Skip to main content

Video: Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan



Video ihsan TVWau
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Grand Marquis said…
Menarik sebenarnya bila kita tonton video ini. Ia kembali kepada persepsi dan kecenderungan. Dalam ucapan tersebut ternyata perkataan ayam dan lembu itu memang disebut. Konotasinya juga boleh memberikan interpretasi yang menjuruskan bahawa beliau memang bermaksud sedemikian. Jadi terpulanglah pada interprtasi masing-masing menurut kecenderungan politik mereka.

Tapi itu bukan isunya. Isunya ialah kembali pada artikel YB http://www.khalidsamad.com/2013/02/ulasan-peristiwa-kehadiran-kristian_18.html

Situasinya hampir sama, iaitu beberapa tindakan Rasulullah yang terbuka pada interpretasi individu. YB memandai-mandai menginterpretasikan sirah dengan memberikan gambaran seolah-olah Rasulullah S.A.W. membenarkan orang Kristian menggunakan nama Allah dalam bentuk yang disyirikkan.

Disuatu tempat, YB seperti marah orang mengintepretasikan tindakan Nik Aziz terhadap kecenderungan tertentu, tapi di tempat lain, YB sendiri memandai-mandai menginterpretasikan sirah Rasulullah S.A.W. menurut kecenderungan isu-isu semasa yang YB ada kepentingan.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan