Skip to main content

Pengumuman: Soalan Parlimen Penggal Kelima

Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas akan bermula pada 12 Mac hingga 12 April 2012. Sehubungan dengan itu, saya mengalukan sebarang cadangan dan soalan yang ingin dikemukakan untuk sesi kali ini sebelum 15 Februari 2012. Sila hantarkan soalan atau cadangan tersebut melalui alamat email yang tertera di blog ini. Sekian, terima kasih di atas sokongan anda semua.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-