dan ketaqwaan rakyat Islam. Di negeri2 yang diperintah PR, PAS dapat ‘membebaskan’ jabatan ugama, masjid2, surau2 dan sekolah2 agama di negeri2 berkenaan. Ini membuka luas kemungkinan kita mendidik ummat Islam berhubung Islam yang sebenar. Maka di manakah kebenaran bahawa kita telah termasuk dalam ‘fitnah’ PR berkenaan?

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.