Skip to main content

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama UMNO?

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita dan ceritanya begini:-

Ada seorang, ia itu Melayu-A, menjemput seorang yang lain, ia itu Melayu-B ke kelab malam untuk minum beer. Pada masa yang sama ada pula seorang bukan Melayu yang menjemput Melayu-B ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-A tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun ditangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, lucah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan seperti kes NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan PAS, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang lebih baik. Ingat! Yang penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat apa’?

Ini selari dengan kata-kata masyhur Saidina Ali (KW), “undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala” atau “lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat pada siapa yang mengatakannya". Dalam erti kata lain, sokonglah kebenaran walau siapa sekalipun yang memperjuangkannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

mahaza said…
Apabila saya mengutarakan (dan rasanya ramai juga) bubar UMNO dan semua masuk PAS maka semua orang Islam bersatu, tiada sebarang komen yang diterima. Jika siapa nak naik kepimpinan pastikan diri mantap, boleh jadi imam dan juga baca khutbah. Bukan sesuatu yang suka tetapi mampukah dilaksanakan? Atau sayang kepada kuasa?
Grand Marquis said…
Ia adalah satu persepsi terpesong yang anda ciptakan untuk menghalalkan tindakan anda. Alasan sengaja dicipta supaya orang Islam itu digambarkan sangat jahat dan orang kafir itu digambarkan sangat baik supaya tindakan anda ini akan dianggap benar.

Ini adalah sejahat-jahat alasan yang dicipta untuk menghalalkan perbuatan anda merosakkan perpaduan ummah.

Alasan ini juga amat mendekati ideologi khawarij yang mana salah satu sifat mereka ialah mereka membunuh orang Islam dan membiarkan orang kafir. Dengan alasan seperti inilah khawarij membunuh orang Islam. Mereka mengkafirkan orang Islam, khususnya pemerintah Islam atas dosa-dosa mereka dan menghalalkan darah orang Islam, sedangkan orang-orang kafir yang terang-terang mahu merosakkan umat Islam dibela, sebagaimana anda membela pejuang sek bebas yang mengetuai Bersih.
bat8 said…
YB,

1. PAS memang tak boleh bersama UMNO Baru yang ada hari ini kerana tidak ada asas persamaan yang boleh dijadikan platform.

2. UMNO Baru yang ada hari ini, semenjak masuk ke Sabah dah jadi PARTI BUMIPUTRA dah. Dah tukar jadi parti melayu ala UMNO lama semata-mata nak kekalkan kuasa. Maksud dah jadi parti bumiputra ialah, sebelum masuk ke sabah, syarat keahlian UMNO Baru diubah dari melayu sebagaimana takrif dalam perlembagaan kepada menerima semua bumiputra menjadi ahli, tak kira melayu atau iban, atau portugis kat melaka, kadazan maupun orang siam. Soal ugama juga tidak penting, bukan islam tetapi bumiputra pun boleh jadi ahli penuh UMNO Baru. Kalau tidak takkan John Ambrose boleh jadi ketua bahagian UMNO Baru penampang,sabah.

jadi macamana sebuah parti islam seperti PAS hendak bekerjasama dengan sebuah parti bumiputra atas dasar orang melayu dan islam, sedangkan orang melayu islam adalah sekelompok sahaja dari kelompok-kelompok kaum-kaum bumiputra lain yang menjadi ahli UMNO BARU.Inilah jawapan yang paling rasional bagi aku!

3. dari segi undang-undang, UMNO lama dan UMNO Baru adalah dua buah pertubuhan berbeza dan tidak ada kena mengena antara satu sama lain.

Takkan TDM yang bunuh UMNO lama dan buat UMNO Baru tak tahu? Dia tahu hakikat ini. Pemimpin-pemimpin UMNO Baru lain tak tahu ke? tahuuuuuuuuuuu....Mengapa mereka asyik dok bercakap pasal perjuangan parti orang lain, bukan pasai parti dia orang iaitu UMNO BARU?!!!!!!! Mengapa pemimpin-pemimpin UMNO BARU bercakap tentang sebuah parti melayu lain yang telah tiada sejak 24 tahun dulu dan tidak pernah bercakap tentang parti bumiputra mereka?

4. kat sinilah auta terbesar dan perangkap paling ampuh untuk menipu orang melayu. Sedih tengok penyokong-penyokong totok UMNO BARU mempertahankan parti mereka tanpa mengetahui mereka ditipu hidup-hidup.

bayangkan kalau pemimpin-pemimpin UMNO BARU berceramah tentang kedudukan sebenar parti mereka sekarang dihadapan orang melayu? bagitau bahawa UMNO BARU sekarang adalah parti bumiputra, serupa dengan PBB, parti taib mahmud kat sarawak.

Itu pasaila depan orang melayu dia orang bawak cerita UMNO ia itu parti UMNO lama yang dah tiada tu. pasai perjuangan UMNO lama itu adalah perjuangan melayu dan islam. Depa sorok pasai parti bumiputra depa. Tu pasailah melayu tak sedar kena tipu hidup-hidup.
Unknown said…
Bergabunglah PAS dgn parti Likuth Israel tu lg bagus YB
Kalau dh x nak berdamai dan bersaudara
Dgn saudara seIslam sendiri
Baik bergabung dgn musuh yg dh tentu hebat
Dari menggunakan alasan bodoh x bertempat
kadiak said…
Nabi berdakwah tidak ade parti pun mane ade parti ape pun yg ade al quran dan sunnah, itu jer alasan demi alasan yg berbalah politik pemimpin yg banyak dpt dose pemimpin jugak, sesama menghukum sesama umat, ini la akhir zaman, si malayu b berkata melayu a ajak minum arak tp yg si og kafir ajak minum teh tarik, di kedai cina bukan nye kedai mamak, tp nak ajak kebaikan tetapi si kafir tetap tetap kafir, melayu a dituduh minum arak, tp kalau izin tuhan melayu a berubah dan insaf takan pelwaan melayu a ini dihina sehina nye? Atau tak akan melayu b ni tanak berdakwah sesama islam lebih afdal melayu a diberi nasihat dgn berbudi bicara bukan nye melaknat dan menghukum kafir mengkafir? Kan lebih manis bergabung fahaman bukan suruh bubar parti tetapi bergabung martabatkan islam di malaysia. Duduk semeja dgn tatasusila mcm org masuk meminang dgn adap nye ade pantun dan cincin merisik nye ade perbincangan tetapi tiada suatu pun kearah matlamat tersebut.
hakeem said…
Perumpaan YB Khalid sangat ringkas dan mudah difahami. Those who understands can tell a story with simple words.
Grand Marquis said…
Those who do not understand will believe in his fake analogy. Perumpamaan yang ringkas inilah yang menimbulkan fitnah yang menimbulkan perpecahan dan pembunuhan sesama Islam.
Aisyah M.Yusuf said…
Assalamu'alaikum w.w ...ramai juga soalan-soalan parti di Malaysia but lain di Malaysia tentu lain pula di Indonesia. bolehlah hamba ikut menyimak buat sekedar pengetahuan.salam ukhuwah dari tanah seberang.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.