Tuesday, June 30, 2015

Sikap Inklusif TGNA: Antara Ulama’ & Profesional

Tulisan saya pada 23 Jun yang lalu menerangkan serba sedikit sikap inklusif yang ditonjolkan oleh kedua orang tokoh PAS yang disegani dan dikasihi, iaitu Almarhum UFN dan TGNA, dalam usaha mereka untuk merobohkan tembuk pemisah antara PAS dan masyarakat jelata. Ianya merupakan usaha untuk membawa PAS ke arus perdana politik negara dan ianya dilaksanakan dengan menunjukkan sikap keterbukaan terhadap semua. Sambil itu PAS diperlihatkan sebagai pembela nasib seluruh rakyat. Hasil itu maka tertubuhnya APU, BA dan PR (selepas UFN) yang merupakan usaha kerjasama yang jujur oleh mereka berdua. Ianya contoh sikap inklusif yang jelas semakin diketepikan dewasa ini.

Tulisan saya semalam pula akan cuba menumpukan kepada pendekatan Almarhum UFN terhadap NGO Islam dan bukan Islam. Almarhum telah berusaha menyatu-padukan semua di bawah kepimpinan PAS dalam perjuangan menentang kezaliman. Mereka boleh terus dalam jemaah mereka sambil berkerjasama dengan PAS. Ini adalah atas sebab keyakinan mereka terhadap pendekatan mereka yang PAS hormati. Ini antara contoh sikap inklusif yang berbeza dengan sikap adu-domba antara PAS dan NGO Islam seperti yang mula ditunjukkan sekarang.

Pada pagi ini saya ingin ceritakan pula sikap inklusif TGNA, seorang alim yang disegani semua dan usahanya ke arah menyatukan hati-hati ahli melalui pendekatan inklusif yang ditujukan kepada dalaman parti.

KONSEP KEPIMPINAN ULAMA’

Sepertimana yang kita semua maklum, golongan agamawan telah sekian lama dipandang lekeh oleh masyarakat umum. Mereka tidak diberikan kedudukan dan kehormatan yang sewajarnya dan dianggap tidak mampu memainkan peranan dalam pembinaan Negara dan masyarakat. Itu lebih dilihat sebagai bidang profesional yang sesuai hanya bagi golongan yang dilatih dalam bidang profesional dan bukan bidang agama. Bidang agama perlu menumpu kepada soal akhirat, bukan soal pentadbiran dunia, kononnya!

Untuk membetulkan kesongsangan ini, maka PAS mengemukakan konsep ‘kepimpinan ulama’. Yang mula menengahkan konsep ini di dalam PAS adalah golongan profesional dan bukan agamawan. Ia menegaskan peranan ulama dalam pentadbiran dan pengurusan dunia turut dituntut Islam.

PEMBENTUKAN MSU SEBAGAI PERLAKSANAAN KEPIMPINAN ULAMA

Secara praktiknya, konsep kepimpinan ulama sebenarnya bermaksud pembentukan Majlis Syura Ulama. MSU berkewajipan untuk memantau perjalan PAS supaya menentukan ianya tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syariat, samada sebagai pembangkang mahupun kerajaan. MSU sepatutnya dianggotai oleh yang terbaik di kalangan ulama’ PAS yang mempunyai kemampuan dan ciri-ciri tertentu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan PAS. Melalui pembentukan MSU, maka PAS akan sentiasa dipantau dan dijaga setiap tindakannya oleh golongan ulama.

Selepas beberapa ketika pengenalan konsep ‘kepimpinan ulama’, ada pula timbul kecenderungan untuk berlebih-lebih sehingga ingin mengenepikan golongan yang bukan ‘agamawan’ dari saff pimpinan. Sehingga dikatakan semua jawatan ingin diisikan dengan seorang ‘ustaz’ kerana kononnya ‘ustaz’ itu adalah ulama’. Kononnya itulah konsep ‘kepimpinan ulama’!

Melihat pada keadaan itu maka Almarhum UFN bersama TGNA sering menegur bahawa bukan itu yang dimaksudkan dengan konsep ‘kepimpinan ulama’. Sambil menegur, mereka memahami bahawa salah tafsir ini perlu ditangani dengan segera untuk menghalang dari ianya berterusan dan dieksploitasi.

