Skip to main content

UMNO, Kongkong dan Kampung

Pagi ini saya ingin menceritakan satu peristiwa yang terjadi di Shah Alam semasa PRU 13 yang lalu. Di salah sebuah kawasan di Shah Alam, pada malam pengiraan undi, puak UMNO telah mendapat berita bahawa, untuk daerah mengundi berkenaan, calon BN telah menang di saluran 1 dan 2. Mereka begitu bersemangat dan berkumpul dan terus berkonvoi ke rumah Ketua Kampung!

Setiba di sana, mereka berteriak meminta Ketua Kampung keluar untuk bertemu dengan mereka. Apabila ketua kampung keluar, mereka menuntut supaya kunci masjid diberikan kepada mereka! Melihat pada rombongan yang agak ramai, ketua kampong pun naik hairan lalu bertanya. “Apa hal ni?” tanya beliau kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami sudah menang! Dan kami mahu ambil alih Masjid supaya tidak lagi diadakan kuliah yang pro-pembangkang”. Ketua kampung lantas menjawab, sabarlah dulu, tunggulah keputusan keseluruhannya!

Ringkaskan cerita, itulah niat dan matlamat yang tersirat di hati pimpinan UMNO di peringkat bawahan sekalipun. Mereka mahu ambil alih kuasa supaya dapat mengongkong minda Melayu khususnya. Alhamdulillah PAS bersama PR telah menang di Shah Alam dan seterusnya di Selangor! Semoga minda Melayu dan seluruh rakyat Negeri Selangor dapat terus dikembangkan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Abu Amin said…
Ramadhan tahun ini masjid seluruh Selangor meriah lagi seperti 4-5 tahun lepas. InsyaAllah.
Unknown said…
Tahniah rakyat Selangor. Walaupun saya kini menetap di Kedah namun saya bersyukur diatas keterbukaan minda rakyat Selangor yang bebas merdeka.

Sungguhpun di asak kuat oleh media tv khususnya namun hanya jauhari mengenal manikam.

Selangor tetap kuat dibawah Pakatan Rakyat.InsyaAllah Selangor dijadikan contoh terbaik penyatuan kaum.

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-