Skip to main content

Walimah anak di Masjid Al-Hidayah Sek 18 Shah Alam

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan walimah anak saya Musaddeq semalam 10 September 2016.

Ucapan jazakallahu khairan kathirah secara khas ditujukan kepada:

1. Pihak JK Masjid Al-Hidayah yang mengizinkan majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid berkenaan.

2. Kepimpinan dan ahli Amanah kawasan Shah Alam yang turun sebagai petugas dan juga tetamu.

3. Kepimpinan dan ahli Amanah cawangan Seksyen 18 Barat yang bertungkus lumus menyediakan segala jamuan secara rewang dan turut bertugas sepanjang majlis.

4. Pimpinan Keadilan, DAP, Amanah dan PAS dari semua peringkat yang hadir bermesra dan bergaul dengan rakyat jelata yang turut hadir menjayakan walimah tersebut.

5. Ahli keluarga yang datang dari merata tempat samada dari pihak saya, isteri mahupun pengantin perempuan Anis Afida Binti Mohd Azli yang mana dengan kehadiran mereka telah menceriakan lagi majlis tersebut.

6. Jiran dan rakan taulan serta warga Shah Alam yang sudi bersama menjayakan walimah tersebut.

Sama-sama kita doakan semoga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke anak cucu.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.