KONSEP ‘MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA’

Antara usaha mereka untuk menangani kecenderungan berlebih-lebih ini ialah dengan dikemukakan konsep “mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama”. Melalui konsep ini diakui bahawa profesional boleh menjadi ulama dan ulama juga boleh menjadi profesional. Kekurangan profesional dalam ilmu agama diperakui sepertimana juga kekurangan ulama dalam bidang profesional diperakui. Namun kekurangan itu boleh di atasi sehingga kedua-dua golongan mampu saling berhujjah dalam kedua-dua bidang.

Ianya konsep yang bertujuan untuk merobohkan tembok pemisah anatara ulama dan bukan ulama sehingga dihindarkan terbentuknya satu ‘kasta’ yang mendapat kelebihan semata-mata atas sebab mempunyai sijil atau ijazah bidang keagamaan. Sekiranya diwujudkan ‘kasta’ sebegitu rupa sudah pasti masyarakat umum tidak akan tertarik kepada PAS dan lebih penting lagi, bukan itu kehendak Islam! Sepertimana juga bukan itu kehendak konsep ‘kepimpinan ulama’. Ianya akan dilihat mirip pada sistem thoekrasi Barat pada satu ketika dahulu atau turut dikenali sebagai ‘pemerintahan gereja’.

Perlu diakui juga bahawa tahap pemahaman lulusan agama terhadap ilmu agama yang diperolehi mereka tidak semestinya bersifat ‘haraki’ dan sejauh mana penghayatannya dalam konteks peribadi dan perjuangan masih tidak terjamin melalui sijil yang diperolehi mereka. Sambil itu, ilmu agama yang ada pada golongan profesional dan ‘bukan ulama’ juga perlu diakui. Lebih-lebih lagi mereka yang telah lama berjuang bersama PAS dan mempelajari agama dalam konteks perjuangan dan memahami Islam sebagai agama bersifat haraki.

Untuk menegaskan peranan yang saling menyumbang ke arah kekuatan PAS, ungkapan ‘gadingan ulama dan profesional’ turut juga dipopularkan.

MENONJOLKAN HUJJAH BERSIFAT ULAMA OLEH GOLONGAN PROFESIONAL

TGNA sering mengambil kesempatan menonjolkan keberkesanan proses ‘mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama’. Ini dilakukan Almarhum apabila ada dari golongan profesional yang mengemukakan hujjah berasaskan agama yang terus dinilaikan Almarhum sebagai ‘hujjah ulama’. Tiada yang lebih mengembirakan TGNA dari mendengar golongan profesional mengutarakan hujjah berasaskan hujjah agama. Ianya sebagai bukti kejayaan proses ‘mengulamakan profesional’.

Dato Husam Musa, Sallahudin Ayob, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzul dan ramai lagi biasa dipuji TGNA atas sebab ucapan yang mempunyai nilai keagamaan yang tepat.

Saya masih ingat salah satu peristiwa yang pernah disebut secara terbuka oleh TGNA berhubung hujjah yang saya kemukakan di muktamar PAS tahun 2009 apabila menegur tindakan UMNO/BN merampas Negeri Perak melalui ‘coup de tat aman’ sebagai tindakan yang tidak menghormati undang-undang dan amalan atau konvensyen masyarakat demokratik. Saya menyebut bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah turut menghormati undang-undang dan konvensyennya apabila Rasulullah (SAW) masuk kembali ke Mekah selepas Taif di bawah perlindungan Mut’im Bin Adi! Maka walaupun musyrikin Mekah ingin membunuh Nabi, tetapi konvensyen menghalang mereka kerana perlindung yang diisytiharkan Mut’im terhadap Nabi dihormati. Maka mereka tidak membunuh Nabi dan menghormati konvensyen Mekah. UMNO pula tidak hormat konvensyen demokrasinya sendiri! Hujjah itu telah disebut TGNA dalam temu ramahnya dengan Harakah sebagai ‘hujjah ulama’.

