Skip to main content

Maaf, Saya di Jeddah Saudi

Saya telah ke Saudi pada 17 November dan akan berada di Saudi sehingga selesai urusan saya di sini yang dijangkakan sehingga 27 November ini, insyaAllah. Oleh kerana itu saya tidak dapat hadir ke sidang Parlimen sejak 18 November lepas. Maka di atas ketidak hadiran saya ini, saya mohon maaf kepada warga Shah Alam dan rakyat Malaysia.

Saya telah berusaha untuk menentukan jadual supaya tidak bertindih dengan tarikh persidangan tetapi tidak berjaya. Oleh itu, atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa tidak hadir untuk lebih kurang 7 hari. Namun, saya tetap memantau perjalan sidang Parlimen dan memberi pandangan kepada sahabat saya dari Amanah dan PH apabila perlu.

Pada masa sama saya bercadang untuk menunaikan umrah dalam sehari dua ini dan akan mendoakan kesejahteraan warga Shah Alam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-

Video: Menteri Wilayah Persekutuan Baharu

Video ihsan MalaysiaGazette
-Pejabat YB Khalid Samad-