Skip to main content

Hassan Ali dan Saya

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN
Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).


Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
Cantik sekali ulasan ni. Wajar dibaca oleh semua. DHA sudah melampau!
mantaro said…
Hasan Ali datang bukit gantang,tuduh pula DS Nizar parasit.
aljo said…
Assalamualaikum...

Tuan, jika tuan tidak menjelaskannya dalam tulisan ini pun kami dah boleh baca apa agenda hasal ali. Apa yang tuan ceritakan boleh dikatakan 95% sama dengan apa yang akal kami fikirkan.

Ianya terlalu mudah untuk difikirkan oleh rakyat yang bertamadun. Hanya melayu hutan sahaja yang mungkin tidak boleh melihat kebenaran atau terlalu bodoh dimana kebodohan mereka berada di bawah paras piawaian manusia yang bertamadun.

Telatah hasan ali kami anggap hanya sebagai hiburan untuk menghilangkan stress berkerja umpama sedang menonton maharaja lawak mega.
penongkah said…
mcm mane lah pemimpin2 agama boleh bergeseran- benar lah kata sifu- kerana kuasa, prinsip dan etika boleh tergadai begitu saja.... huhu- kami org muda sgt sedih... ap2 pun dihati tetap tegap kukuh dgn pimpinan pas- takbirrr!!
robertocarlos said…
Sebagai ahli PAS, sy melihat Hassan Ali selalu bertindak mengikut fikiran dia sahaja tanpa mengambilkira sensitiviti agama dan bangsa lain. Ini bukan kehendak can cara yang Islam anjurkan. bagaimana kita nak dakwah kalau dengan cara memaksa. Bukan bermakna kita tunduk kepada bukan Islam, tapi islam itu sebenarnya mudah dan akan menjadi lebih mudah jika umatnya bijaksana.
Cikgu Kamal said…
Assalam wr.wb; BRAVO Pak Khalid.
Terima kasih YB kerana penejelasan ini. ia banyak membantu orang seperti saya untuk mengetahui perkara sebenar di sebalik semua ini.

Sungguh tak disangka begitu hina dan keji Hassan Ali. menyesal kerana selama ni saya terlalu mengagumi dia.
theprofessor said…
Gua tak caya lu. Pas memang sesat betul sekarang. Kumpulan khawarij perosak bangsa dan agama.
seman said…
Tuan theprofessor; khawarij? erdogan? parasit? Sila baca bahagian ini betul2:

"Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’."

Takkan prof takleh berhujjah kot??
Unknown said…
Sabor aje ler chor YB Khalid Samad! Tetap tekad. Ikhlaskan hati. Teruskan kerja.

Demi Islam, Melayu & Raja tercinta... ops! Tu tagline si anu si Hasan JATI tu...hehe..tak boleh blah.

YB, just hang in there! He's just a goon, anyway !
theprofessor said…
Orang Pas bangang sangat kerana cannot see the big picture. Cina kafir dari dulu berusaha menguasai Tanah Melayu. Sekarang, dengan bantuan PKR dan Pas, hasrat mereka boleh tercapai. Kalau Pas betul-betul beriman, kenapa pilih chauvinist dan racist DAP jadi rakan. Kenapa bermusuhan sesama Islam walau tiap hari solat tungging terbalik?
theprofessor said…
Biasanya susah nak sampaikan message bila berhujah dengan orang bangang. Pas jadi kuda tunggangan Cina kafir dan peliwat. Hairan betul saya bagaimana orang Pas boleh berkawan dengan puak munafiq dan puak peliwat?
Salam YB,
Ramai ahli tegar PAS mula membaca sikap Dr. Hassan Ali semasa dia memenangi DUN Sg. Burung lagi. Justeru, mereka tidak terkejut dengan apa yang berlaku.
theprofessor said…
Bacalah Al-Quran dan hayati betul-betul ajaran dan perintah Allah. Sesungguhnya sesama Islam itu bersaudara. Jika sesama Islam bermusuhan, di mana akidah dan iman kita? Apa guna membaca Al-Fatihah setiap kali solat? Tidak fahamkah makna 'tunjukkan aku jalan yang lurus'?
theprofessor said…
Saya amat hiba dengan pergeseran di kalangan umat Islam di Malaysia sekarang. Kerana kita berpecah, Cina kafir dan India kafir akan berkuasa. Apabila mereka berkuasa, Melayu/Islam akan diperhambakan. Masa itu, menangis air mata darah sekalipun sudah terlambat. Kenapa pemimpin dan pengikut Pas, terutamanya, tidak boleh nampak scenario itu? Ingatlah nasib anak cucu kita kemudian hari.
Muhammad Fahmi said…
Kesilapan besar Hasan Ali ialah dia tidak pandai hormat org lain. Kalau pimpinan pun tak dihormati ahli-ahli PAS yg dibawah pun lagilah.

Saya masih teringat ketika ceramah beliau di Serdang, Kedah bertahun yg lalu. Selepas ceramah saya seperti biasa pergi untuk bersalam dengan penceramah. Ketika bersalam, ada ketikanya Hasan langsung dia tidak melihat muka ahli-ahli yg bersalam dengannya. Sejak dari itu saya mula menanam perasaan benci kepada Hasan.

Menyesal hingga ke hari ini sebab sepatutnya malam tu saya tampar saja muka Hasan.

Saya rasa ramai lagi ahli yg senasib dengan saya. Oleh itu apabila Hasan dipecat saya perhatikan hampir semua ahli bukan saja tidak membantah malah gembira pula dgn keputusan pemecatan itu. Itulah akhir kisah hina seorang pemimpin yg sombong.