Begitu juga tindakan berusaha mencari perdamaian dengan PAS di Selangor melalui banner-banner ‘Selamat Datang Perwakilan PAS’ oleh Puncak Niaga yang mengelilingi Stadium Melawati, tempat Muktamar PAS bersidang pada tahun tersebut. Saya juga menyatakan bahawa ianya bagaikan tipu helah semasa perang Siffin apabila masyhaf Al-Quran diletak di hujung tombak tentera Muawiyyah, maka PAS wajib berwaspada! TGNA juga menyatakan pada seorang kenalan bersama, bahawa beliau pun sudah terlupa mengenai peristiwa perang Siffin itu dan mengucapkan tahniah kepada saya di atas penghujjahan saya.

USAHA MENGHILANGKAN PERBEZAAN DAN MENYATUKAN SAFF

Di antara ucapan terakhir TGNA untuk mengurangkan perasaan perbezaan dan jauh hati antara ahli PAS yang berkelulusan bidang agama dan yang tidak adalah kata-katanya pada September 2013. Beliau menyebut;

“Semua orang PAS ulama, sedikit atau banyaknya itu yang membezakan. Mana boleh orang PAS jahil. Semua orang PAS ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya”.

Kata-kata TGNA ini adalah lebih tepat dengan maksud petikan dari hadis ‘Ulama adalah pewaris Nabi’ yang terjemahannya bermaksud:

“Dan sesungguhnya para Ulama itu adalah pewaris Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham hanya sahaja mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian yang banyak”.

Hadis ini tidak menghadkan pengambilan ilmu kepada golongan tertentu semata. Ianya terbuka kepada semua berdasarkan kepada kesungguhan dan usaha setiap orang. Oleh itu setiap seorang mengambil mengikut kemampuan dan kesunggahannya. Dan setiap orang yang melakukannya menerima sebahagian dari ilmu yang diwariskan oleh Nabi.

SENARIO DEWASA INI

Malangnya dewasa ini sudah ada usaha untuk menjatuhkan golongan yang tidak berkelulusan agama dengan tuduhan dan fitnah yang sewenang-wenangnya. Mereka dituduh secara rambang sebagai berpegang kepada fahaman liberal, sekular dan sebagainya walaupun telah bersama dengan PAS berpuluh tahun. Mereka yang pernah diluluskan berkali-kali untuk menjadi calon PAS oleh MSU sendiri tetap tidak terlepas dari tuduhan liar ini.

Trend ini jelas bertujuan untuk memanfaatkan kedudukan seseorang sebagai berkelulusan agama atau yang ‘bersama dengan yang berkelulusan agama’ untuk mendapat kedudukan dan jawatan dalam parti. Amalan sebegini sudah pasti akan menjatuhkan martabat golongan agamawan itu sendiri kerana dilihat menjaja ilmu agama mereka untuk jawatan dan balasan dunia.

Sebagai bukti perubahan yang telah melanda PAS, ungkapan ‘gandingan ulama dan profesional’ yang popular pada tahun pertengahan 80an sehingga 2008, sudah tidak lagi kedengaran. Ianya diganti dengan ungkapan ‘pro-ulama’ atau ‘anti-ulama’.

KESIMPULAN

TGNA cukup khuatir PAS dijadikan parti golongan lulusan agama semata-mata. Beliau tidak senang dengan usaha menjadikan mereka sebagai kumpulan eksklusif dalam PAS. Ini akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri dari PAS. Sedangkan bukan itu kehendak Islam atau pun kehendak PAS itu sendiri. Walau apa pun jurusan kelulusan seseorang, tiada yang menghalangnya dari mempelajari agama atas usaha dan azamnya sendiri. Akhirnya kebenaran kata-katanya adalah berdasarkan hujjah dan bukan ‘statusnya’ sebagai Ustaz atau sebaliknya.

