Skip to main content

Jangan Hanya Cakap, Tunjukkan Hak Pramugari Dibenar Bertudung

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz didesak buktikan yang beliau menolak diskriminasi terhadap wanita bertudung dengan membenarkan pramugari Malaysia Airline Berhad (MAS) bertudung.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melihat dasar itu mudah dilakukan memandangkan MAS merupakan syarikat milik kerajaan.

"Kalau betul nak buat tindakan betul, bagilah contoh yang betul juga.

“Benarkan pramugari MAS bertudung, sebab kita semua tahu MAS milik kerajaan. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan demikian," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Khalid berkata demikian berhubung kenyataan Nazri semalam yang menolak diskrimasi terhadap wanita bertudung dalam perkerjaan, termasuklah pramugari.

Pada masa sama, wakil rakyat Amanah itu juga menyelar Nazri yang dilihat cuba mempergunakan isu bertudung sebagai kempen politknya memandangkan pilihan raya semakin dekat

"Nazri ini janganlah nak ambil kesempatan nak tunjuk hero. Kalau betul tunjuklah contoh, bagi pada MAS, jangan hanya cakap tapi tindakan tidak ada apa."

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata, MAS bukan sahaja patut membenarkan pramugarinya untuk bertudung malah syarikat penerbangan itu juga perlu membatalkan polisi menyediakan minuman alkohol kepada pelanggannya.

“Jika betul Nazri berpendirian begitu, kami alu-alukan. Benarkan pramugari MAS bertudung.

“Tapi kita kena tengok juga bagaimana pula dengan hidangan arak percuma, wiski. Tak manis kalau pramugari bertudung tapi hidangkan arak percuma.

“Sebab itu Nazri jangan main politik, kalau betul pendirian dia, buatlah dengan tulus,” katanya.

Semalam, Nazri mendakwa, hak seseorang untuk bertudung pada mana-mana sektor pekerjaan tidak sepatutnya dikompromi termasuk mereka yang bertugas dengan syarikat penerbangan.

Nazri berkata, perkara itu bukan sahaja terhad kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam.

"Apa-apa perkara berkaitan perkara ini adala dalam perlembagaan (persekutuan) dan ia tidak boleh dirunding atau dikompromi. Ia semudah itu.

"Dan ini (larangan) bukan hanya kepada orang Islam sahaja. Pernahkah anda lihat lelaki bergama Sikh bekerja di kaunter, dan memakai turban? Tidak pernah.

"Saya percaya mereka (lelaki Sikh) sengsara dalam diam. Saya percaya ini juga syarat yang dikenakan terhadap lelaki beragama Sikh," katanya.

Artikel ihsan The Malaysian Insight
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Unknown said…
YB.Khalid Samad.apa dah jadi otak sdra. Keutamaan bahasa MELAYU tidak diutamakan bahasa. Takan berpendidikkan tinggi x faham perlembagan. "PAPAN TANDA DI SHAH ALAM TULISAN CINA DIATAS BAHASA MELAYU." Apakah bahasa cina bahasa resmi tuan.saya sedang kempin menolak AMANA dan PKR.pada anak2 muda MELAYU. Supaua Pakatan harap tersinggkir pda PRU15. nanti. Kerana menghakis kuasa bumi putera pribumi Malaysia.
bumi-non-malay said…
Buat apa post komen....otak Arab Melayu Supremacist UMNO-PAS tak akan Faham dunia yang dah Maju.....lebih baik kahwin Unta!!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-