Monday, September 21, 2015

Kerjasama Dengan 'Pengkhianat'

Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

ISU ‘PENGKHIANAT’

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

Video ucapan Presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai PR 2.0. Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan atas ketidak bersamaan PAS dalam pembentukan PR 2.0, sedangkan pada hakikatnya Presiden sudah tidak berminat dengan PR dan lebih berminat untuk berkerjasama dengan ‘pihak lawan’.

PEMIKIRAN PRESIDEN PAS

Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap ‘pengkhianat’ ini tidak mampu menghalang Presiden PAS untuk sendiri mengkhianati PR. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali! Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS ‘dikhianati’, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?

Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon UMNO/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS! Tidakkah itu satu pengkhianatan? Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr. Nasir sebagai manusia yang ‘mempertuhankan Marx’? Sedangkan jumpa dan berbincang dengan Dr. Nasir sekali pun tidak pernah! Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN dan kekalahan PKR!

Sepertimana juga dengan tuduhan liar ‘pil kuda’ tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain ‘pengkhianat’ seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS! Sedangkan membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS! Namun apakan daya, apabila dianggap PAS boleh buat sesuka hatinya kerana ianya PAS kerana hanya PAS yang Islam.

PENGKHIANATAN TERBESAR: TERTUBUHNYA KERAJAAN PAS/UMNO DI SELANGOR

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila Presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan UMNO untuk pertahankan TSKI sebagai MB Selangor semasa krisis MB Selangor yang lepas. Melalui tindakan beliau, TSKI telah memecat semua exco PKR dan DAP! Kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu!

Akhirnya kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah dijatuhkan apabila 2 ADUN PAS menyatakan mereka tidak sokong TSKI sebagai MB. Mereka berdua telah menanda-tangani Surat Akuan Sumpah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

Kemarahan Presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “Broker dan Barua” serta tuduhan 2 ADUN dibeli mengumukakan sebarang bukti mahu pun saksi. Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, Presiden PAS telah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah TSKI memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh 6 bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan TSKI sebagai MB untuk tempoh 6 bulan dan menggantikannya dengan Azmin sekiranya usaha PAS ini disokong UMNO. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa 2 ADUN yang pasti tidak akan sokong). Dan sekiranya dicampur dengan TSKI dan Azmin bersama 3 lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN. Sedangkan 29 diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh UMNO yang mempunyai 12 kerusi ADUN!

KESIMPULAN

Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan ‘pengkhianat’ maka sudah pasti yang pertama tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

Bagi kami dalam Amanah, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan Negara?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

16 comments:

lan said...

ya, tghh harus cermin diri sebelum berkata yang bukan. Malu ada pemimpin islam macam ni. lebih menyedihkan bila mana ramai yg masih mempertahankan dia untuk apa pun saya tak nampak. kemenangan apa yang hendak dicapai pas?

Izuddin said...

Kita akan kata sesuatu yang jelek terhadap hadi supaya ia jadi kepastian dan akibatnya semua ahli2 pas akan keluar pas....atau ia jadi kepastian dan akibatnya PAS TIDAK AKAN JOIN PAKATAN2.0

Hadi ni dah jadi kuang hajar dengan lidah dan tutur bahasa. Dia ni sama macam najib...desparate , gelabah, panic, ghaplah, hilang punca, pentingkan diri etc....semua kerana ahli2 pas tak percaya hadi lagi mcm melayu pun tak percaya najib lagi.

Kita mesti respon terhadap ugutan2 dan cacian dari hadi dan jangan berdiam diri supaya ahli2 pas DENGAR dan FIKIR. Zaman DENGAR dan IKUT dah lapok. Slogan lapok ni diguna pada awal ISLAM utk kalangan para2 Sahaba yang mula2 berjinak2 dgn ISLAM tapi masih tak fahami ungkapan2 kata2 Nabi dari wahyu yang di 'REVEALED'

Izuddin said...

I told much earlier, YB Khalid knows well political sciences. He sees and study the political scenario. hadi cannot beat Khalid. Khalid THINKS !

bat8 said...

