Skip to main content

Maaf Mufti Perak, Boleh Saya Bertanya

Oleh: Hanipa Maidin

Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk “ Jangan terus cabar, hina Islam” (Mingguan Malaysia 27/1/2013).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata “ kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah -olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam.”

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut . Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.

Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.

Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.? Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah.s.a.w... Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Dalam buku “qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin” ( pembacaan politik di dalam seerah kenabian ) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal’aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku “ Muhammad his life based on the earliest sources” oleh Almarhum Dr Martin Lings ( Abu Bakar Siraj al-Din ) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih”. Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah “Bismik Allahumma” ( Dengan namaMu Wahai Allah ). Meskipun para sahabat mahu kalimah “Bismillahi al Rahman al Rahim” digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi ( tasamuh ) Islam dengan membenarkan kalimah “Bismik Allahumma” digunakan oleh orang kafir .

Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir. Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut , kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.

Pernahkan dalam mana mana masa dalam fasa da’wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah? Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyengutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah ..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyengutukan Allah. Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyengutukan Allah? Jika mereka menyengutukan Allah apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak? Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar. Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah “ qul” ( Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah “ qul “jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa. Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah “Bismillahi al Rahman al Rahim” digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis , Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?

Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang

mereka percaya tidak sama dengan kita? Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati . Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!

Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak , mengapa harus kita membuat spekulasi? Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku? Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?

Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi? Jika perkara itu dah berlaku , bukankah Negara ini ada undang undang ? Mengapa perlu nak menumpakan darah?

Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang , sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah ( toleransi ) adalah sifat agama ini?

Ihsan The Malaysianinsider
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

KAPAKTAJAM said…
Sdr Khalid Samad, jangan ikut sedap selera naluri sahaj dan demi survival politik anda, Ingat Umat Melayu dan Islam sudah terbanyak bertoleransi... dan jgn sesekali dalam isu Agama dan Kalimah Allah juga nak berterusan bertoleransi.. Inga, jgn sesekali anda membuat sesuatu yg onar dan demi Allah, jika tuan berniat tidak ikhlas dan bersahaj demi politik tuan... saya mohon Allah bukakan pintu hati saudara utk kembali bertaubat atau pun semoga Allah balas dgn balasan yg amat pedih.... www.kapaktajam.blogspot.com
Can any Naive-Pseudo-Liberal Malay, tell me what on earth the Tokong intends to do with the kalimah?

..takkan dia nk berdzikir dgn nya pagi dan petang...???

Tp yg org nk dengar ialah..Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tak liwat sifulan bin sifulan... tk sampai seminit selesai.

Apa yg menegah?

Mungkin ada seberat zarah dari iman masih terlekat dihati ingatkan kemurkaan Allah swt dgn bersumpah bohong..???
Grand Marquis said…
Adalah menjadi satu bentuk kejahilan menjadikan perjanjian hudaibiah sebagai bandingkan kepada situasi di Malaysia. Adakah kondisi umat Islam sewaktu perjanjian hudaibiah itu sama seperti kondisi umat Islam di Malaysia sekarang?

Pertama, sewaktu perjanjian hudaibiah, umat Islam dalam situasi berperang dengan orang Kafir yang mana umat Islam tidak ada kekuasaan keatas mereka. Di Malaysia, adakah kita umat Islam sedang berperang dan tiada kekuasaan keatas mereka?

Sebagai contoh, adakah kita umat Islam pergi menhalang orang Kristian di Indonesia dari menggunakan kalimah Allah sedangkan kita tidak ada kekuasaan keatas mereka?