Sikap inklusif yang bersedia menerima yang bukan kelulusan agama juga sebagai ahli yang setaraf adalah sesuatu yang perlu dipertahankan demi masa depan PAS. Ia akan mempunyai kesan ke atas kemampuannya untuk meningkatkan tahap penerimaannya oleh masyarakat jelata. Sekiranya PAS terus cenderung ke arah memberikan status eksklusif kepada lulusan agama semata, maka apa yang ingin dihindari oleh TGNA akan terus berlaku. PAS akan dilihat sebagai parti theokratik dan otokratik.

Dalam keadaan itu PAS akan gagal dalam menunaikan tanggung-jawabnya sebagai parti politik berasaskan Islam yang menzahirkan keterbukaan Islam dan keadilannya kepada semua.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

8 comments:

Si Delima Merah said...

Dulu PAS -- Pasti Islam SeMalaysia..Sekarang PAS - Parti Akal-akal Samseng

Izuddin said...

Bodoh lah hang ni Najib. kalau hang ingat ni kerja madey, hang kena lah lawan madey macam mana madey lawan hang.

hang atur lah mana2 journalis company keluar statement tuduhan keatas kes liwat Anwar adalah FITNA dan tuduh madey reka FITNA tersebut.

Laghu tu la hangpa umno JAHANAMKAN NEGARA...haha

Esa Khalid said...

Apalah kalit ko dah kalah dahlah ...keluar drp paslah kalit tak malu ke? Duduk dalam pas kata pulak maki hamun pulak pas. Kenapa ko kalit bila kalah dan orang tak caya ko, ko meroyan macam babi gila. Sedar2lah kalit.

Nash Arrawy said...

UMNO'S ENTRAPMENT OF HUDUD GAME A SUCCESS HAY WIRE PAS N DESTROYED PAKATAN ! CONGRAT MULTAQA ULAMA
UMNO'S ENTRAPMENT OF HUDUD GAME A SUCCESS HAY WIRE PAS N DESTROYED PAKATAN ! CONGRAT MULTAQA ULAMA
Nasharrawy Rawaan UMNO ENTRAPMENT OF HUDUD SUCCESS MANIPULATED PAS UNTIL D PARTY IS HAY WIRE N DESTROYED PAKATAN AS WELL ! ; D GAME IS OSO BEING PLAYED BY " UMNO'S TROJAN HORSE IN PAS! ; AZAZIL , " MUSANG BERJANGGUT " D SO CALLED ULAMAK ( SU' ) ; SNEAKERS , INSTIGATORS N UMNO ADDICTS MISUSED D PLATFORM OF MULTAQA ULAMAK ! USING DAP ISSUE 2 WIN OVER ALL D POSTS IN PAS ! BY FITNAH TOWARDS D PROFESSIONALS N ACTIVISTS IN PAS ! AS " JEBON " SECULARISTS N LIBERALS ! ; WITHOUT STRICT PROOFS ! ; WHERE'S D " AKHLAK " OF ULAMAK !! WHEN THEY 'VE WON TRYING 2 WIN BACK DAP USING PAS NEW ELECTION DIRECTOR( MUSTAFFA ALI ) !! WHAT A DIRTY GAME; DIRTIER THAN UMNO! 4 POSTS DARED 2 DISCREDIT N DEGRADED SAHABAT N FITNAH AS WALA' 2 PAKATAN NOT D ULAMAK ! NOW WHAT HAPPENED ; SHOWING THEIR TRUE COLORS ! OF " POS ! ( PARTI OS-TADZ SEMALAYSIA ! ); UMNO'S POSMAN! ; WHEN PAS BEING BITTEN TWICE BY D SAME SNAKE WHEN TOK GURU NIK AZIZ PASSED AWAY ! ; AS POS ! By: Nash Ar-Rawy/19.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com

Nash Arrawy said...

