Skip to main content

Pengguguran Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama’: Satu Kupasan

Ada yang bertanya saya mengenai persoalan ini, seolah-olah saya pula ahli Majlis Syura Ulama’! Saya menjawab saya tidak tahu selain dari apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura. Maka apabila ditanya, saya minta semua merujuk kepada kenyataan tersebut.

Ada yang memberikan gambaran seolah-olah saya pula yang ‘merancangkan’ pengguguran ini. Hebat sangatlah saya sehingga Majlis Syura dipengaruhi saya tanpa saya hadir mesyuarat tersebut! Ada pula yang menganggap bahawa saya yang paling gembira dengan pengguguran Ustaz Nasha. Pelik betul golongan ini, saya tidak terlibat dalam Majlis Syura maka tidak sama sekali berhadapan dengan beliau dalam mana-mana mesyuarat Majlis Syura sekalipun. Samada beliau merupakan anggota Majlis Syura atau tidak, ia tidak memberi kesan bagi saya secara peribadi.

Namun, apa yang pasti tindakan beliau berpeleseran dengan pimpinan UMNO memang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli biasa. PAS sudah bersama dengan PR tetapi beliau kelihatan lebih cenderung untuk bersama pimpinan UMNO. Keadaanya boleh diumpamakan bagaikan seorang suami yang telah mengahwini seorang dara yang baik lagi jelita tetapi tetap bermain mata dengan isteri orang!

Namun, saya mempunyai keyakinan penuh dengan Majlis Syura, sata pasti ianya suatu keputusan yang dianggap amat perlu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura. Sudah pasti semua menyedari bahawa tindakan menggugurkan Nasha akan disambar pihak lawan seperti sambarnya serigala terhadap kambing yang bersendirian. Kita sudah hampir dengan PRU, tindakan sebegini pasti disedari berisiko dan akan menimbulkan sedikit kesulitan bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila media adalah dalam penguasaan UMNO/BN secara keseluruhannya.

Sudah tergambar apa yang akan dinyatakan oleh mereka; “PAS pinggirkan ulama!” Walaupun kita tahu keanggotaannya akan diganti dengan ulama yang lain. PAS tidak ketandusan ulama’. Dengan pengguguran beliau, 10 nama lain dapat disebut secara spontan untuk menggantinya. PAS tidak seperti UMNO sehingga tiada ustaz dan terpaksa dipinjam dari PAS.

Walau apa sekalipun saya ucapkan tahniah pada Majlis Syura Ulama’ yang dengan keyakinan yang ada pada mereka, sanggup bertindak tegas dan menggugurkan Ustaz Nasha. Majlis Syura pasti mempunyai alasan yang kukuh sehingga sanggup mengambil risiko yang sebegini rupa. Ini juga merupakan bukti bahawa tiada sesiapa yang kebal dalam PAS dan sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan sekiranya dianggap perlu.

Hanya bagi saya secara peribadi, Ustaz Nasha telah banyak berubah berbanding semasa zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau berubah pada mulanya setelah tercapainya kemenangan pada 2008 dan seterusnya selepas Muktamar PAS pada 2011. Mungkin kerana keadaan dan suasana baru menzahirkan sikap yang sebenar. Pada 2008 beliau terlibat dengan usaha menyatukan PAS dan UMNO dan apabila usaha ini gagal, hubungannya dengan pimpinan UMNO terus dikekalkan, malahan menjadi lebih rapat. Sikap ini tidak disenangi ahli dan pada 2011, beliau tewas dalam pertandingan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Dari tiga calon, beliau nombor tiga. Walaupun ditawarkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat, seperti amalan biasa terhadap yang tewas bertanding jawatan tertinggi dalam PAS, beliau menolak.