YB

Satu artikel yang berterus terang, not hiding behind any bushes untuk mengekalkan status quo yang dah xde.izinkan saya mencoret sedikit pandangan mengenai apa yang berlaku sekarang dari perspektif an outsider not privy to the goings behind closed door selama ini. Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada apa yang terjadi, apa yang diucapkan kepada media dan tindakan yang dibuat yang boleh dilihat.

Obsession HH dan gengnya sekarang terutama isu baiah dan pengkhianatan begitu kuat dimainkan sekarang adalah kerana HH dan geng telah menyedari kerosakan dan kemusnahan tindakan mereka secara unilateral untuk menguasai kepimpinan PAS disemua sudut sudah backfire big time dan mereka sekarang cuba shift the blame kepada geng YB. Baiah dan isu pengkhianatan ini dimainkan kerana inilah senjata yang terakhir yang ada di tangan mereka sebelum kerosakan yang mereka buat kepada PAS benar-benar menjadi kenyataan di depan mata untuk dilihat oleh semua terutama ahli akar umbi.

As always, kalau kita perhatikan tindakan2 puak HH dan geng always short on substance but more on distortion of whole issue at hand. At the end they find themselves entangled in a delicate mess where any way to free themselves is an impossible effort at all. So is what they are playing to full gallery now with baiah and pengkhianat things.

Pada saya pengkhianatan puak HH dan geng wujud walaupun selepas muktamar Ipoh tahun 2008 dulu lagi. Masa itu sabktaj-sabotaj ala guerila sudah digerakkan oleh beberapa orang yang berjawatan dalam kepimpinan Pusat. Saya kata ia t3ktik ala guerilla kerana ia dilakukan pada saat-saat tert3ntu samada alabila PR berada didalam kedudukan selesa atau dikala UMNO tersepit. Mereka muncul d3ngan m3nggunakan isu hudud untuk mengajak DAP terutamanya berpolimek di dada akhbar samada menimbulkan sedikit kecelaruan didalam PR atau memberi ruang kepada UMNO menggunakan isu hudud untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu yang men3kan UMNO pada masa itu.

Sabotaj seperti ini dimainkan oleh 4 individu s3cara konsisten sejak selepas muktamar Ipoh. Saya memerhatikan episod-episod ini sejak dari awal. Saya berani menamakan mereka2 ini kerana mereka2 inilah sering muncul membuat sabotaj-sabotaj itu. Mereka terdiri daripada 3 serangkai iaitu Almarhum Ustaz Harun Taib, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Dr Khairudin Aman Razali Attakiri. Mereka inilah yang sering timbul membangkitkan isu hudud untuk mengajak Karpal Singh bergaduh untuk mengambarkan bahawa PR sebenarnya tidak sepakat dsb. Sekali sekala Dato Haron Din muncul membantu. Tetapi 3 serangkai ini lah yang akan muncul secara konsisten dan bersepadu. Dalam phase sabotaj ini, HH tidak pernah muncul. K3munculan HH mendepani agenda UG ini hanya bermula setelah Almarhum Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah. HH muncul mengisi kekosongan atau vakum yang ditinggalkan ol3h Almarhum setelah itu. Disinilah be4mulanya peranan HH yang kita lihat sampai sekarang.

Jadi pengkhinatan oleh puak HH sudah lama bermula malah tidak pernah berhenti walaupun usaha mereka menubuhkan kerajaan UG dgn UMNO selepas PRU 2008 terbongkar. Pembongkaran ini menyebabkan TGNA telah menggunakan muktamar Ipoh oktober 2008 bagi mematikan UG ini. Namun UG terus hidup dan bergerak secara senyap dan muncul sekali sekala dengan sabotaj yang saya sebutkan diatas apabila keadaan memerlukan.

Jadi pengkhianatan sebenar puak UG ini sudah lama berlaku dalam PAS walaupun masa itu TGNA masih ada. And now HH nak bercakap pasal penghkianatan puak mat sabu? Sekarang ia hanyalah satu desperate move untuk shift the blame diatas kerosakan yang mereka buat kepada PAS kepada puak YB je.

