Skip to main content

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Hudud dan Perlaksanaannya

Persoalan perlaksanaan Hudud sering dikemukakan sebagai hujjah untuk mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP. Mereka bertanya; “DAP menentang Hudud tetapi PAS boleh berkerjasama dengan DAP! Mengapa tidak dengan UMNO?” persoalan kenapa tidak boleh berkerjasama dengan UMNO telahpun saya jawab dalam sebelum ini dalam tulisan saya yang bertajuk: Bersatu Atas Dasar Apa? Kenapa Tidak Dengan UMNO? Hakikat sebenarnya, UMNO tidak pernah mengemukakan pendiriannya terhadap perlaksanaan Hudud. Apabila dicadangkan oleh seorang pimpinan bawahan UMNO di Johor, CSL terus menggelarkannya sebagai ‘pendek akal’.

Bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan secara ringkas pendirian PAS berhubung Hudud dan bagaimana ianya tidak pernah digugurkan oleh PAS.

Hudud merupakan agenda PAS. Ianya terus diperjuangkan PAS dan di setiap ketika apabila berpeluang PAS menjelaskan kepada semua yang mendengari bahawa PAS berkeyakinan perlaksanaan hudud tidak akan merupakan bencana tetapi sebaliknya rahmat bagi masyarakat Malaysia. Melalui kerajaan Pusat PR, apabila ianya ditegakkan, kita akan berpeluang untuk menjelaskan isu ini dengan lebih berkesan lagi kerana akan mendapat akses kepada media massa dan boleh dianjurkan perbahasan ilmiah yang tidak akan dipolitikkan seperti sekarang.

Maka agenda perlaksanaan sistem perundangan Islam, termasuk hudud tidak pernah digugurkan PAS. PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus berusaha supaya ianya dilaksanakan melalui proses demokrasi.

Sebagai contoh, sekiranya PR memerintah di Pusat dan Kelantan tetap di bawah PAS, maka permohonan untuk perlaksanaannya akan dapat dikemukakan oleh kerajaan Negeri Kelantan kepada kerajaan Pusat. Segala perbahasan berhubung dengan perlaksanaannya atau sebaliknya akan dilakukan secara telus dan terbuka dan boleh diikuti rakyat.

Pada masa yang sama, selain hudud dan sistem perundangan Islam, PAS akan juga berpeluang untuk menzahirkan keperibadian kepimpinan Islam yang bersih, bebas rasuah dan bertaqwa kepada Allah. Ini akan merupakan sumbangan yang begitu bermakna kearah menjelaskan agenda politik Islam itu secara keseluruhannya di negara kita ini.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.