Skip to main content

RamaDhan Kariim

RamaDhan Kariim. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sepanjang bulan RamaDhan yang mulia ini dan dikurniakan ketaqwaan kepada semua yang menghayatinya. Bersama kita tumpu kepada usaha membina ketaqwaan berdasarkan ilmu dan amalan. Perbanyakkan ibadah dan sedekah dan pada masa yang sama dampingi Al-Quran, iaitu kitab yang merupakan kata-kata Allah (kalammullah). Biarlah kita membaca Al-Quran dengan kefahaman semoga ianya dijadikan panduan hidup kita bersama. Semoga kita juga memperolehi pengampunan dari Allah di atas segala kesalahan dan kelemahan kita dan digolongan bersama mereka yang mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

1 Ramadhan 1433
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Hj. Azli Yusof

Di antara tugas pemimpin adalah untuk mewujudkan pelapis yang berkemampuan, berakhlak dan beramanah. Di kalangan pelapis di Shah Alam adalah Hj. Azli Yusof, beliau merupakan seorang profesional muda yang telah terlibat pada awalnya dengan PAS sejak di kampus semasa masih menuntut di US dan kemudiannya bergiat di peringkat Pemuda sekembali ke tanah air. Telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam pada 2013 bagi menggantikan saya setelah saya memilih untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun itu.
Beliau kemudiannya meninggalkan PAS setelah melihat pasti tersebut terpesong dari jalan asalnya dan bersama AMANAH sejak penubuhannya. Seorang yang dinamik dan berkemampuan serta berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan juga politik.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD