Skip to main content

Bacaan Al-Quran sepanjang RamaDhan: Juz 4

Di dalam surah Al-Imran ayat 103, Allah SWT berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah belah……”
(Al-Imran 103)

Sering kita dihidangkan dengan desakan supaya ummat Islam bersatu. Dan pada masa yang sama PAS dituduh sebagai parti yang membawa pecah belah sedangkan Alla sudah perintah, seperti di hujung petikan di atas, “dan jangan kamu berpecah belah”. Tetapi yang peliknya, bahagian awal itu langsung tidak diendahkan sedangkan ianya menjelaskan dasar untuk bersatu bagi ummat Islam! Iaitu persoalan berpegang pada tali Allah, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Kalau dilihat dari sudut yang lebih tepat, maka jelas bahawa sesiapa yang melepaskan tali Allah, dialah yang merupakan punca perpecahan. Dalam keadaan orang lain ingin berpegang kepada tali Allah, dia melepaskannya dan mengajak untuk berpegang kepada yang lain. Maka berpecahlah ummat Islam!

Sebagai contoh persoalan ‘Melayu’. Melayu ini adalah satu perkataan yang pasti tidak disebut di dalam Al-Quran. Namun kesepakatan Melayu diletakkan sebagai pra-syarat untuk Islam berdaulat. Saya tidak tahu dari mana kaedah itu diceduk tetapi sudah pasti ianya bukan dari Al-Quran. Islam berdaulat apabila ummat Islam sepakat berpegang kepada tali Allah, bukan sebaliknya.

“Kalau kamu mendapat luka, sesungguhnya mereka juga mendapat luka seperti kamu. Dan hari-hari kemenangan itu Kami gilirkan di antara manusia supaya jelas bagi Allah orang-orang yang beriman dan dijadikan sebahagian dari kamu mati syahid…..”
(Al-Imran 140)

Inilah di antara ayat penyejuk hati apabila disedari bukan kita sahaja yang luka atau sakit tetapi juga pihak yang melawan kita. Turut dijelaskan pula bahawa hari-hari kemenangan digilirkan di kalangan manusia. Selepas 55 tahun, adakah kali ini giliran kita pula. Namun yang lebih penting, menang atau kalah, ianya ujian supaya Allah zahirkan siapa yang benar-benar beriman. Ada yang lulus ujian kekalahan tetapi tersungkur pula bila diuji dengan kemenangan, naudzubillah himin dzalik.

“Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk dan sambil berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi dan mereka berkata “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau mennjadikan ini semua dengan sia-sia, Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksaan api neraka.”
(Al-Imran 191)

Sesungguhnya alam semesta adalah tanda wujudnya Pencipta iaitu Allah dan penciptaanNya bukan sia-sia. Ada matlamat dan tujuannya dan tujuan serta matlamat ini dijelaskan di dalam Al-Quran dan melalui Rasulullah (SAW). Manusia yang beriman dan beramal soleh akan mendapat nikmat syurga dan yang kufur dan zalim akan dicampakkan ke dalam neraka. Maka hendaklah kita sentiasa mengambil iktibar dari kejadian Allah serta menginsafi keagunganNya dan RahmatNya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.