Skip to main content

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Memilih Antara DAP dan UMNO

Isu ini adalah isu terakhir yang ditimbulkan Fathul Bari yang akan saya jawab. Sembilan isu telah beliau kemukakan dan kesemuanya saya telah hurai dengan panjang lebar. Saya tahu beliau akan tetap di atas pendiriannya kerana paksi kepada segala hujjahnya ialah bersandarkan bahawa beliau mesti bersama dengan pemerintah walau sejahat mana sekalipun pemerintah tersebut.

Namun dalam mempertahankan pemerintah, beliau sanggup memutar-belitkan fakta dan ini amat sangat mendukacitakan.

Di antara fakta yang diputar-belit ialah kedudukan DAP dan bagaimana PAS lebih rela bersama DAP berbanding dengan UMNO. Kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan memperlekehkan pendirian PAS untuk menyertai PR sedangkan hakikatnya tiada pilihan yang sebegitu perlu dilakukan.

Ini adalah kerana pilihan sebenar adalah di antara PAS atau UMNO bagi ummat Islam dan DAP atau MCA/MIC/Gerakan bagi yang bukan Islam. PAS ingin menggantikan UMNO sebagai peneraju politik Melayu dan Islam. PKR juga mempunyai cita-cita yang sama walaupun mereka adalah parti berbilang kaum. PAS berkerjasama dengan DAP kerana PAS memerlukan rakan untuk mendapat sokongan bukan Islam sepertimana juga UMNO apabila bersama MCA/MIC/Gerakan. Bagi pandangan PAS, DAP adalah parti yang lebih mulia berbanding MCA/MIC/Gerakan kerana DAP mempunyai prinsip perjuangan yang berpaksikan konsep keadilan sosial. MCA/MIC/Gerakan telah sebati dengan kronisma dan rasuah sepertimana rakan kongsi mereka iaitu UMNO.

Dalam usaha menggantikan UMNO, adalah pelik sekiranya PAS berganding pula dengan UMNO! Hakikatnya, dari perspektif PAS, UMNO adalah penghalang kepada kebangkitan ummat kerana mereka menawarkan kepada orang Islam kaedah politik yang selain dari Islam. Pada masa yang sama mereka menghalang kemaraan PAS dalam usaha memperbetulkan minda Muslim dengan menutup segala saluran dakwah yang mampu ditutup mereka.

Bagi UMNO kefahaman yang jelas berhubung politik Islam adalah ancaman kepada politik perkauman UMNO. Oleh itu mereka berusaha sedaya upaya untuk menghalang peningkatan kefahaman ummat Islam. Dan inilah sebabnya UMNO adalah musuh Islam yang sebenar. Oleh itu tidak masuk akal untuk PAS berkerjasama dengan UMNO.

Ini adalah kerana PAS ingin kefahaman terhadap politik Islam ditingkatkan sambil UMNO mahu ianya semakin disekat! Adakah mungkin berganding bersama? Satu ingin tambah dan satu lagi ingin kurang!

DAP sebaliknya bukan merupakan saingan terhadap PAS. Ini adalah kerana PAS dan DAP tidak merebut ‘market’ yang sama. DAP inginkan yang bukan Islam berpegang kepada corak politik berprinsip, walaupun bukan prinsip Islam, namun ada banyak persamaan dengan Islam. Persoalan keadilan sosial, keadilan, ketelusan, kecekapan semuanya adalah prinsip yang selari dengan ajaran Islam. Berbanding MCA/MIC/Gerakan mereka merupakan rakan yang lebih mulia.

Maka jelas PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai rakan kerana ingin menggantikan UMNO. Pada masa yang sama, adalah amat lojik bagi PAS untuk berkerjasama dengan DAP kerana perlukan rakan bukan Islam untuk menghadapi hakikat masyarakat majmuk. Fathul dalam menyentuh persoalan ini hanya menyentuhnya dari sudut emosi perkauman dan ‘keislaman’ yang songsang. Iaitu DAP bukan Islam sambil UMNO Islam. Persoalannya, adakah kita sebagai ummat Islam wajar berkerjasama dengan orang Islam yang ingin mengongkong kefahaman Islam itu sendiri?