Saya rasa pada ketika itu beliau mengukuhkan tekad untuk terus mengadakan hubungan dengan UMNO dan pimpinannya. Mungkin kerana tawaran yang diletakkan di kakinya atau mungkin juga atas keyakinan beliau bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO demi perjuangan Islam. Apa apa pun, pendekatan itu tidak selari dengan kehendak dan keputusan parti yang ingin PAS menggantikan UMNO, bukan bersama UMNO.

Saya tidak mahu mengulas panjang berhubung Ustaz Nasha dan sikapnya. Apa yang saya tahu, diketahui juga pimpinan lain dalam PAS. Tetapi apabila beliau membuat keputusan untuk terus bersama PAS, saya terimanya dengan baik. Tidak mustahil beliau boleh naik kembali sebagai pemimpin dalam parti tetapi hanya sekiranya ditunjukkan disiplin jemaah yang tinggi.

Kesediaan beliau untuk terus bersama PAS adalah juga bukti bahawa baginya hanya PAS yang membawa cita-cita Islam dalam perjuangan politiknya. Walaupun UMNO ada, dan bersedia menerimanya dengan tangan terbuka, keputusan beliau untuk terus bersama PAS, walau dalam keadaan sekarang sekalipun, adalah bukti bahawa bagi yang memahami perjuangan Islam, tiada pilihan selain PAS. Dengan sendirinya ianya merupakan tamparan hebat terhadap UMNO.

Ada yang mengatakan Ustaz Nasha mendapat sokongan ahli biasa PAS. Kalau benar, kenapa beliau kalah pada 2011 sedangkan kecenderungan beliau untuk supaya PAS bersama dengan UMNO sudah jelas pada ketika itu. Malahan boleh dikatakan bahawa itulah sebabnya beliau tewas. Namun, bagi yang ingin terus menganggap ahli PAS bersama Nasha, mudah sahaja penyelesaiannya. Biarlah Nasha nyatakan sikap dan pandangan beliau untuk bersama UMNO secara jelas dan terbuka. Kemudian, apabila muktamar PAS diadakan, biarlah yang menyokong beliau mencalonkan dan mengundi beliau. Sememangnya muktamar tahun ini adalah muktamar yang akan mengadakan pemilihan pemimpin.

Sambil menunggu tarikh muktamar beliau perlu bersabar dan mendiamkan diri, jangan jadikan diri sebagai senjata untuk pihak lawan, sekiranya beliau benar-benar ikhlas.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

MANSOR JUNUS said…
Saya kenal Ustaz Nasa ini semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Yan dulu. Oleh kerana beliau bukan orang tempatan, kami banyak menolong beliau dengan mengujudkan program2 untuknya dari masa ke masa sebagai mendekatkan dia dengan masyrakat tempatan. Dengan MB sekarang, (sebelum itu ADUN Sala), beliau memang tidak sebulu. Saya hampir2 nak kena baling kerusi dalam satu majlis di Pejabat Pas Kawasan kerana cuba mempertahankan beliau. Atas alasan beliau adalah SUA Pas Pusat, Beliau jarang2 berada di kawasan. Kamilah balacinya. Satu peristiwa yang ralat ialah pada ketika hampir separuh kawasan Yan dilanda banjir dulu, beliau jarang2 kelihatan. Bila ditanya, katanya sibuk dengan tugas2 parti di KL. SUA Parti katakan. Sejak itu saya dan kawan2 di Yan tidak lagi menghormati beliau. Bila mendengar beliau dipecat, memang wajar.
ms maniam said…
Duri dalam daging....satu keputusan yg amat tepat dari Majlis Syura.Biaq dia bergabung dgn hassan jati dan ibrahim perkosa, baru mantap !!! Ayuh PR, kita persiapkan diri, kukuhkan jentera parti dlm menghadapi PRU 13. Sebelum itu bersihkan parti dari segala parasit,anasir & PENGKHIANAT !!!!
Unknown said…
Hati busuk
Dulu hg belasah Hasan Ali
Lani Nasha
Lepas tu justify mcm diri hg tu suci

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…