Skip to main content

Program “Muzik Itu Mudah… Islam Itu Indah” Untuk Lepasan SPM

Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM? Berada di dalam sebuah kumpulan Nasyid? Atau mempunyai minat dalam menulis Lagu-lagu berbentuk ketuhanan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program “Muzik Itu Mudah…Islam Itu Indah”.

Program “Muzik Itu Mudah…Islam Itu Indah” adalah sebuah program yang menerapkan asas muzik yang unik berteraskan konsep teori dan praktikal dimana struktur program ini akan mengupas perjalanan penulisan sesebuah karya muzik nasyid dan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dari peringkat asas.

Ini dikuatkan lagi dengan pengsijilan daripada Associated Board of the Royal School of Music (ABRSM) yang mana kesemua peserta yang terlibat akan berpeluang menduduki peperiksaan muzik bertaraf antarabangsa ini.
Program yang komprehensif ini juga akan melatih anda untuk mempunyai kemahiran dalam bermain pelbagai alat-alat muzik Nasyid seperti Bonggo, Kompang, Gendang dan lain-lain lagi agar karya yang anda bakal hasilkan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

Bukan itu sahaja…!!!

Bagi peserta yang terpilih dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, pihak penganjur akan mengadakan satu kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk mengetengahkan karya dan bakat anda. Jadi apa tunggu lagi? Marilah sertai program ini dan sama-sama kita warnai industri muzik Negara.


FAQ
1) Bilakah tarikh tutup pernyertaan?
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2017

2) Siapakah yang layak untuk memohon?
- Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai golongan, namun lebih memberi ruang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga golongan ASNAF yang ingin menceburi bidang ini

3) ABRSM?
- ABRSM adalah sebuah badan peperiksaan yang berasal dari Eropah dimana rangkaian peserta yang mengambil peperiksaan yang dikendalikan oleh badan ini sudah mencecah 60,000 peserta dari pelbagai negara setiap tahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://my.abrsm.org/en/home

4) Apakah gred/tahap peperiksaan yang akan diambil?
- Semua peserta yang mengikuti program ini akan diserap dengan ilmu teori muzik dari tahap 1 sehingga tahap 5 (daripada 8 tahap yang disediakan) https://my.abrsm.org/en/our-exams/#piano


5) Berapa lamakah durasi program ini berjalan?
- Program ini akan dikendalikan selama 4 bulan (bermula dari Januari 2018 hingga April 2018)

6) Berapa kalikah kelas akan diadakan dalam sebulan?
- Kelas teori dan praktikal akan diadakan dua atau tiga kali seminggu (bermakna 8 - 10 kali sebulan)

7) Dimanakah kelas ini akan dikendalikan?
- Kelas ini akan dikendalikan di Tingkat 3, Blok 1, Pusat Perniagaan Worlwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam

8) Berapakah yuran yang dikenakan bagi mengikuti program ini?
- Pihak penganjur telah meletakkan yuran sebanyak RM 2000.00 bagi seorang peserta (merangkumi semua kelas, makan & minum selama 4 bulan)

9) Jika saya berminat, tetapi tidak mampu untuk membayar yuran?
- Sila kemukakan permohonan bantuan kewangan Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di alamat No 1B, Tingkat 2, Blok 1, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen Shah Alam atau hubungi kami di talian:03-5523 8787 (Tertakhluk kepada terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan)

10) Adakah program ini mengetengahkan genre yang specifik?
- Amnya, teori muzik adalah umum, namun pihak penganjur ingin mengetengahkan konsep penghasilan muzik nasyid dan lagu-lagu berbentuk ketuhanan. Maka peserta boleh mempelajari asas muzik kontemporari dan juga asas muzik yang berbentuk ketuhanan

11) Bilakah permohonan akan dibuka?
- Permohonan akan dibuka mulai 4 Disember 2017

12) Dimanakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran bagi mengikuti program ini?
- Bagi yang berminat, sila hubungi saudara Wan Suhairi (Pendaftaran) di talian (+6)013-539 4997) Untuk keterangan lanjut.


Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.