Skip to main content

AMANAH Alukan Kenyataan PKR Perkukuh Gabungan Pembangkang

KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan pada 11hb Oktober 2015 selepas sahaja selesai Mesyuarat Khas mereka. Bersama ini dikeluarkan respons AMANAH terhadap kenyataan media tersebut:-

1. AMANAH mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan pada 11hb Oktober oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Ianya menunjukkan sikap yang terus fokus terhadap usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.

2. AMANAH mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan Parti Keadilan Rakyat atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua. Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah DS Wan Azizah selaku Presidennya, dalam mengurus perbezaan pandangan.

3. AMANAH berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. Ini berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan BN perlu digantikan dan oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan. Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing.

4. AMANAH mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya. Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat. Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah kommitted kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan.

5. Ke arah ini AMANAH mengesyorkan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama. Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan.

Sekian terima kasih.

Khalid Bin Abd Samad,
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
12 Oktober 2015

Comments

Izuddin said…
Ya, segera dan sekarang bentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Jangan tunggu respon dari Pas.

Biar pas hanyut macam buih dilautan tak tentu arah.

YB mesti communicate cepat2 perkembangan penubuhan Pakatan Harapan supaya UMNO tidak sempat hasut PAS dengan adu domba.

Kita tau PAS takda intigriti lagi. Pas pun tau depa takda intigriti lagi utk dipercayai KEBIJAKSAAN dan KEIKHLASAN.

Pas tak perlu bermusuhan dgn Amanah. Amanah pun nak jatuhkan UMNO kecuali lah Pas nak berpakat dgn UMNO. Malah, UMNO akan bertanding dimana jua Pas bertanding.
Unknown said…
Tahniah YB. Suatu politik yg matang berjuang utk rakyat
Izuddin said…
Bukan politik matang lah. tapi strategi politik lah
Izuddin said…
Bila azmin dilihat sebagai pas friendly, takiyuddin pun buat statement akan sokong usul undi tak percaya najib jika dan hanya jika pkr buat usul tu di parlimen. Dan bila azmin tak pi perhimpunan hijo di kota bharu, hadi pun buat statement pas akan tunggu dan lihat sebelum sokong usul tersebut.

hadi ni macam setan gondol tergantung belakang azmin...haha

macam mana lah nak sokong hadi kalau dia asyik asyik asyik syak wasangka ?
Unknown said…
KAMI UMAT ISLAM TAK SANGGUP besama-sama mereka yg SANGGUP diri mereka di LAKNAT..SUBHANALLAH.
Izuddin said…
merepek. Ni sorang lagi berlagak macam dia tau hasrat Allah swt

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.