EGO VS EGO !! Wednesday, June 10, 2015 Nash Ar-Rawy @Adnanrawa Jun 4 http://nasharrawy.blogspot.com/…/pus-parti-ustaz-semalaysia… … ; PAS HAS TURNED INTO PUS ! By: Nash Ar-Rawy/5.6.15 ; PAS HAS TURNED INTO PUS ! By: Nash Ar-Rawy/5.6.15DAP KILLED PAKATAN WHEN GUAN ENG DISCONNECTED HIMSELF WITH HADI ! D REPERCUSSION IS PAKATAN IS DESTROYED EVENTHOUGH HE SAID NOT DISCONNECTING PAS ,JUST HADI ONLY ! 'COS PAKATAN PRESIDENT COUNCIL IS AUTOMATICALLY DISSOLVED ! LIKE WISE YET 2 B APPROVED BY PAS SHURA CONCIL OVER D RESOLUTION OF DEWAN ULAMAK PAS ; 2 DISCONNECT PAS NOT PAKATAN ; " DIVORCE BUT STAYING IN D SAME HOUSE " BOTH PAS N DAP R STUPID FOOLS ! KILLING EACH OTHER N KILLING PAKATAN !! www.nasharrwy.blogspot.com By: Nash Ar-Rawy/10.6.15 POLITIK KARTUN ! ; BAGAIMANA BISA BERCERAI DENGAN DAP NAMUM MASIH BISA BERSEKEDUDUKAN SERUMAH ; INI PERMAINNAN KOTOR MACAM UMNO UNTUK JAWATAN GUNA ISU DAP II MEMBURUKKAN SAHABAT TIADA WALAK'KEPADA ULAMAK . SUDAH MENANG NAK PERKUKUH PULA HUBUNGAN DENGAN DAP ! KONGKALIKONG ! www.nasharrawy.blogspot.com/10.6.15 ; Nasharrawy Rawaan · BERJASA PRO BN DAN HAMIM BUBAR DAN MASUK UMNO ! BEJASA DAN HAMIM WUJUD BELUM ADA LAGI " PAKATAN PEMBANGKANG " SEDANGKAN BAKAL PARTI BARU GANTI POS INI DI ERA SUDAH ADA PAKATAN PEMBANGKANG IAITU PR ( PAKATAN RAKYAT ) ; YANG SEMEMANGNYA MENENTANG UMNO ! JUSTERU ITU , TAK SAMA DENGAN PARTI SERPIHAN PAS !; BERJASA DAN HAMIM YG PRO UMNO !! APALAGI PAKATAN RAKYAT SENDIRI PERLUKAN PAKATAN BARU APABILA GUAN ENG PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN HADI ; MAKA MUSNAHLAH " PAKATAN PRESIDENT COUNCIL " DAN APABILA DEWAN DEWAN ULAMAK PAS SEBULAT SUARA DI MUKTAMAR MAHU PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP ; " TIT 4 TAT" ! ( BERBALAS DENDAM ! ) MAKA MUSNAHLAH PULA " PAKATAN SECRETARIAT COUNCIL " ; JUSTERU , PAKATAN RAKYAT DENGAN SENDIRINYA SECARA OTOMATIS SUDAH PUN TERBUBAR !! DAN RAKYAT MEMERLUKAN SEBUAH " PAKATAN RAKYAT YANG BARU " UNTUK SEBUAH KERAJAAN YG BARU : PADA GE14 ; MENETANG UMNO !! YANG SEDANG SAKIT TENAT INI DENGAN IZIN DIA ! . SEMENTARA PAS PULA PERLU DIGANTI DENGAN SEBUAH PART BARU KERNA PAS BUKAN LAGI SEBUAH PART ISLAM TETAPI 'SUBSTANCE'NYA ADALAH POS ! ; " PARTI OS-TADZ SEMALAYSIA " YG MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN DIRI; SAPU BERSIH KESEMUA JAWATAN PENTING DI DALAM SECARA BLOK DAN " CHAI LIST " DGN FITNAH DAN HUJJAH DAN ALASAN JAHAT MENJATUH KALANGAN PROFESSIONAL DAN AKTIVISTS DI DALAM PAS DAN POS DI KUASAI SEPENUHNYA OLEH BLOK OS-TADZ DAN BEBERAPA KERAT PROFESSIONAL YG PRO MEREKA ! CONTOHNYA, DR ZUHDI PADA MULTAQA ULAMAK KEMUKAKAN FITNAH : GOLONGAN PROFESSIONAL DI DALAM PAS BISA MENYESATKAN PAS ! ; SEDANGAKAN ASRI DAN NAKHAIE ITU ( BEKAS PRESIDENT DAN NAIB PRESIDENT PAS BUKANNYA PROFESSIONAL TETAPI ULAMAK ! ) ; NIK AMAR MENYATAKAN : PRESIDENT DAN TIMBALAN PRESIDENT PAS MESTI DARI KALANGAN ULAMAK ! ; SEDANG TOK GURU FADZIL NOOR BILANG KEPADA DINSMAN BUKAN ULAMAK PUN BISA MENJADI PRESIDENT PAS ( DAN TIMBALAN PRESIDENT ) KERNA SUDAH ADA ULAMAK DI TEMPAT YG TERTINGGI SEKALI DI DALAM HARAKI PAS SELAKU " MURSHIDUL AM " DAN " MAJLIS SHURA ULAMAK ! ) DALAM PAS ! TERNYATA PAS SEKARANG BUKANYA PARTI ISLAM TETAPI BERTUKAR MENJADI POS ; PARTI OS-TADZ SEMALAYSIA DENGAN CIRI-CIRI " MULLAH RULE " BUKANNYA ISLAMIC RULE ; ISLAM 4 ALL ! ; YANG BERSIFAT " INCLUSIVE " DAN KONDUSIF ! ; TETAPI DALAM POS ; ISLAM 4 D MULLAH ! ; JIHAD DI DALAM GERAKAN ISLAM BUKAN KERNA HADI DAN ULAMAK ; TETAPI KERNA RABB DAN ISLAM ; YG EMPUNYA GERAKAN ISLAM DAN ULAMAK ! ; KERNA MEREKA BUKAN " MAKSUM " TETAPI KERNA RABB DAN ISLAM ; YG EMPUNYA GERAKAN ISLAM DAN ULAMAK ! ; PUTRAJAYA DAN YANG EMPUNYA GLOBAL ! By: Nash Ar-Rawy/14.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com rrawy.blogspot.com/2015/06/pus-parti-ustaz-semalaysia-oleh-nash-ar.html … ; PAS HAS TURNED INTO POS ! By: Nash Ar-Rawy/5.6.15

