Skip to main content

Amanah Sokong Sekat Kemasukan Atlet Israel Ke Malaysia

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong tindakan menyekat kemasukan Atlet peserta luncur angin dari Israel yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Perubahan sikap berbanding terhadap pasukan kriket dan peninju Mua Thai Israel satu ketika dahulu dialu-alukan.

2. Perubahan ini disambut baik kerana menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh kerajaan haram Israel.

3. AMANAH menuntut kerajaan konsisten dalam memastikan tidak berlaku sebarang hubungan dengan Israel, termasuk dalam bidang perdagangan yang lebih berkesan dalam memberikan tekanan kepada Israel. Ini termasuk persoalan penjualan minyak kelapa sawit kepada Israel atau membeli barangan dagangan Israel samada secara terus atau melalui pihak ketiga. Tiada makna menyekat Atlet Israel sekiranya Malaysia merupakan rakan dagang yang antara terbesar dengan Israel.

4. Pada masa sama AMANAH menolak kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan sekatan itu atas alasan kononnya sentimen politik dan peribadi mesti dipisahkan dari acara sukan.

5. Sikap memisahkan apa jua aktiviti dari persoalan tanggung-jawab membantah kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia secara terang dan nyata seperti yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestine adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

6. Semangat menentang kezaliman mesti disuburkan di kalangan rakyat dan apa jua bentuk pengiktirafan terhadap sebuah negara seperti Israel wajib ditolak, termasuk pengiktirafan dalam bidang sukan.

7. Sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan AMANAH sangat mengharapkan agar pimpinan DAP di semua peringkat lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya berhubung Israel. Perasaan marah dan benci terhadap Israel yang sememangnya berasas telah tersemat di dalam jiwa rakyat Malaysia, khususnya orang Islam, dan apa jua kenyataan yang menggambarkan sebaliknya akan pasti dilihat janggal dan ditolak.

"HarapanBaru"

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

28 Disember 2015

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...