Skip to main content

Pendakwaan JAIS

Pada 26 April saya telah ke Mahkamah Syariah Klang untuk pendengaran tuduhan terhadap diri saya dari pihak JAIS bahawa saya ‘mengajar’ Islam tanpa Tauliah di sebuah Surau di Sementa pada bulan Ogos tahun lepas, iaitu pada bulan Puasa. Begitulah keadaan yang menimpa ummat Islam, dilarang bercakap mengenai Islam di Negara sendiri!

Kalau dituduh ‘mengajar’ sesuatu yang tidak betul dan bercanggah dengan ajaran Islam dan oleh itu dikenakan tindakan maka bolehlah diterima akal juga. Ini tidak. Tiada pertuduhan ‘mengajar sesuatu yang salah’, hanya ‘mengajar Islam’. Sepintas lalu dilihat seolah-olah Islam itu sesuatu yang perlu dikawal dan tidak boleh ‘diajar’ kepada masyarakat kecuali oleh orang tertentu sahaja. Walaupun apa yang disampaikan adalah tepat dan benar!

Pada masa yang sama, kononnya pihak berkuasa ambil berat berhubung gejala murtad dan masalah sosial. Tidakkah wujudnya pelbagai masalah ini menjadi bukti akan perlunya lebih ramai yang berusaha meningkatkan perasaan cinta ummat Islam terhadap agamanya sendiri? Tidakkah untuk menghasilkan cinta ini maka perlunya lebih banyak penjelasan, lebih banyak cara pendekatan dan lebih ramai bercakap mengenai Islam? Sebaliknya ingin pula dikunci serapat yang mungkin, sehingga ingin bercakap mengenai Islam dan saling ingat-mengingati sesama ummat Islam dijadikan kesalahan.

Oh saya lupa, saya seorang ahli politik! Dan mengikut kefahaman UMNO/BN yang telah sekian lama memerangkap minda ummat Islam dalam kerangka pemikiran sekularisma mereka, orang politik tidak dibenarkan bercakap mengenai Islam. Islam tidak boleh digunakan dalam politik maka bila orang politik bercakap mengenai Islam, ianya sesuatu yang perlu dihalang.

Sampai bila kita akan terus dibelenggu pemikiran penjajah?

Hakikatnya saya tidak ‘mengajar’ Islam, saya hanya bercakap kepada jemaah muslimin selepas solat Taraawih. Dan saya bercakap sebagai seorang Muslim. Sebagai seseorang Muslim, percakapan saya mesti merupakan tazkirah yang mengingatkan pertanggung-jawaban kita semua di hadapan Allah pada hari pembalasan. Ianya tidak boleh merupakan percakapan yang sia-sia. Ianya mesti bertujuan meletakkan orang-orang beriman di atas landasan perjuangan yang tepat di mana Islam diperlihatkan keadilan dan kehebatannya kerana ianya agama Allah. Sekiranya bercakap sesama Islam untuk memperjuangkan kebenaran Islam dianggap mengajar, maka mansuhkan sahaja Surah ‘Al-Asr’ di dalam Al-Quran dan mansuhkan sekali hadith-hadith Ar-Rasul (SAW) seperti “balighu anni walau ayah” iaitu sampaikan dariku walaupun satu ayat.

Ada juga yang menyatakan bahawa saya didakwa kerana saya berucap di dalam Surau, kalau di luar, di tepi jalan maka tidak mengapa. Hujjah ini lagi tidak masuk akal! Adakah ini bermakna saya boleh bercakap mengenai Islam di semua tempat kecuali di rumah Allah! Hairan bin Ajaib! Bukankah itu tempat sebaik-baiknya untuk bercakap mengenai Islam?

Namun, walau apa sekalipun, bersama kita tunggu dan lihat sahaja samada golongan ini akan terus berusaha untuk ‘memenjarakan’ Islam atau suasana sudah semakin berubah sehingga mereka sedar bahawa ianya tidak boleh dihalang dari memasuki setiap perbincangan di kalangan ummat Islam. Zaman kebangkitan Islam sudah tiba dan adalah lebih wajar bagi JAIS bersamanya dan bukan dilihat sebagai menghalangnya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Akhir zaman akan keluar banyaknya as-saghir, iaitu orang-orang yang jahil yang bercakap tentang urusan orang ramai. Ini termasuklah orang-orang yang tiada kelayakan agama, tapi bercakap tentang agama.

Tujuan larangan adalah untuk mengelakkan orang-orang yang tidak berkelayakan cakap tentang agama pada orang ramai. Persoalannya ialah apakah standard orang itu layak atau tidak? Apakah Khalid nak Ayah pin pun masuk masjid diselangor dan cakap pasal Islam?

Jadi disini, anda membuka ruang kepada fitnah. Sepatutnya anda perlu akur yang diri anda ini seorang politikus yang tiada kelayakan dalam agama. Sekali pun anda mungkin ada idea-idea yang bernas dan hujah-hujah Islam yang betul, tetapi demi kemaslahatan ummah anda sepatutnya mengelakkan dari menggunakan platform masjid untuk menyampaikan idea anda. Ini kerana tindakan anda akan membuka ruang fitnah. Kelak, setiap orang pun mahu menjadikan mimbar masjid untuk menyampaikan ideologi serta kefahaman Islamnya dan mereka menjadi diri anda sebagai alasan bahawa kalau orang yang tiada kelayakan Islam seperti anda boleh bercakap tentang Islam di mimbar masjid, maka apakah mereka ini tidak boleh? Jadi dimana kesudahannya?

Bukannya kita nak halang anda dari menyampaikan idea anda, tapi masih banyak lagi platform selain dari platform masjid. Anda ni politikus pas yang mana modal politik anda ini adalah ceramah. Jadi gunakanlah segalam pentas ceramah politik untuk sampaikan idea anda. Tapi tinggalkanlah masjid untuk ahlinya supaya anda tidak menjadi satu fitnah kepada umat Islam di Selangor.
kadiak said…
Ini la tak paham undang undang meh sy terangkan kenapa undang dikuat kuasakan undang2 ini bertujuan bukan utk politik tetapi untuk mmasti pihak bertanggungjawap iaitu jais untuk mengawal para pnceramah bebas berceramah tanpa tauliah kerana takut dikuatiri penceramah yg sesat seperti ayah pin and the gang, mane la tau para paderi pun boleh ceramah sebab dia menyamar, kan lebih baik ikut undang2 pegi jer mohon tauliah bukan pun susah pun jgn lah langgar lampu trafik light cth lampu trafik light la kalau tak de lampu trafik light pun boleh tetapi kalau dah bayak kereta nanti boleh jd jam dan ade org pentingkan diri sendiri jadi cth ayah pin dia dudk tgh jalan, jd la jam sama la jugak dgn undang undang tauliah ceramah surau perlu ade kalau yb tanak jugak dipersilakan dpt putrajaya tukar perlembagaan tersebut harap ramai la penceramah bebas jgn penceramah lgbt sudah la hehe adios amigos.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.