Kedua, orang kafir Quraish sememangnya mengenali Allah kerana asal agama di tanah Arab ialah agama nabi Ibrahim a.s. yang menyembah Allah. Ini bagi menjawab persoalan YB suatu ketika dulu kenapa ada orang nama Abdullah dan perkataan Baitullah. Menjadi kelaziman orang Quraish mengenali Allah sebagai tuhan mereka. Cuma mereka telah mensyrikkan Allah setelah mereka terpesong dari ajaran asal Nabi Ibrahim a.s. Oleh itu, bila Allah disebut, orang Quraish akan faham ia adalah dari Allah tuhan yang sebenar yang menciptakan mereka sebagaimana yang disebut dalam Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Orang Quraish walaupun menyembah berhala, tapi tak pernah kita dengan mereka menyebut masya Al-Latt atau Insha Al Latt. Tapi mereka tetap ucap Insha Allah, masya Allah sebab mereka tetapi berkeyakinan itulah tuhan sebenarnya.

bersambung...
Grand Marquis said…
sambungan...

Ketiga, orang Islam yang berkeyakinan bahawa orang Kafir boleh menggunakan nama Allah dalam bentuk yang kesyirikan telah melakukan satu kesalahan yang besar. Ia seolah-olah menunjukkan kita bersetuju bahawa Allah adalah sebagaimana yang mereka gambarkan, iaitu 3 in one, mempunyai anak dan diperanakan. Para ulama Islam melarang orang Islam mengucapkan Merry Christmas pada orang Kristian kerana menurut kepercayaan orang Kristian, hari Krismas ialah hari yang mana anak tuhan dilahirkan. Bila kita tak pasal-pasal pergi ucapkan merry Christmas pada mereka, seolah-olah kita bersetuju bahawa pada tanggal 25 Dec, anak tuhan dilahirkan. Ini berbeza dalam ucapan seperti selamat tahun baru kerana ia tidak membawa implikasi akidah yang serius. Namun begitu, tidak pernah kita mendengar mana-mana ulama Islam yang menyuruh kita umat Islam menghalang orang kristian menyambut Krismas. Bagi kamu agama kamu.

Point saya disini ialah persoalan saya, kenapa si penulis, termasuk juga YB yang empunya blog ini beria-ia nak pi sokong orang Kristian guna nama Allah dalam bible Melayu, sedangkan ramai orang Kristian tak kisah, malah ramai yang sebenarnya tak rela. Ini orang kata lebih sudu dari kuah. Ini macam orang yang beria-ia nak pi ucap merry krismas kat orang Kristian, walaupun mungkin orang kristian tu tak kisah pun kalau kita tak ucap. Lebih malang ialah bila kita beriktikad bahawa sambutan Krismas bagi orang Kristian adalah betul. Samalah bila kita beriktikad bahawa orang kafir (Kristian) boleh menggunakan nama Allah dalam bentuk yang disyirikkan. Ini seolah-olah kita mengiakan dakwaan mereka bahawa Allah itu beranak dan diperanakkan.

Kalau benarpun mereka nak gunakan perkataan Allah bagi merujuk pada tuhan mereka, jangan sampai kita beriktikad bahawa tindakan mereka itu betul. Tapi apabila kita ni beria-ia sangat nak jadi pejuang kepada orang Kristian menggunakan nama Allah dalam bentuk yang disyirikkan, apakah bentuk iktikad kita? Ini umpama seseorang kata anak tuhan dilahirkan pada 25 December dan kita pula beria-ia pi kata mereka ini boleh mendakwa anak tuhan dilahirkan pada 25 December. Bukankah secara tidak langsung kita meniakan dakwaan mereka?

Kesimpulannya ialah jangan kita sebagai umat Islam melebih sudu dari kuah. Kalaupun kita tak kisah mereka nak gunakan nama Allah (selama ni pun dah guna kat Sabah Sarawak), janganlah kita ni sibuk nak mewakili mereka dalam memperjuangkan isu ini.

Wallahualam.
Unknown said…
Say that to your majlis syura la

Ur head just full wt hatred

Thats y u can't see anything else rather than "umno saloh belako"


Grand Marquis said…
Sambungan lagi. Orang Arab jahiliah menggunakan Allah bagi merujuk pada tuhan mereka, tapi pernahkah kita dengan mereka ni ada membina patung dan kemudian dinamakan Allah?

