Skip to main content

Respon Akhir: Isu Kota Damansara

InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir berkenaan isu KD. Hasil dari teguran dan pandangan saya berhubung isu KD, maka bermacam maklum balas dan cerita dongeng juga kedengaran berhubung diri saya. Maka saya akan cuba jelaskannya di sini. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. KS Diminta Keluar PAS dan Jadi Ahli PKR Kerana Tidak Wala’ dan Thiqah

Saya kira Zahid Hamidi dan Noh Omar pun akan turut berbangga dengan kenyataan sebegini.

Pendirian saya terhadap isu KD berdasarkan hujjah yang saya kemukakan. Kalau tidak setuju sekali pun, kemukakanlah hujjah balas bukan kenyataan kurang bijak sepertimana yang biasa dibuat pemimpin UMNO. Jika ingin ikut lojik hujjah sebegini, Qadi Syuraih sepatutnya diisytihar oleh Saidina Ali sebagai orang pro-Yahudi dan tidak wala’ dan thiqah kepada Khalifah! Atau Saidina Umar diisytiharkan oleh Amr Al-Aas sebagai pro-Qibti dan dituntut letak jawatan.

Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej PAS yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro PAS bersama PR.

Tulisan saya tidak langsung dituju pada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang APA yang silap dari SIAPA yang silap.

2. KS Ingin Jatuhkan Ulama dan Presiden!

Ini pun satu kenyataan rambang yang tidak bertanggung-jawab. Tulisan saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tetapi saya inigin semua akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi. Masalahnya sekarang, hingga hari ini, masih ada yang pertahankan sebagai tindakan tersebut sebagai wajar. Sedangkan PR kalah dan BN menang! Dan 3 natijah buruk lagi yang diakui umum.

Kaedah hujjah ini pun, minta maaf, sebiji macam UMNO. Sama dengan hujjah UMNO bahawa PR ingin jatuhkan kuasa politik Melayu! Orang cakap lain dia cakap lain. Orang cakap mengenai penyelewengan, rasuah dan sikap keduniaan yang merosakkan Melayu maka kepimpinan politik Melayu perlu ditukar! Dari UMNO maka tukar kepada PAS. Dia cakap konspirasi ingin jatuhkan Melayu. Sedangkan kita mahu selamatkan Melayu, dunia akhirat, insyaAllah.

Begitu juga apabila diceritakan kelemahan yang perlu diakui dan diperbetulkan supaya PAS lebih kukuh dan dihormati semua. Khususnya untuk Selangor. Mereka cakap kita mahu jatuhkan Presiden, tidak wala’ dan thiqah. Orang cakap lain, dia cakap lain. Apa ni?

Sudahlah, cukuplah dengan budaya memfitnah sebegini. Tidak perlulah kita ikut kaedah UMNO yang suka memomok-momokkan rakyat sehingga isu sebenar tenggelam. Cukuplah kita ada satu UMNO di Negara ini. Bincang isu yang dikemukakan, tidak perlu ditokok-tambah dengan macam-macam rempah dan perisa!

Rempah perisa terhebat, ada seorang sampai isytiharkan saya sebagi ‘assasin ulama’! Tidak takut dosa ke orang ini?

3. KS Berkempen Untuk Hadapi Pemilihan Parti

Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Semua disalahkan pada PKR dan DAP dan puji melambung-lambung pimpinan PAS. Tidak akan diserang dan difitnah bermacam-macam sebegini.

Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang. Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin kearah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun. Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan.

4. KS Hanya Tegur PAS Tidak Tegur PKR

Saya pimpinan PAS. Saya betulkan jemaah saya. Kalau PKR buat silap, biar pimpinan PKR tegur dan perbetulkan. Kalau PKR tidak tegur maka imej parti mereka yang akan jatuh di kaca mata rakyat. Itu masalah mereka bukan masalah saya. Takkan saya juga yang kena perbetulkan PKR? Sejak bila saya jadi pimpinan parti mereka?

5. Kota Damansara Tidak ada Kesan Kepada Kawasan Lain

Dongeng ini pun agak menarik. Kota Damansara dianggap bagaikan DUN yang di bawah tempurungnya yang tersendiri. Apa yang berlaku di situ ahli PKR dan PSM serta penyokong-penyokong mereka dan pengundi atas pagar di seluruh negara tidak akan ambil tahu dan tidak ambil kisah! Saya tidak tahu dari mana datangnya tanggapan mereka bahawa Kota Damansara itu begitu terpisah dari suasana politik seluruh Negara. Tapikan sudah kata. Dongeng!