The best part is, isu baiah dan pengkhianatan ini adalah senjata terakhir yang mereka ada sekarang. They are running of any credible excuses to put blame on other at the moment. The only weapon left is to issue pelbagai fatwa yang bizzare untuk m3nutup kesilapan mereka sahaja. Dan ia akan memakan diri mereka big time. We are seeing flashes of these bizzare edicts now n rhen...

bat8 said...

Baiah yang dibuat sudah terbatal bila mereka telah mengkhianati PR terutama dalam PRU 13 dimana mereka meletak calon PAS di 6 kawasan tertentu melawan PKR. Kemudian tindakan HH dalam krisis MB Selangor.

PAS, DAP dan PKR tidwk bertanding secara sendirian dalam PRU 13. Kesemua calon2 dari PAS, DAP dan PKR bertanding dalam PRU 13 diatas platform dan menifesto PR termaeuk di kubu2 kuat PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah ( PR diwakili keseluruhannya oleh calon2 dari PAS).

Baiah yang dibuat menjelang PRU 13 itu dibuat diatas premis PAS tidak bertanding didalam PRU13 secara sendiri dgn menifesto sendiri. PAS bertanding mewakili PR dsn baiah itu adalah untuk menjaga kepentingan PAS dalam PR pasca PRU 13. Kekuatan PAS dalam PR pasca PRU 13 bergantung kepada tiada wakil rakyat dari PAS melompat keluar dari PAS yang mana akan m3njejaskan kekuatan PAS dalam PR.

Pada saya ada 2 sebab mengapa PAS mewujudkan baiah itu dalam konteks menjaga kep3ntingan PAS dalam PR pasca PRU 13. Pertama untuk mengelak apa yang dilakukan oleh 2 Adun PKR melompat selepas PRU 2008 yang meny3babkan kerajaan PR Perwk runtuh. Kedua untuk saf3guard kerajaan PR dengan mengelak sebarang wakil rakyat PAS melompat keluar apabila majoriti yang dimiliki kerajaan PR begitu tipis seperti berlaku kepada kerajaan PR Kelantan dibawah pimpinan TGNA yang pada satu masa memerintah dgn majoriti 1 kerusi sahaja.

Tak masuk akal alasan yang dikemukakan ol3h HH s3karang sulaya wakil rakyat yang menyertai Amanah itu meletak jawatan. PAS tidak bertanding sebagai sebuah parti dengan menifesto sendiri dalam PRU 13. Kerusi yang dipegang ol3h wakil rakyat PAS yang menang dalam PRU 13 adalah mil3k PR yang dipegang bagi pihak PR oleh wakil rakyat yang berada dalam PAS. Sebab itu saya katakan baiah yg dibuat itu adalah untuk menjaga kepentingan PAS dalam PR pasca PRU 13.

Apabila PR sudah runtuh, baiah itu t34batal dan terungkai kerana PAS sudah xde apa2 kep3ntingan untuk dipertahankan kerana PR sudah hancur. Hakikat kerusi wakil rakyat yang dip3gang oleh ahki PAS samada yang menyertai Amanah atau masih kekal dalam PAS adalah masih milek PR yang telah tiada. Begitu juga kerusi wakil rakyat dari PKR dan DAP.

So alasan ini juga menguatkan lagi pendapat saya di komen sebelum ini bahawa isu baiah dan pengkhianat ini hanya senjata terakhir yang dimainkan oleh puak HH untuk menutup kesalahan mereka menghancurkan PAS dengan meletakkan kesalahan kepada puak YB

Aljantan said...

Saya tak sanggup nak bekerjasama dengan AMANAH yang tidak beramanah. Ramai yang mengaku masih menjadi ahli PAS tetapi sebaliknya mengutuk PAS. Pada hakikatnya mereka adalah penyokong AMANAH. ada kah itu sifat orang yang beramanah atau Munafik. Khalid sendiri tidak mahu keluar PAS tetapi pada masa yang sama menganjur penubuhan GHB. Siapa yang jadi Penghianat. Perlukah bekerjasama dengan orang yang menghianati PAS. Tanya diri sendiri dulu. Jangan tulis ikut perasaan dan nafsu.....

shamasri said...

