Skip to main content

Status Kerajaan Negeri Selangor dan Kelewatan Keputusan Dari Pihak PAS

Satu sidang media telah diadakan di pejabat saya semalam iaitu pada 13 Ogos 2014 bagi mengucapkan tahniah dengan ‘ikhlas tanpa syarat’ kepada TS Muhyiddin serta menerangkan status Kerajaan Negeri Selangor dan kelewatan keputusan dari pihak PAS.

STATUS KERAJAAN SELANGOR
Walau apa sekalipun yang dikatakan, hakikatnya kerajaan Selangor sekarang ini adalah BUKAN sebuah kerajaan PR. Ianya merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang MB yang tidak berparti yang sehingga setakat ini masih disokong oleh PAS dan UMNO serta ....? Walaupun tiada exco dari UMNO sekalipun, ianya tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan PR. Permusuhan terhadap PR terbukti dengan pemecatan barisan exco PKR dan DAP yang telah dilakukan TSKI petang semalam. Oleh itu, bagaimanakah resolusi ‘memperkukuhkan PR’ boleh dilaksanakan PAS dalam keadaan kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan parti rakan PR?

Mungkin kita boleh menipu diri dengan mengatakan kita tidak berkerjasama dengan UMNO apabila tiada Exco UMNO dilantik. Namun adakah rakyat boleh ditipu semudah itu? Rakyat akan melihat PAS bersekedudukan dengan UMNO menyokong MB yang tidak berparti bermusuhan dengan PR. Sedangkan rakyat melalui PRU ke 13 telah memberi mandat kepada kerajaan PR untuk memerintah Negeri Selangor.

Saya yakin tiada walaupun seorang ADUN PAS Selangor, samada exco ataupun bukan exco, yang ingin menafikan bahawa mereka telah menang atas tiket PR. Rakyat inginkan Selangor diperintah PR dan telah menolak BN dengan sejelas-jelasnya. Maka sudah pasti apa yang diwujudkan hari ini adalah bukan seperti kehendak rakyat! Dalam keadaan itu adalah mustahil bagi sesiapa juga untuk menjustifikasikan keadaan ini dengan mengemukakan seberapa banyak senario sekalipun atas alasan memenuhi amanat dari rakyat. Oleh itu adalah wajar untuk PAS membetulkan keadaaan ini dengan kembali memperkukuhkan PR sepertimana yang telah ditegaskan dalam 5 muktamar berturut-turut semenjak 2009.

HIKMAH DI SEBALIK KELEWATAN KEPUTUSAN PAS
Ramai dari rakan-rakan PR yang marah atas kelewatan PAS membuat keputusan berhubung kedudukan TSKI. Saya faham mengapa mereka marah dan atas kelewatan tersebut dan oleh itu saya memohon maaf. Namun pada masa yang sama, kita perlu mengambil kebijaksanaan dari peribahasa Inggeris yang berbunyi, “give them enough rope to hang themselves”.


TSKI dilihat secara umum sebagai seorang yang baik. Apabila ingin menukarkanya, maka rakyat mula bertanya “kenapa perlu tukar?” Maka adalah diharap bahawa dalam tempoh masa yang diberikan, TSKI telah menjawab soalan tersebut melalui kata-kata dan tindakan beliau sejak kebelakangan ini. Beliau sanggup mempertahankan kedudukan beliau sehingga ke tahap menerima sokongan dari UMNO/BN dan memecah-belahkan PR. TSKI bertindak ke atas exco partinya sendiri. Exco DAP yang merupakan rakan PR juga turut dipecat. Sedangkan tidakkah TSKI menang di Selangor atas sokongan PKR dan DAP juga?

Sekarang tiada lagi yang bertanya pada saya kenapa TSKI perlu ditukar. Sebaliknya mereka berkata, “tidak sangka TSKI sanggup sampai begitu, baru tahu belangnya yang sebenar. Dia tiada perasaan kesetiaan kecuali kepada dirinya sendiri”. Yang mengundinya dalam pemilihan Timbalan Presiden pun telah datang berjumpa dengan menyumpah. Yang mengundinya di Pelabuhan Kelang lebih-lebih lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
sy berharap pkr akan terus mengeluarkan bukti2 berkaitan dengan semua salahlaku khalid ini dlm media. cthnya berapa kali hadir mesyuarat yang dipanggil dsb. dgn adanya fakta2 tsb barulah rakyat akan mengetahui sejauh mana salahlaku khalid.

keluarkan segala2nya termasuk yang personal private sekalipun. as a public servant, he has no right to any privacy.
Assalamualaikum..

Saya seperti tidak dapat menahan lagi diri ini untuk memberi komen pada blog YB. Saya merasakan apa yang terjadi dalam PAS dlm kes yg melibatkan kerajaan PR di Selangor adalah satu PENGKHIATAN yang teramat besar walaupun keputusan MSU telah dikeluarkan dan Presiden sendiri sudah meminta untuk ahli Pas diam, tetapi YB dan rakan2 YB tetap juga enak berkata-kata.