Nash Arrawy said...

PAS BUKAN AGAMA
Nasharrawy Rawaan JUSTERU PAS BUKAN SEBUAH AGAMA TETAPI PARTI YANG MENUJU KEPADA Ad-dEEN . TETAPI PAS BUKAN Ad-dEEN . JUSTERU DI BOLEHKAN PIHAK LAIN JUGA PERJUANGKAN ISLAM SPT ABIM , JEMAAH TABLIGH ATAU PUN ARQAM VERSI BARU IKUT ISLAM ! KERANA LAPANGAN PERJUANGAN ISLAM ITU CUKUP LUAS ! JUSTERU , ULAMAK BAIK ,PAS BAIK , PUM BAIK, ABIM BAIK , JIM BAIK ; BEGITU JUGA DULU ADA BERJASA DITUBUHKAN OLEH MAT NASIR BEKAS MENTERI BESAR PAS, KELANTAN DAN HAMIM YANG DITUBUHKAN OLEH BEKAS PRESIDEN PAS ASRI ! ; JUSTERU DI PERINGKAT GLOBAL ADA AL IKHWANUL MUSLIMIN, JAMAAT ISLAMI ; HISBULLAH , HAMAS, JIHAD ISLAMI , AL QASSEM DLL SEMUANYA DIBENARKAN WUJUD KERNA SEMUANYA BERSATU MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN ISLAM! NAMUN, SEMUANYA TIADA MAKSUM DAN BOLEH DITEGUR JIKA BIKIN SILAP ; HATTA DIBENARKAN ADA EMPAT MAZHAB DI DALAM ISLAM ! MENGAPA ?? BEGITU PUN, PENDAPAT DR ASRI SENDIRI ADA IKTILAF OLEH ULAMAK LAIN ! KERNA ILMU " DIA' ITU LUAS KERNA " DIA " TIADA MAHU ADA ULAMAK , ADA AMIR DAN ADA JEMAAH ATAU PARTI ; MANA-MANA PARTI SEKALIPUN MENJADI EGO ! , SOMBONG DAN BONGKAK; KALAU KITA PANDAI ADA YG LEBIH PANDAI KERNA HANYA " DIA " SAJA YANG " ALIMUN ! INILAH BASIS PENULISAN ISLAM ; PENULISAN UKRAWI !! DENGAN IZIN "DIA " . " ALLA HU AKBAR! " .