Hakikatnya saya sendiri menerima panggilan dari ramai yang marah dengan apa yang berlaku dan bertanya mengapa ianya berlaku dan apa tindakan PAS. Turunnya Dato Mustapha Ali telah menyelamatkan sedikit sebanyak suasana di Selangor. Saya tidak tahu sejauh mana kekalahan di Parlimen Sg. Besar (399 undi majoriti BN) dan Parlimen Kuala Selangor (460 undi majoriti BN) adalah kesan dari apa yang telah berlaku di KD.

6. Hanya KS Sahaja Marah, PKR Pun Tidak marah!

Cerita dongeng sebegini tidak perlu saya jawab sebenarnya. Orang PKR merasa terbela apabila ada pimpinan PAS menyatakan kebenaran dalam kes KD. Mereka serah pada pimpinan PAS untuk betulkan PAS. Sama sahaja apabila anak kita buat nakal. Apabila diadukan kepada kita sebagai ayah, maka diserah pada kita untuk betulkan. Sila baca perkara 4 di atas.

7. Dialog Perbahasan KS dan Pro KD

Saya ingin buat dialog mudah supaya yang ingin terus pertahankan KD sedar betapa tidak bermutunya penghujjahan mereka. Telah disebut di atas tetapi dalam bentuk dialog perbahasan mungkin lebih jelas. Ianya seperti berikut:

KS: “Bertanding di KD strategi yg tidak betul. Natijahnya buruk”.
Pro KD: “KS nak jatuhkan ulama’! KS nak jatuhkan ulama’!”

KS: “Ianya salah dari sudut akhlak sekiranya kita sudah bersetuju”.
Pro KD: “KS adalah assassin ulama’! KS ular daun!”

KS: “Patut contohi Dusun Tua dan Taman Medan”.
Pro KD: “KS nak tunjuk hero nak kempen untuk muktamar”.

KS: “Kalau PAS dan PKR buat begini pada PRU 14 maka BN akan menang…”
Pro KD: “KS lebih baik masuk PKR! KS bongkah ais yang besar! Pro Anwar”

Tidak nampakkah betapa lekehnya tahap dan kualiti penghujjahan tuan-tuan semua? Isu sebenar tidak dijawab dan dimulakan kata-kata fitnah. Tapi kalau masih tidak nampak maka saya tidak mampu menolong tuan-tuan. Ini bukan masalah buta mata tetapi buta hati. Maaf kerana saya terpaksa nyatakan sebegitu.

Dalam soal mahu jatuhkan ulama’, harap semua selidik sejarah terlebih dahulu. Siapakah yang membawa usul kepimpinan ulama’ pada muktamar PAS tahun-tahun awal dan pertengahan 80an? Janganlah buat pertuduhan membuta tuli.

Ini sahajalah yang ingin saya bentangkan berhubung isu KD. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada yang ingin mencari kebaikan.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

hafiz said…
Salam YB KS, saya memahami rentetan dari isu KD yang YB sampaikan dan saya amat menyokong penuh berkenaan "BRANDING" sebagai sebuah parti Islam yang cuba YB tegaskan. Hanya sekadar pendapat peribadi, saya amat berharap sekiranya YB dapat meminta agar Tuan Guru Hj Hadi dapat memberi PENJELASAN atau PENERANGAN mahupun MEMOHON MAAF (sekiranya memang terdapat kesilapan dari PAS) kepada semua pemimpin PR dan rakyat demi menjaga ukhwah diantara parti dan keyakinan rakyat yang sedia ada telah menyokong PR mahupun yang baru mahu menyokong PR. Tuan Guru HJ Hadi adalah orang yang paling layak untuk menernihkan semula kekeruhan yang berlaku kerana beliau selaku Presiden apatah lagi Dun KD ada kaitan dengan menantu beliau Sdr Din. Ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat di kawasan Dun KD khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Betulkan yang silap, dan jadikan pengajaran dimasa hadapan. tiada manusia yang dapat lari dari kesalahan. Buktikan kepada rakyat bahawa semua pemimpin PR dapat menerima segala teguran dan dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menjaga HARAPAN MENGGUNUNG RAKYAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM. Islam itu indah. Kami amat berharap para Ulamak dan barisan tertinggi Pas yang bukan calang2 ilmu agama dapat menyinarkan keindahan di dalam Islam itu sendiri. Bantulah kami... Bersatu lah.
SysOp said…
Bhai Khalid Samad...