Hujah panjang2, tapi baiah pun tak faham.!

bat8 said...

Sdra lupa, muktamar PAS di Ipoh tahun 2008 sepatutnya m3nutup cerita tentang ada usaha pemimpin PAS yang secara sulit mahu menubuhkan kerajaan UG dgn UMNO. Tetapi puak ini masih bergerak dalam sembunyi di dalam PAS. Tidakkah mereka ini pengkhianat PAS dimana mereka masih bergerak dengan berselindung disebalik jawatan yg mereka pegang didalam PAS. Mereja mengguna jawatan untuk melakukan sabotaj kepada dasar tahaluf masa itu. Kumpulan ini kemudiannya berjaya menguasai PAS dlm pemilihan lepas setelah bergerak secara rahsia selama 7 tahun selepas muktamar Ipoh.

bat8 said...

Shamasri....sila terang apa yg sdra faham mengenai baiah. Semoga jika saya silap, saya mengetahui dimana silap saya serta saya dapat membetulkan kesilapan saya. Saya terbuka menerima teguran.

Terima kasih.

grandmarquis said...

Seperti biasa, kuali sama sama tuduh kuali lain hitam legam. Hakikatnya Amanah ataupun Pas, adalah dari satu parti yang sama. Satu parti yang sudah lama mengkhianati orang Islam. Islam dijadikan mainan politik, halal haram ikut bendera dan kecenderungan politik. Sesama Islam dituduh tak Islam kerana tak sokong parti politik. Hari ini, mereka sama sama tuduh sesama sendiri sebagai pengkhianat.

Cuma saya agak tertarik dengan dakwaan YB bahawa TGHH tubuh kerajaan Pas/UMNO dan mempertahankan TSKI.

Pertama, Kerajaan Pas/UMNO tidak wujud. 4 adun yg bersama TSKI adalah dari Pas dan tidak ada seorang pun orang UMNO yang terlibat. Jadi ini adalah satu pembohongan (pengkhianatan).

Kedua, TSKI adalah ahli PKR, MB dari PKR dari PR. Beliau dituduh dengan macam macam tuduhan oleh PKR sendiri dan hari ini terbukti bahawa PKR sendiri mengaku bahawa tindakan Kajang Move adalah berdasarkan satu fitnah dan pembohongan terancang untuk menjatuhkan seorang MB yang amanah dan dipilih secara demokratik.

Mungkin dari kaca mata YB Khalid, TGHH telah khianat pada PR, tetapi dimata rakyat, PR, PKR telah khianat pada pengundi Selangor. Kalau dari kaca mata Islam, ia telah khianat pada Islam kerana menggunakan fitnah dan pembohongan untuk menjatuhkan pemimpin. Jadi, siapakah sebenarnya yang lebih besar khianatnya? Ajaran Islam yang mana yang membenarkan kita untuk memfitnah seseorang demi untuk menjatuhkannya?

Kalau urusan undi dan letak calon, mungkin ada sebab-sebab tertentu, tetapi apakah alasan untuk kita menjadikan pembohongan dan fitnah sebagai senjata politik? Apakah alasan kita untuk menghalalkan fitnah dan pembohongan Kajang Move?

Oleh itu, kepada YB Khalid, berhentilah dari menjadikan khianat sebagai modal politik sebab khianat pada ajaran Islam itu jauh lebih besar dari khianat meletak calon.

AMIR Wartawan Rasmi LR said...

Alaaa. .org undi pas atas dasar pakatan. Tak kan itu tak baca dan kaji betul betul.. . So sekarang kita lihat track record la. Masa pas sendiri dan penyatuan dgn Semangat 46. BA. PR. hang ada ka masa dgn 46. Kaji juga kerusi yg pas menang di selangor. So mudah saja la ni. Baik yg ada dlm pas tu kaji dan keluarkan fatwa tentang 1MBD,isu semasa rakyat,isu 2.6. Kan pas ada para ulamak yg blh cerota bab bab semasa ni. Itu selari jiga dgn isu hudud. Perlu di ketengahkan melalui minda pas. Ini tak da. Yg dok tibai amanah. Umno hangpa tak tibai pulak. Amacam?

grandmarquis said...