Oleh : Nash Ar-Rawy/26.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com

Nash Arrawy said...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/27/zaid-new-party-can-take-on-pas-dap/
A NEW ISLAMIST PARTY
D new islamist party must 've its own " murshidul am reference council " or " sharia' reference council " or " Al Hisbah reference council " as a guidance its going in d right track as an Islamist party ! It's president n deputy president must b muslims 4 it's an Islamist party but not necessarily must b ulamak ! I'ts murshudul am reference council must not hold any position in party central 'cos this party is not 4 " mullah's rule " but 4 Islamist Rule n 4 Islamist administration in d party 4 all !! ; D murshuidul am reference council must b a free council comprised of well known ulamaks n recognised figures not necessarily must b a member of d party without being " bias '' n works as a free body 4 " fekah politics " ( Islamic political law ); based on d kitabullah , assunnah n d sirah ( recorded history ) of nabi ! as a major reference of d party ! .:

" Islam is rahmatan lil"alamin " ; Islam 4 all , justice 4 all , regardless of religion, race n ethnic ! . Therefor ; non-muslims may oso b members of this party ! . They could oso lead d youth wing n d women wing as well ! n. non-muslims may also b in d party central committee. !. This party must b 4 hudud punishment amendment of d " sharia' court law act 1965 which is d existing hudud law 2 amend its punishment ! Comply with d article 76A of d federal constitution ! As a green light yet 2 b approved by d parliament 4 it's implementation in kelantan n terengganu !. Other states cannot b implemented hudud law 'cos there's no hudud punishment enactment in other states! perak only 4 seats n penang only one seat ! how 2 implement hudud !

Hudud is basically 5% of its plight only in kelantan n terengganu comprised of 95% muslims , non- muslims r abide 2 d civil law ( or taazir law based on d judge discretion not hudud ) ! .95% of its plight is with d 52% electorates who've given d opposition pact " popular votes " which must b fulfilled til ge14 by his grace! this new islamist party must b against umno injustices n racism whereby umno is against" macro hududullah ' cos islam is against corruption, abuse of power n public fund, leakages, wastages, 1mdb scandals ,gst , petrol hike n price hike , malayist racism ; pkfz rm12b ; sharizat cowshit rm250m , one malaysist racism , one malayist sovereignty ! cos islam is justice 4 all proven in its " Islamist sovereignty " of its : benevolent state 4 all as shown in d medina benevolent state thru 'd " medina charter " copycat by d uno charter ! .

This new Islamist party is not 4 " malay islam " but is 4 " Islam Islam " ; Islam as Rahmatan lil 'alamin ; " Islam 4 all " regardless of religion, race n ethnic! ; With " humanism loves n brotherhood ! " one soul ( Adam n Eve ) , one blood brother ( blood transfusion ) n one breath ( cpr ! ) as what told by tok guru nik aziz ; " kita semua adik-beradik asal daripada moyang yang sama ; adam dan hawa " with addeen waddaulah n addeen wa sharia" ( a good governance of d rule of law to put d right things in d right place 4 all as taught in d al-qur'an , assunnah n sirah nabi ! ) .Which must b 95% of its focus 4 a new federal govt n d waiting in d ge 14 by his grace ! Hudud punishment amendment comprised of 5% of its plight mainly in kelantan n terengganu only ! 'cos other states 've no huddud law as in kelantan m terangganu .
" ALLA HU AKBAR! "

By: Nash Ar-Rawy/27.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com



WHO IS UMNO N ITS ENTRAPMENT 2 DEVIATE PAKATAN FOCUS N SPLIT PAKATAN ! ;http://nasharrawy.blogspot.com/2015/03/who-is-umno-n-its-entrapment-2-deviate.html …

myDesignWorld said...

Alert! Ada komentator meroyan di sini...