Skip to main content

Kos Satu Bilik Darjah Dibina UMNO-BN Bernilai RM1 Juta

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.

Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM.4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.



Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.

Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

“SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.

“Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.

“Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.

“Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid.

Berita ihsan Selangorku
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Azli Jamil said…
Another plus for kerajaan pakatan rakyat.
I's still thinking if it is enough to offset the free PTPTN negative.

Education should be free up till high school. After that, people should take more responsibility for their future.
KS! I know for a fact this: JKR will put a budget for 1 school @ say RM1 million. By the time it is "approved" the cost is 4.5million. The 3.5 goes into the coffers of non contractors!!

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Menjawab Najib Razak

1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan.
2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan.
3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya.
4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.

5. Maksud 'broker' adalah orang seperti Jho Low. Takkan Jib tak tahu? Bukankah Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu Melayu khus…