Skip to main content

Amanat Haji Hadi

UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal ‘Amanat Hj. Hadi’ yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!

Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!

Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk mengangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, ‘berani kerana benar’? Ini jelas takut kerana pembohong!

Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
Kisah ini bukan dibongkar oleh UMNO tetapi bekas ahli PAS,sudahlah Khalid kami orang-orang Shah Alam tunggu masa saja nak tolak engkau
Unknown said…
Menarik untuk pengikut PAS http://kedahan69ers.com/mengapa-resah-sangat-dengan-kafirkah-aku/#comment-42559

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-