Sudah pasti tidak! Maka biarlah PAS bersaing dengan UMNO demi membebaskan ummat Islam dan agama Islam itu sendiri dari terus dikongkong UMNO!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Apabila Pakatan Rakyat memerintah, Fatul Bari akan berkata mereka wajib mentaati Pakatan Rakyat pula. Jadi adakah umat Islam ini hanya penumpang (passenger) sahaja kepada percaturan kuasa dan politik? Biar pihak lain yang berjuang, berperang, bertarung. Orang Islam hanya tunggu untuk menyokong pihak yang menang dan kemudian menjadi pemerintah sahaja? Kalau falsafah Fatul Bari ini dipakai, ulama-ulama yang menjadi guru beliau di Arab Saudi pun tidak akan boleh menjadi di mana mereka sekarang kerana untuk membentuk Saudi Arabia, mereka (Ibn Saud dan Muhammad Abdul Wahab) melawan pemerintah iaitu gabenor Uthmaniah di Hijaz. Ini semua hipokrasi dan hukum selektif.
Sudir said…
Itulah sebabnya debat yang suka dicanang oleh orang PR tak akan membawa penyelesaian kerana masing-masing dengan pendapat sendiri.. Jadi apa perlunya debat lagi?
Grand Marquis said…
Seperti biasa, hujah yang tak kering dari persepsi. Persepsi UMNO tak mau Islam. Persepsi UMNO halang orang untuk faham Islam. Persepsi UMNO menutup saluran dakwah dan segala macam persepsi. Kemudian, persepsi DAP ni adil, DAP mahu keadilan sosial, DAP parti lebih mulia dari MCA, dan segala bla bla bla.

Orang yang menyokong BN pun boleh ada persepsi juga. Persepsi PAS memperalatkan agama, mengeluarkan fatwa ikut peti undi, tunduk pada DAP dan PKR kerana undi, menghalang pemahaman agama ahlinya supaya hanya ingat PAS adalah Islam dan Islam itu pas, Pas tidak mahu kefahaman terhadap poltik Islam yang sebenar kerana mereka tidak boleh lagi memperalatkan agama dan menjanjikan syurga melalui peti undi. Persepsi juga DAP adalah parti chauvanist, DAP anti Islam, anti Melayu, anti raja-raja. DAP parti gangster, peneraju maksiat. DAP perkudakan PAS dan PKR. DAP parti kroni korporat cina, parti anak beranak, cakap tak serupa bikin, tak CAT langsung, pemimpin ala tokong, ak pandai kira peti undi (fakta atau persepsi) dan banyak lagi.

YB, hujah main persepsi ni tak ke mana kerana YB ada persepsi sendiri dan orang lain pun ada persepsi mereka sendiri. Patutlah ustaz Fathu Bari tak layan anda sebab kalau nak debat siapa lebih baik menurut persepsi sampai kesudah tak habis.

Sepatutnya YB tunjukkan fakta. Misalnya fakta yang diketahui umum ialah Karpal Singh dan Mat Sabu adalah 2 pemimpin yang paling awal menuduh DSAI sebagai peliwat. Faktanya juga ialah mereka berdua membuat pusingan 180 untuk bersama pemimpin yang mereka tuduh liwat, malah menjadi peguam bela pulak. Adakah ini menunjukkan DAP adalah parti politik yang mahukan prinsip keadilan sosial dan PAS ini adalah parti yang memperjuangkan Islam?

Fakta juga ialah PAS menuntut Qazaf pada Saiful yang menuduh DSAI meliwat, tapi kenapa PAS tidak pernah menuntut agar Mat Sabu dan Karpal turut di Qazaf kerana menuduh perkara yang sama? Adakah ini Islam yang dipraktiskan pas yang mana hukum itu menurut kesesuaian keuntungan politik? Apakah Mat Sabu mempunyai status yang berlainan dari Saiful sehingga beliau bebas menuduh orang lain liwat, dan orang lain pula tak boleh mengatakan dirinya diliwat? Adakah ini Islam atau apa?

Cuba YB jawab ini dulu.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.