Tidak, sebab orang Arab jahiliah tahu bahawa segala patung yang mereka bina itu bukan Allah dan kita tak pernah dengar mereka ni ada cita-cita nak namakannya dengan nama Allah.

Orang arab jahiliah memang mensyrikkan Allah, tapi mereka tidak pernah mahu menggunakan nama Allah kepada sembahan mereka. Bezanya ialah orang kristian hari ini mahu menamakan tuhan mereka yang bersifat syrik itu sebagai Allah. Fahamilah perbezaan ini secara jelas.

Oleh itu, cubaan membandingkan penggunaan nama Allah oleh orang Jahiliah dengan orang Kristian hari ini adalah satu perbandingan yang bathil.

ibnu abbas said…
Jahilnya saudara Khlaid Samad.jauh kejahilan enta..
kimasapi said…
salam,
Qte
"Kedua, orang kafir Quraish sememangnya mengenali Allah kerana asal agama di tanah Arab ialah agama nabi Ibrahim a.s. yang menyembah Allah. Ini bagi menjawab persoalan YB suatu ketika dulu kenapa ada orang nama Abdullah dan perkataan Baitullah. Menjadi kelaziman orang Quraish mengenali Allah sebagai tuhan mereka."
Unqte.

Allah adalah nama Kusus/definate noun bagi orang2 Arab jahiliyah untok tuhan. Adalah salah sama sekali bila dikatakan bahawa orang Arab jahiliyah mengenali nama tuhan sebagai Allah kerana ianya berasal dari agama Nabi Ibrahim.

Perkataan "ALLAH" adalah perkataan didalam bahasa Arab. Nabi Ibrahim bukan berbangsa Arab dan sudah pasti dia tidak memanggil tuhan, "ALLAH", dalam bahasanya.

Nabi2 dari kaum Bani Israil memanggil tuhan mereka "Yahweh" dalam bahasa Hebrew. Dan Nabi Isa memanggil tuhan sebagai "Eli" dalam bahasa Aramiac.

salam.
mikat.
kimasapi said…
salam,

Qte
"orang kafir Quraish sememangnya mengenali Allah kerana asal agama di tanah Arab ialah agama nabi Ibrahim
a.s. yang menyembah Allah."
Unqte

Perkataan "Allah" adalah kata khusus/noun bagi orang2 Arab jahiliyah untok tuhan.

Adalah salah bila dikatakan perkataan "Allah" telah ujud disemenanjung Arab dari zaman Nabi Ibrahim,ini adalah kerana Nabi Ibrahim bukanlah berbangsa Arab jadi ada mustahil Nabi Ibrahim
memanggil Tuhannya dengan panggilan "Allah".

Nabi2 dari keturunan Bani Israil memanggil tuhan dengan panggilan "Yahweh" dalam bahasa Hebrew.
Dan Nabi Isa memanggil tuhannya "Eli" mengikut bahasa Aramiac.
Disini kita bolih lihat bahawa panggilan bagi tuhan adalah mengikut didalam bahasa Nabi2 yang diutuskan.

Sebagai contoh nama2 nabi dan rasul didalam Quran semuanya disebut dalam bahasa Arab. Ini adalah kerana
Quran itu utuskan melalui rasul berbangsa Arab. Contoh "Isa" adalah perkataan bahasa Arab, kaumnya memanggil dia
"Yeshua."(dalam bahasa Aramaic)

"Allah" bukanlah "NAMA" tuhan bagi
orang2 Islam. Hanya orang melayu saja yang mengambil "Allah" sebagai nama tuhan.

mikat.
nasrul987 said…
to kimasapi hang x baca Al quran ka yg hang kata islam x panggil nama Allah cuba hang baca ayatul kursi selain tu ada lagi surah2 yg guna perkataan Allah....
hang jgn nak kelirukan org islam melayu
DIDALAM AL-QURAN BANYAK MENYEBUT ALLAH DAN BANYAK ASMA2 SERTA SIFAT ALLAH JADI JGN NAK SANGKAL ATAU BERDOLAK-DALIH

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-