Menyatakan pandangan yang berbeza dengan kptsn MSU. Kami pula yang menyokong keputusan MSU dituduh mahu bersekongkol dengan umno. Sakitnya bila dituduh begitu dan sesungguhnya ia adalah satu FITNAH yang sangat besar ke atas kami yang menyokong MSU. Semoga Allah membalas fitnah-fitnah yang YB, sahabat2 YB dan pengikut2 YB lemparkan tersebut dengan balasan yang setimpal. Apa guna duduk dalam jemaah PAS yang berpresidenkan TGHH tetapi YB dan rakan2 YB berwala'kan Anwar Ibrahim dan jemaah PR? Bukankah lebih baik YB dan sahabat2 YB mengistiharkan keluar PAS dan masuk PKR atau DAP. Atau YB daftarkan sahaja parti baru (Parti Negara Islam).

Tidak perlu menjadi gunting dalam lipatan dalam PAS. Apalah gunanya berada dalam PAS jika wala' sudah tiada. Apa beza YB dengan org yang YB hina dengan lantang dengan panggilan munafik haraki iaitu Hassan Ali dan Ust Nasha. Lihat cermin...sama sahaja YB saat ini dengan Hassan Ali menikam PAS dari belakang. Sekiranya Hassan Ali dikatakan bersekongkol dengan umno, YB pula bersekongkol dengan PKR. Tidakkah sama? satu parti sekular... satu lagi liberal. Tidakkah sama?. Semoga Allah menyelamatkan hamba-hambaNya yang Ikhlas, tidak Gelojoh dan lebih berpegang kepada janjiNya berbanding janji Anuar Ibrahim untuk menakluki Putrajaya.

Wallahu'alam...
TALIBUN said…
Saya menolak keputusan majlis Syura Ulama kerana dia terang2 melanggar Quran, sunnah dan juga apa yg diputuskan oleh Khalifah Omar ra. Dlm kes pemecatan Khalid AlWalid sebagai panglima perang. Khalid Alwalid telah dipecat tanpa ada apa2 kesalahan yg dibuatnya. Keputusan Majlis Shura mengatakan kita tak boleh memecat kalau tidak ada apa2 kesalahan. Kalau kita menerima keputusan Majlis Syura, kita menganggap saidina Omar telah melakukan kesalahan dlm memecat Khalied AlWalid. Jadi keputusan Majlis Syura Ulama tidak boleh dipakai malah mesti ditentang.
Ridd said…
Khalid mendapat laluan sutera sehingga 17hb dari PAS. Inilah waktu seramik Khalid memindahkan semua bahan2 dari ofis beliau.
Izuddin said…
Plan A gagal…plan B pun gagal…haha.

Plan C - negotiate : PAS kata ok, tukar mb, tapi bukan zah…sapa depa tak bagitau..haprak betoi pas ni. depa tak da cita2. tak focus….melayang layang. Ni bukti pas ada lah plan B.

Now PAS push back Plan A..cadang Azmin ganti Kalid supaya PKR pecah belah.

My suggestion : Someone from PAS be the MB. Do you think you can manage Selangor? Yes, you YB.
SPY2006 said…
saya sokong musafir di atas. sepatutnya kita bersama pimpinan apatah lagi majlis syura. tetapi mamat ni melibas pimpinan kita pulak dan benar2 dia mengiakan anggapan sblm ni ttg geng anwar dlm pas. saya yakin ahli pas akan tapis pimpinan begini lepas ni. Inilah yg pnh dikatakan tuan guru dulu, hampas akan terbuang dan hanya pati yg tinggal untuk istiqomah dgn pimpinan. talibun pulak jgn guna perkataan pecat atas Khalid ibnu walid oleh Omar r.a, Omar ada sbb lakukan pertukaran pimpinan itu krn beliau benar2 dpt petunjuk Allah dan khalid pula redha menyerahkan pimpinan krn tarbiah Islam yg beliau miliki. Adakah Anwar setaraf dgn Umar sdgkan tangannya masih berani bersalaman dgn wanita lain. saya rasa Talibun tak belajar sirah nabi ni... tak baik buruk sangka dgn sahabat nabi.
Miji said…
gopoh,gelojoh drp syaitan.Kalau dengar pendapat blogger,Perdana menteri pun dia nak tukar ikut suka dia.Saya bersangka baik TGHH membuat keputusan berdasarkan keputusan jamaah.Sabar.Sedangkan sahabat pun bertelagah menentukan khalifah islam tapi mereka menyelesaikan dengan semangat ukhuwah islam.Moga tidak akan muncul golongan Spt Syiah,Khawarij akibat tidak patuh kpd keputusan syura.Ambillah ikhtibar.
Unknown said…
Saya nak bertanya kepada Talibun, kenapa pula keputusan MSU mempertahan TSKI melanggar alQuran dan AsSunnah? Apa perkaitan dengan kisah pemecatan Khalid alWalid?

Sekarang ni ada tiga parti dalam PR yg berhak membuat keputusan. Dan PAS melalui MSU tak mempertahankan Khalid tetapi mahu kekalkan mereka yang amanah untuk terus memerintah. PAS bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR, bukan Tan Sri Khalid, jadi keputusan MSU adalah berdasarkan sikap, bukan kerana insan bernama TSKI

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.