Diorang nih sebenarnya... tidak tahu nak balas hujah lu secara ilmiah... pasai tue la diorang gua cara camnie...

Nak buat camana.... nak berhujah pon fakta dan bukti tak ada.... hahaha

Tahniah Bhai... Kalu pimpinan PAS kekal tertutup pintu hati... gua rasa (dan seperti ramai lagi rasa)... PAS mungkin keseorangan pada PRU14... silap-silap sudah tidak releven dalam kontek demokrasi berpilihanraya di Malaysia...

Salut dari gua...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
budakmin said…
sebagai ahli PAS saya sangat menyokong KS apa yg dikatakanya adalah perkara yg sependapat dgn saya. ustaz2 dan tok2 guru selalu cerita ttg orng tua yg sanggup memperbetulkan umar al-khattab dgn pedangnya. umar tak marah pun. tp bila ustaz2 dan tok2 guru pas ditegur mengapa marah adakah kisah tadi hanya utk ahli sahaja. para pemimpin pas bukan tuhan, tak boleh ditegur. selalu ken ingat bahawa para tok guru, tok lebai dan ustaz bakal masuk neraka 500 tahun lebih awal dari org jahil sekiranya mereka itu jahat. ada mengerti???
Mat keluang said…
YB Khalid.

Sudah cukop berbicara dengan polimik KD.

Move on.Semogan apa yang terjadi di KD dan lainlain kawasan yang di tandingi PAS/ PKR yang menjadi konflik menjadi satu pengajaran.

Saudara telah menjalan tugas yang baik di Selangor yang merupakan negeri yang mewakili golongan cerdik pandai Melayu yang tidak conservitive.

Saya amat terkejut bila PAS boleh memenangi 15 kerusi state.Yang saya tak faham bagaimana Dr Dzul boleh kalah di Kuala Selangor dengan majority yang sadikit.

Kami juga berharap,supaya puchok pimpinan PAS dalam kajian post mortom nya dapat menganalisa kelemahan Dan Kekuatan PAS.

Kami tidak mahu belaku percakaran yang berterusan

Salam
Raison D'etre said…
Salam Saudara,
Sangat bersetuju dengan Mat Keluang. Alhamdullillah kerjasama baik antara PAS, PKR dan DAP berhasil di tempat lain selain Kota Damansara (tempat saya bekerja mencari rezeki).

Dah silap memang sepatutnya mengaku dan "move on", kata Mat Salleh. Tak perlu nak menegak kata itu ini begitu begini.

Saya ingat sembahyang jumaat yang last sekali sebelum ngundi, ada ahli PAS dok meraih sokongan kepada calon. Sedih saya rasa walaupun saya bukan ahli PAS atau PKR ataupun PSM, dan bukan penduduk KD.

Sedih bila tengok semangat setiakawan menjadi laeh macam tu.

Dalam hati saya kata: Chance untuk BN menang KD cukup besar bila dah jadi gini.

Wallahualam. Moga tak terjadi dimasa depa, Amin.
Faizal Riduan said…
YB pas (lulus) sebagai ahli PAS!
Mmg lekeh jwapan mjlis syuro kononya...fitnah2 bosan. Pd aku jmpa shj lg snang. Buat msyuarat brtmu muka....hntikan..ckup. Org blh nilaikan hujah dgn ftnah

mohd shahran said…
Setengah Ahli dan Pimpinan PAS nie dah macam UMNO tak kiraler pemuda ker, muslimat ker atau pemuda, Susah sangat nak mengaku silap. Rasa terhina apabila mengaku kesalahan? Bro2 nie awak tu semua guna nama Islam. Nabipun mengaku silap. Bro2 nie LEBIH MULIA DARI NABI? KALAU begini jangan menyesal kalau PRU14 rakyat tak percaya dan jijik dengan PAS. Cakap tak Serupa Bikin
TZR said…
Sy menyokong tindakan saudara KS.
Pas memerlukan pemimpin seperti saudara KS.
Ayuh Hapuskan pembodek dan pengampu..
Tanpa Nama berkata...
KS ni kekadang lupa yang PKR nie main belakang. DSAI main belakang PAS dengan buat perjanjian dgn najib secara rahsia. ni ker pemimpin yg baik. bagi saya DSAI tak lebih nak kuasa untuk bersihkan dirinya daripada berbagai masalah. kenapa cari jalan begini? bersihkan diri dgn taubat dan sujud pada Allah. pengitirafan manusia tidak penting beb!!!. Nuar, Azmin, Zuraida nad the gang elok jer masuk UMNO atau buat parti baru. Cakap berbelit-belit putar alam. Makin lama makin menyampah dgn mereka ini. Biar Dr Wan, Rafizi, saifuddin dan lain2 ambil alih PKR. Anwar kaki kencing putar alam. Walau ada kebenaran Anwar tetapi dalam nak dapat kuasa politik dia nie putar alam dan sanggup kencing rakan. Parti Kencing Rakyat. Parti Keadilan Rakyat dipimpin oleh Dr Wan Azizah.
magn said…
saya terkejut solat jumaat sehari sebelum mengundi di masjid subang airport.sebagai ahli dan pendokong pas.saya berasa agak terkilan dgn perbuatan imam pada hari itu.
UMMATAUNWASOTO said…
Salam.

