Skip to main content

‘Perbalahan’ YB Saari dan YAB Azmin

Ada yang bertanya kepada saya berhubung tweet YAB Azmin Ali yang menempelak YB Saari Sungib tempoh hari. Saya terkejut dengan apa yang terkandung dalam tweet tersebut. Saya terus membaca apa yang dikatakan YB Saari sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Apabila saya membacanya, saya dapati tiada apa-apa pula yang disebut berhubung keinginan menjadi Exco. Maka apa sebab dituduh ‘nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke?”

Untuk memudahkan semua memahami isu yang telah dibangkitkan oleh YB Saari, saya senaraikan secara satu per satu supaya mudah difahami.

APA YANG DIKATAKAN YB SAARI

Yang dilaporkan Malaysiakini adalah berdasarkan kata-kata YB Saari apabila menjawab soalan semasa program forum berhubung masa depan Pakatan Harapan di Selangor. Maka dalam jawapan YB Saari ada 3 perkara utama yang disampaikan:

1) MB perlu jelaskan sekiranya benar bahawa hujah ‘politik istana’ digunakan untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor. Ini adalah kerana persepsi sedemikian wujud di kalang masyarakat umum yang tertanya-tanya mengenai kedudukan PAS yang terus bersama di dalam kerajaan Negeri Selangor.

2) Mengikut YB Saari, persepsi ini perlu ditangani kerana hujah ‘politik istana’ ada bahayanya.

3) Sekiranya persoalan kerajaan Selangor dikatakan semestinya dibentuk dengan majoriti anggotanya berbangsa Melayu, maka MB boleh memberitahu istana bahawa 8 dari 11 exco Negeri adalah berbangsa Melayu. 11 adalah jumlah keseluruhannya termasuk jawatan MB.

Berdasarkan apa yang dijelaskan di atas, iaitu tiga point utama YB Saari, saya merasa hairan mengapa respon yang sebegitu marah dan ‘below the belt’ perlu ‘ditweet’ melalui akaun twitter YAB Azmin. Apa yang dikhuatiri ialah kata-kata YB Saari disalah-anggap sebagai satu ‘serangan’ terhadap MB sedangkan ianya hanya seruan memohon diberi penjelasan sambil pengutaraan pandangan dan cadangan oleh YB Saari.

Perlu juga diambil kira bahawa ianya berlaku di dalam suasana forum di mana pandangan dan perbincangan terbuka sedang diadakan. Adakalanya soalan-soalan dalam suasana terbuka sebegitu rupa sememangnya sukar ditangani dan mungkin juga dispin oleh media.

Saya syorkan mereka berdua bertemu dan menjernihkan keadaan. Sambil itu perlu dimulakan satu displin baru di mana sebelum respon, segala isu diperjelaskan terlebih dahulu maksud dan tujuannya. Amalan ‘shooting from the hip’ dikalangan pimpinan parti-parti rakan Pakatan Harapan perlu dihentikan. Kalau ingin bertelagah sekali pun, buatlah secara tertutup.

JAWATAN EXCO NEGERI SELANGOR

Saya melihat persoalan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor hanya ditimbulkan YB Saari apabila disebut “8 dari 11 adalah berbangsa Melayu”. Mungkin di sini dibuat andaian bahawa sekiranya PAS meninggalkan kerajaan Selangor maka 3 jawatan exco akan dikosongan dan dengan itu YB Saari ‘sudah mengintai’ jawatan tersebut sekiranya terus kekal 8 yang berbangsa Melayu. Saya rasa andaian tersebut tidak berasas dan merupakan sangkaan buruk semata-mata.

Ianya tidak berasas kerana tiada di mana-mana YB Saari membayangkan minatnya untuk jawatan tersebut. YB Saari dikenali umum sebagai seorang yang berintegriti tinggi serta telah banyak berkorban demi mencapai cita-cita murni politik Islam. Sekiranya jawatan adalah tujuan dan matlamatnya, sudah lama beliau memilih jalan lain.

Lagipun persoalan mengekalkan jumlah seramai 8 orang exco berbangsa Melayu boleh dicapai tanpa melantik YB Saari. MB masih mempunyai pilihan untuk samada:

1) Mengekalkan Exco PAS yang sediada walaupun PAS keluar dari kerajaan Negeri atas kapasiti peribadi mereka. Ini boleh dijustifikasi atas prestasi mereka dan sebagainya. Sekiranya mereka selepas itu dipecat PAS kerana terus kekal sebagai Exco setelah diarah keluar, maka itu keputusan PAS dan tiada kena mengena dengan persoalan pilihan MB. Begitu juga sekiranya mereka memilih untuk menolak tawaran MB untuk terus kekal atas kapasiti peribadi mereka dan akur dengan arahan PAS.

2) Mengekalkan hanya 8 ahli Exco dengan 5 dari PKR dan 3 dari DAP setelah 3 Exco PAS letak jawatan. Dulu semasa krisis MB Selangor berlaku pada zaman TSKI beliau telah memecat semua exco kecuali 4 dari PAS. Diberitahu pada semua bahawa 4 exco adalah jumlah minima yang diperlukan bersama seorang MB untuk membentuk kerajaan. Oleh kerana 8 adalah lebih dari 5 maka keperluan tersebut dipenuhi dan pilihan kedua ini masih boleh dipertimbangkan Azmin.

3) Melantik 3 lagi Exco Melayu kesemuanya dari Keadilan. Pilihan ini turut merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan kerana masih ada ADUN Keadilan yang tidak merupakan Exco pada ketika ini termasuk bekas Exco seperti YB Rodziah dan YB Yaakop.

Oleh yang demikian untuk mendakwa YB Saari mengemis jawatan Exco adalah tidak wajar. Pada pendapat saya ianya ‘completely uncalled for’ dan saya harap yang bersangka buruk sedemikian rupa akan bersihkanlah hati masing-masing. Bukan semua seruan dan cadangan dipaksikan niat jahat. Biarlah kita lebih bersikap terbuka, bersangka baik dan menerima pandangan tanpa prejudis atau buruk sangka.

Saya harap isu ini tamat di sini dan semua yang terlibat saling bermaafan khususnya dalam bulan baik dan penuh kemaafan ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Pa'chik said…
kalau yb juma azmin.bagi tau dia.untuk jadi mb perlu menang pilihanraya.. hahaha... jangan sombong la.. bubar parlimen dan dun nanti korang semua akan jadik pengemis dengan muka tk malu merayu undi lah.i ingat jawatan hari ini hnya kerana korang semua diberi kerusi untuk jaga.. mb bUkan macam jawatan pekerja tetap.kontrek je.b
troubadour said…
Thanks YB for this posting. I know YB Shaari Sungib personally since school days. He is a man with integrity.
Arnab Jingga said…
apa2 pun kita mesti pastikan azmin kalah dipru akan dtg.

hanya org bodoh sj akan tidor sebantal dgn org yg pernah tikam belakang dia byk kali...
Shamsudin Amin said…
Saya kenali YB Saari sejak tahun 1976. Tabek saya kpd akhlaq dan kdikhlasan beliau. Dua kali ISA tetapi tetap terus berjuang...
zaiham mohamed said…
Azmin pun dh jd bangang ke??

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…