Ini saya petik dari somewhere.

Pada PRU 13, PSM bertanding 4 kerusi. Hanya kerusi sungai siput tiada tiga penjuru, 3 kerusi lain melibatkan tiga penjuru:
1. Kota damansara bertembung dgn PAS.
2. Semenyih bertembung dengan PKR.
3. Jelapang bertembung dgn DAP.

Rupa-rupanya bukan saja di Kota Damansara ada 3 penjuru. Tapi di tempat lain jugak dan ia melibatkan PKR dan DAP.

Sekiranya khianat itu dijadikan ukuran, kenapa tidak meletakkan PKR dan DAP sebagai khianat? Kenapa masih berpelukan dengan DAP dan PKR? Kenapa TGHH aje dijadikan sasaran.

nick said...

Rakyat senang aje hendak menilai yang mana permata, kaca atau batu kerikil kat tepi jalan terutama sekarang ni dengan adanya open sky atau pun "dunia maya" yang mana setiap perkataan dan hujah dapat dilihat dan diteliti tanpa halangan dan tanpa manipulasi. Melihatkan keadaan amanah dari segi sokongan dan keadaan PAS selepas menghalau "kumpulan seprihan mereka", umum dengan jelas dapat melihat bahawa Amanah lebih mendapat kepercayaan rakyat daripada PAS. Hujah2 yang datang dari pemimpin2 Amanah serta penyokong mereka lebih bernas serta lebih "masuk akal" kepada rakyat biasa (yang tidak walak die hard) daripada hujah Hj Hadi mahupun para pimpinan PAS serta blogger2 setia mereka.

In other words, PAS dah KO di dunia maya dan yang lebih penting lagi dengan kemasukkan Amanah kedalam Pakatan Harapan, PAS sudah hilang sebahagian besar para penyokong dan pengundi luar parti (yang amat bernilai sekali buat PAS jika mereka berhasrat untuk dapat jawatan2 yang lumayan serta mewah pulangannya). Dengan terishtiharnya Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah, PAS sudah terkeluar dari bulatan pembangkang dan secara tidak langsung terlihat sebagai rakan sebarisan UMNO yang masih "main sembunyi2". Cakaplah apa saja! Gelarlah apa saja! Maki dan sumpah lah apa saja, yang jelas rakyat semakin hampir dan suka kepada Amanah dengan cacian, makian dan sumpah seranah PAS. Manakala PAS pula semakin dipulau serta dipinggirkan oleh rakyat. Cangkul? Munafik? Anwarista? Barua DAP? Jebon dan babi? Panggilan2 itu akan semakin mendekatkan rakyat kepada Amanah disamping semakin membuatkan rakyat semakin benci pada puak2 yang "cakap tak serupa bikin"!

Nasib PAS ini bukanlah disebabkan oleh pengkhianatan ahli2nya tetapi adalah akibat perbuatan pemimpin2 "suci" mereka sendiri. Pergilah berbincang dan duduk bermesyuarat dalam gelap ataupun terang dengan UMNO. Apabila PAS bukan lagi dalam Pakatan Harapan, PAS boleh berbuat apa saja yang Tuang Presiden mereka inginkan hatta boleh juga bubarkan PAS dan masuk UMNO ataupun PAS menjadi parti komponen BN. Buatlah apa saja kerana rakyat dah muak dengan tingkahlaku kamu yang tidak "amanah"....no pun intended!

Nick.
Cape Tiger.

Fazley Ampang said...

