Skip to main content

Video: Siapa Taja Hasan Ali

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar.

Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Di antara yang berkemungkinan ialah Puncak Niaga dan Syabas kerana kadar tarif air akan naik sebanyak 71 peratus sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor.

"37 peratus untuk tahun 2009 dan 25 peratus untuk tahun 2012. Jika didarabkan 1.37 dengan 1.25 maka jawapannya ialah pendapatan Syabas dan Puncak Niaga naik sebanyak 71 peratus," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Selain itu, Khalid juga memberitahu sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan Selangor, Syabas berkemungkinan memperoleh kelebihan untuk menjalankan rundingan luar mahkamah berhubung kes saman RM 1 billion terhadap Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri sekarang disaman kerana tidak benarkan kenaikan harga air pada 2009 dan 2012, maka Syabas bertindak saman Kerajaan Pakatan sebanyak RM 1 billion.

"Kalau Kerajaan BN naik, mereka pasti akan lakukan 'out of court settlement' dan duit sebanyak itu akan diserahkan pada Syabas dalam apa bentuk sekalipun yang dipersetujui bersama," tambah Khalid lagi.

Selain Puncak Niaga dan Syabas, Khalid turut memberitahu kemungkinan ada kontraktor-kontraktor berkepentingan lain yang membiayai Dr. Hasan Ali.

"Di bawah Pakatan Rakyat, mereka tidak berpeluang merasai keuntungan seperti dahulu kerana semua peluang adalah 'open tender' dan tiada lagi 'direct negotiation' serta tiada lagi projek diberi sebagai 'political payback'.

"Oleh kerana itu ada kemungkinan kontraktor-kontraktor yang lain ini membiayai Dr. Hasan Ali," jelas Khalid dalam satu sidang medianya di pejabatnya di Seksyen 13 disini pagi tadi.

Bagaimanapun, Khalid menjelaskan sekiranya perkara ini tidak benar, pihak-pihak yang berkaitan dapat memberi penafian berhubung 'cakap-cakap kedai kopi' ini dan Dr.Hasan Ali dapat memberi penjelasan berkenaan sumber yang diperolehinya.

"Kita mahu beri peluang kepada Puncak Niaga, Syabas, Dr. Hasan Ali untuk menjawab segala andaian ini. Mungkin juga Hasan Ali sudah menggadaikan harta mahupun keretanya demi perjuangan politiknya.

"Tetapi jika tidak, yang kita mahu tahu ialah dari mana sumber kewangan yang beliau perolehi ini," ulas Khalid.




Video ihsan TV Selangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

kadiak said…
Yb mcm cemburu jer? Udah udah la yb toksah tanye bukan isu masalah akidah pun, spekulasi tu pun boleh jd unsur fitnah? Yb kena iklas kan diri dgn jati diri yb sendiri, teruskan perjuangan pas utk martabatkan islam.
kekura said…
assalamualaikum,
yb tulis dah tak mahu menulis tentang hassan ali. tp sebaliknya yg yb buat.

luculah korang berdua ni. yg disana kata di sini ada konspirasi. yg di sini pun tuduh di sana ada konspirasi.

bila semak2, masing2 tak ikut cara islam dlm menyelesaikan masalah ini. kalau masing2 benar nak menyelesaikan masalah, masing2 wajib berjumpa. tp masing2 melayan amarah masing2. syaitan kata job well done, org kafir kata terima kasih. generasi facebook @ IT?

pendek kata, masing2 tak senonoh.

tolonglah habiskan masa dengan bertalaqqi ilmu selama beberapa tahun sebelum nak memimpin jemaah islam. walau dah tua, masih belum terlambat lagi. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. jgnlah belajar dr buku sahaja.

perbaiki akhlak. tak guna lah kita cakap cintakan rasulullah, tp kita tak berakhlak seumpama rasulullah.

jauhi sifat munafik. sebelum kita perhati orang samada dia ada sifat munafik atau tidak, perhatikan diri sendiri dulu. itu namanya muhasabah.

buanglah rasa ujub daripada diri. jgn rasa hasan ali lebih rendah martabat iman dari yb. taraf iman tu hanya ALLAH yg tahu.

yb kena muhasabah diri dengan komen hasan ali tu, dan hasan ali pun sama. jgnlah asyik tercari2 kesalahan dan jgn asyik nak ckp pasal niat orang lain. hati selain dari kita ni hanya ALLAH saja yg tahu isikandungnya. jd jgnlah ckp mengenai perkara niat orang ini. jagalah akidah.
faiz besut said…
yaaa.. setuju, sebelum ni kata ini adalah kali terkakhir (insyaAllah) nak kaitan dengan nama Hassan Ali dalam artikel tuan,... tp ni sudah pecah rekod kali terakhir tuuuu
faiz besut said…
ini sudah pecah rekod kali terkakhir nk masukkan nama hassan ali dalam artikel ni..
alladin12 said…
setuju ngn pndpt kekura.muhasabahlah diri yb.buang la ego jauh2.hidup di dunia terlalu singkat untuk di sia2 kan.tak selamanya kita berkuasa kat atas dunia ni.
cHiP.. said…
i put all comments above as LIKE SO MUCH..
mj said…
http://www.anwaraidc.com/?p=22792

betul ker gambar ni.
khalid ni ingat nya pandai tapi meleset. tindakan nya banyak tak waras, terlampau nak jaga kedudukan mungkin dah lupa bezakan dengan jelas halal dan haram. khalid is in between

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.