Skip to main content

Dari Kuching Ke Jeddah

18 April 2016 bersama dalam mesyuarat Deklarasi Rakyat.

19 April 2016 kes mahkamah akta hasutan yang akan dimulakan perbicaraannya pada 21 Jun setelah diminta tunda atas disebabkan YB Hanipa masih di hospital.

Petang 19 April 2016. Turun di Kuching dihalang masuk dan dihantar balik. Saya diminta beli tiket utk balik saya jawab "maaf takde duit". Lagipun bukan saya yang mahu balik!".


21 April 2016. Perbicaraan kes 'Mengajar tanpa tauliah' di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Perbicaraan tamat dan barisan peguam diminta menyerahkan hujah sebelum keputusan hakim.


22 April bertolak ke Jeddah!

Dilarang memasuki Sarawak pada 19 April maka saya telah ke Jeddah dan seterusnya Mekah. Mendoakan kebaikan untuk Negara di hadapan Kaabah dan juga semoga sahabat ku Hanipa Maidin dipulihkan Allah dengan sepenuhnya. Supaya dia boleh kembali aktif memperjuangan Islam bersama kami melalui AMANAH...


Semoga Allah permudah segala urusan ke arah kebaikan termasuk usaha AMANAH dalam PRN Sarawak..

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Dan said…
Semoga YB terus gigih dan cekal dalam perjuangan Islam. Semoga dilimpahi rezeki dan kesihatan berpanjangan.
Mattamam said…
YB yg realistik dalam perjuangan Islam.. semoga kekal istiqamah dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta diberi kekuatan dan kesihatan yang baik

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.