Skip to main content

Hj. Azli Yusof



Di antara tugas pemimpin adalah untuk mewujudkan pelapis yang berkemampuan, berakhlak dan beramanah. Di kalangan pelapis di Shah Alam adalah Hj. Azli Yusof, beliau merupakan seorang profesional muda yang telah terlibat pada awalnya dengan PAS sejak di kampus semasa masih menuntut di US dan kemudiannya bergiat di peringkat Pemuda sekembali ke tanah air. Telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam pada 2013 bagi menggantikan saya setelah saya memilih untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun itu.

Beliau kemudiannya meninggalkan PAS setelah melihat pasti tersebut terpesong dari jalan asalnya dan bersama AMANAH sejak penubuhannya. Seorang yang dinamik dan berkemampuan serta berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan juga politik.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-