Sepatutnya PAS kena fokus pada mudharat yg lebih besar trmasuk isu 1mdb dan kelemahan BN dlm urus tadbir negara. Ni dok busy attack parti Amanah. Bangga masuk TV# kutuk member sendiri, hanya sbb lain cara pendekatan. Amende la PAS ni. Ni yg isu khianat ni serius buat aku meloya. Kalau tak silap aku, HH yg terlebih dulu MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT, terutama sekali rakyat yg undi PAS sbb nk Pakatan menang lawan BN.. Rakyat menaruh harapan besar kpd PAS. Tapi PAS telah MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT dgn merosakkan Pakatan.Yg terkini, nada HH & PAS mcm seirama dgn UMNO BN. Bodohnya PAS, serius. Tokoh2 bijak dibuang mcm sampah, padahal mereka ini lah yg byk menaikkan nama & imej PAS di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebelum melabel pihak lain pengkhianat, cermin la diri sendiri dulu wahai HH. Renungi kata pujangga ini, musuh kamu menang bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana kelemahan diri kamu sendiri. HH and the geng kena serius perlu muhasabah diri. Akhlak anda sekarang sangat mendukacitakan rakyat yg mengundi PAS dulu. Pengkhianatan anda sangat besar wahai HH and the geng.

bat8 said...

Wujud atau tidak wujud kerajaan perpaduang s3masa krisis MB Selangor tidak bermakna usaha 7ntuk menubuhkannya tidak dilakukan oleh HH dan puak UG. Usaha untuk menubuhkan kerajaang perpaduang PAS-UMNO di Selangor bukan rahsia . HH ditanya ol3h Hanipa Maidin dalam mesyuarat JKKP pada 25 Ogos tahun itu m3ngesahkan beliau ada berusaha kearah itu.

Ini samalah apabila 2alaun m3nafikan hasrat HH dan puaknya yang menguasai kepimpinan PAS hari ini hendak mengadakan kerjasama d3ngan UMNO. Hujah sering dibawa oleh walaun ialah sudah terjalinkah kerjasama itu?

Macamlah keputusan untuk mengadakan kerjasama PAS-UMNO itu keputusan unilateral HH seorang dimana UMNO kena akur apabila HH mahu mengadakan kerjasama secara raemi dgn UMNO.

Kalaulah keputusan mengadakan kerjasama PAS-UMNO ini k3putusan HH sorang, memang dah lama terjadi berdasarkan pelbagai gesture yang dibuat ol3h HH setiap kali p3luang terhidang sejak 7 tahun lalu. Yang m3njadi penghalang kepada kerjasama PAS-UMNO sekarang ialah sikap UMNO sendiri yang buat dono macam lembu k3nyang kerana bagi UMNO, Najib khususnya ia yidak membawa keuntungan besar kepada UMNO dan dirinya berbanding JMNO kekal bersama BN.

bat8 said...

Masaalah TSKI adalah masaalah dalaman PKR. Prinsip yang disepakati dalam PR ialah untuk tidak mencampuri urusan dalam parti kawan. Rakan dalam PR memberi ruang kepada mana2 parti kawan menyelesaikan masalah dalam parti yang menghadapi masalah dalaman. Inilah sikap yang diambil oleh PKR dan DAP apabila PAS menghadapi krisis dala kerajaan PR Kedah dibawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan. PAS gagalenyelesaikan masalah ini malah tidak mengambil apa2 tindakan untuk untuk menyelesaikan krisis ini s3hingga menyebabkan PR kehilangan Kedah dalam PRU 13 yang lalu. Apabila Kedah jatuh, PKR dan DAP tidak pernah mengungkit dan menyalahkan PAS.

Berbanding dengan tindakan HH dan puak UG dalam krisis MB Selangor. Sepatutnya HH tidak campurtangan dalam masaalah TSKI sebagaimana PKR dan DAP tidak campur tangan di Kedah walaupun tanda2 Kedah akan jatuh dalam PRU 13 kerana HH dan PAS tidak bertindak menyelesaikan masaalah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan.

Lagi mau sembang deraih pasai pe gkhianatan PKR dan DAP dalam PR ke? Kalau HH dan PAS boleh mengkhianati persefahaman apabila PKR menghadapi masaalah dgn TSKI - sdra xhak hendak bercakap pasal pengkhianatan orang lainlah. Check dulu pengkhianatan HH dan UG terhadapPR dan PAS sendiri dulu.....baru boleh sembang deraih...