YB KS,

Isu KD menunjukkan seolah-olah dalam parti PAS, Presidennya adalah maksum!
RPG said…
teruskan berbicara YB Khalid. InsyaAllah , ramai anak2 muda sokong anda
lan said…
Bila tiada modal, mulalah puak2 itu mencipta 1001 alasan. Yang pasti, kita perlu kerja dari sekarang untuk kukuhkan lagi Pas dan PR!
pendidikmy said…
Tahniah. Tuan sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai TPJ PAS Selangor dalam menangani isu KD. Jelas bukan salah pimpinan PAS Selangor, tatpi segelintir pimpinan PAS di kawasan berkenaan.

Harapnya isu kemunculan watikah calon daripada pimpinan atasan dapat diperjelaskan. Sudah pasti tanggungjawab tuan presiden untuk menjelaskan isu ini, khususnya di KD dan Sg. Acheh.

Saya yakin, kepercayaan rakyat kepada PAS tidak akan terhakis andai pimpinan pusat sanggup memberikan pencerahan sebenar sebagaimana yang tuan lakukan.

Tuan sudah meletakkan tanggungjawab yang tuan pikul pada tempatnya. Moga usaha tuan memberikan impak yang baik kepada ahli PAS agar lebih cerdik dalam strategi.
Calon parti di negeri di berikan oleh psuruh jaya atas ptsetujuan msyrt pas ngeri. Ni aku pelik mana dtg calon dr pemuda dan afa watikah pulak. Sdra KS ni tpj1 mnantu tgha ni pimpinan ngri ke? Klu pimpinan pusat pun x blh suka2 msuk cmpur kcuali ats sbb prmntaan ngri atau ada masalah bsar shj.
mamat_jr said…
Ni semua cerita BODOH dari Din Ayam lah ni, dah lah bersalah tak pernah rasa bersalah. Kalau kena orang yang cerdik, apa salah nya mengaku je lah yang kita ni TAMAK KUASA, ni tidak, mentang2 menantu Presiden parti, siap nak salah kan YB Khalid Samad lagi. Kenapa, majlis syura tu di wakili oleh nabi2 ke? Jangan gak jadi BODOH sangat Din, kau ngaku je yang kau ni nak kan kerusi KD tu PAS bertanding. Ni timbul pulak cerita komunis lah pulak. Yang PAS calon kan seorang cina kat johor tu, islam ke cina tu? Bukan tu sebenar nya sekarang, soal nya TAMAK. Sama lah di Terengganu, Din Ayam tolong tunjuk kan saya bukti calon edar pil kuda. Tak payah nak turun ke grass root sebab yang di tuduh tu ada lah kawasan saya dan saya tahu benda tu tak benar. Kalau Din Ayam ada bukti, bagi saya sebab saya nak buat report polis dan nak disiasat sebab perkara ni menyalahi undang2.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

‘Perbalahan’ YB Saari dan YAB Azmin

Ada yang bertanya kepada saya berhubung tweet YAB Azmin Ali yang menempelak YB Saari Sungib tempoh hari. Saya terkejut dengan apa yang terkandung dalam tweet tersebut. Saya terus membaca apa yang dikatakan YB Saari sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Apabila saya membacanya, saya dapati tiada apa-apa pula yang disebut berhubung keinginan menjadi Exco. Maka apa sebab dituduh ‘nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke?”

Untuk memudahkan semua memahami isu yang telah dibangkitkan oleh YB Saari, saya senaraikan secara satu per satu supaya mudah difahami.