Friday, January 4, 2013

Ziarah Madinah

Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan oleh Allah utuk berumrah untuk kali ke 2 pada kali ini selepas menziarahi Masjid Nabi di Madinah. Turut berkesempatan berqiamul-lail di Masjidil Haram selepas selesai umrah sambil mendoakan kemenangan perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Semoga akan terserlah keadilan dan kebenaran Islam untuk dipersaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan dikuburkan budaya politik rasuah, fitnah dan perkauman.

Semasa menziarahi Madinah pada hari sebelum itu saya berpeluang untuk solat di dalam kawasan raudah Rasululullah dan menyampaikan salaam kepada Baginda (SAW) bagi pihak diri, keluarga dan sahabat-sahabat yang tertentu. Sambil di hadapan maqam Baginda (SAW) saya mengambil peluang untuk membaharui azam agar terus berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang dipesan baginda Rasulullah (SAW).

Disertakan beberapa keping gambar semasa di Madinah dan gambar saya sedang berihram di hadapan kaabah selepas selesai tawaf sebelum memulakan saai.






WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

1 comment:

PAS SESAT said...

moga ko sedar kesesatan yang sedang ko pikul