Skip to main content

Bajet Sepintas Lalu - Harapan Baru Malaysia?

Bajet 2009 merupakan bajet ciplak murahan yang tidak bermutu dan tidak menepati sasaran. Di antara yang menarik :
  • Bil letrik RM20 ke bawah tidak perlu dibayar! SU Kawasan Tanjung Karang semalam habis pusing satu kampong; tak seorang pun mempunyai bil RM20 ke bawah maka tiada manfaat!
  • Cukai Biskut Impot dan Air Buah-buahan impot akan dimansuhkan! Berapa ramai orang kampung makan biskut impot dan minum air buah-buahan impot?
  • Projek-projek Mega yang berkoridor-koridor akan diteruskan! Bahagia sungguh kroni2 yang dah tahu mereka mendapat projek2 ini.
  • Janji2 manis untuk Sabah dan Sarawak tetapi orang Sabah kata biasa dengar semenjak dulu lagi.
  • Masalah Inflasi dan harga minyak masih kabur penyelesaiannya.
  • Bajet 2009 tetapi bonus kakitangan kerajaan dibayar Sept. 2008! Itu bukan Bajet 2008 ke? Bonus ini pun tiada manfaat kepada yang bukan kakitangan kerajaan.
  • Isu Gaji minima - diam.
  • Dalam Bajet pun sebut bab MP BN lompat masuk PR ke? Phobia betul PM. Maklumlah ramai yang tak sanggup tanda-tangan aku janji atau sumpah setia (sumpah lagi!). Yang tak tanda tangan dikhuatiri dan yang tanda tangan pun bukan boleh percaya sangat!!!
  • Lain2 perlu masa sikit untuk saya kaji bersama dengan rakan2 PR. Pokoknya orang yang tak pandai urus bajet parti sehingga terhutang RM214 Juta kepada kontraktor pembekal sepanduk dan bendera untuk PRU 2004 boleh ke menguruskan bajet Negara?

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...