Buat pimpinan PAS, ambillah iktibar dari kes Hasan. Anda semua berada di atas kerana kami yg di bawah menyokong anda.

Sekian, terima kasih.
Oniemeth said…
Alhamdulilah..info yg amat detail n amat di nanti2kan buat diri sy mungkin jua pendokong2 pas di akar umbi sana n lebih2 lg golongan pengundi atas pagar yg sblum ini bgtu resah penuh dgn persoalan atas isu pemecatan si asan akidah ini..maka dgn itu terlerailah sudah persoalan n terimaksh buat saudara khalid samad atas pemahaman pd isu ini yg amat diyakini akan ketelusan penyampaiannya n seharusnya bg sy,seluruh rakyat m'sia dikira 'wajib' membaca bg mengetahui akan duduk perkara yg sbnrnya..iye lah,kan..manakan tdk,kalau isu yg melibatkan tokoh yg dikenali n agak brpengaruh jgk didlm parti mcm si asan akidah ni maka penjelasan sbnr amat dinantikan bg merungkai persolan yg kalau tdk ditangani n di beri penjelasan sebaik mungkin,ini jgk adakalanya boleh memberi kesan kpd parti khasnya n pakatan amnya..
theprofessor said…
Orang Pas tak faham betul-betul hati perut Cina kafir (malah Cina Islam macam Nizar pun tidak boleh dipercaya). Cina kafir, sebelum dapatkuasa atau dapat duit, memang manis mulut dan baik hati. Tetapi bila dah dapat kuasa dan duit, Melayu/Islam akan dikerjakan habis-habis. Masa tu nanti, Melayu/Islam akan susah nak beribadat, nak berniaga, nak dapatkan kerja.
theprofessor said…
Sedih betul saya apabila orang Pas jadi alat Cina kafir. Kalau betul-betul beriman, kenapa tidak sokong MB Kedah, Ustaz Azizan apabila dia mahu hentikan hiburan dan maksiat pada Ramadan dulu. Kenapa tunduk kepada ugutan Anwar peliwat, Karpal dungu dan Guan Eng chauvinist itu?
Kenapa solat tungging terbalik, tapi takut kepada si kafir? Mana iman? Bukankah rezeki semua dari Allah.
ag said…
well done yb, satu penjelasan yg cukup bagus
hem said…
YB, u hv my strong support fr Pg
Oniemeth said…
ish! ish.! masyaAllah...bgtu buruknya tingkah lakunya si asan akidah ni..ssngguhnya dia la PARASIT yg sbnr2nya. Allah maha mengetahui n sbaik2 perancang dgn izinNya jgk Dia Allah x akan sskali membenarkan parasit or perosak umat dr terus bernaung di bwh parti Islam pas ini.
Juraimi Zainal said…
tahniah tuan... we in shah alam will always support u... pendekatan tuan penuh hikmah lebih memikat wpun cuba diputar belit oleh pihak2 tertentu...
lelucon said…
"Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai." - jd saudaralah parasit yg menggagalkan perpaduan itu. Benarlah pendedahan Hassan Ali. Tp siapa 'kami' itu? hmmm...

"Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil."
Prasangka yg digunakan sbg hujah untk menimbulkan kebencian, tanpa bukti, adakah sifat orang beriman?

Terima kasih YB. Saya akan sokong UMNO. Sbb dah terbukti wakil yg mampu memperjuangkan Melayu dan Islam dan tak wujud dlm PAS.
Md Tanjong said…
selamat berambus sorang pengkhianat....
"siapa banyak bercakap..banyak salah..bila banyak salah akan banyak dosa..bila banyak dosa..hilang malunya...yg sudah hilang malunya...mati hati nya"... dari asar para sahabat...

terima kasih YB Khalid...siri pencerahan seterusnya hendak lah diteruskan.......
abuyusuf said…
Yb khalid jgn buat fitnah.mlm dihotel flaminggo ampang,pertemuan hasan ali dan khir toyo atas persetujuan Presiden pas.sya diantara org yg trlibat membawa hasan Ali.sya tau certa yg sbnar.
jelah said…
ade yg mengatakan...ade pihak2 luar yg menggunkan platform pas untuk menawan pentadbiran..
alfayyad said…
yb kena istiqfar byk2..road show HA x pernah mnuduh mgkhianati yb..beliau bnyk mnekankan aqidah masa kini yg bole tpesong dsbkan tindakan yg tidak tegas thadap kmungkaran n murtad,stiap kali ketegasan hndak dilakukan bnyk halangan2 yg diterima tmasuklah drp yb sndiri..ini ada kebenarannya sila yb rujuk smula komentar dpd yb smasa isu2 yg bkenaan hangat diperkatakan..smuanya mjurus kpd ksilapan yg HA lakukan..dpd komentar ini pun sy dpti yb salah seorg playmaker thdp isu2 yg bkaitan sblm ni..cuma HA mnegaskan dia x phm knapa yb tlalu bnyk mpsoalkan tindakan2 yg bliau hndak lakukan padahal ianya mmbabitkan soal aqidah...bagi kami x salah org sprt HA bcita2 mjadi MB krn beliau berkali ganda lebih baik dpd khir toyo..n mgkin lebih baik jg dpd MB yg sedia ada skrg..wssalam
abufender said…
Terlebih dulu...selamat mengundi parti yg menentang hukum Allah utk lelucon....
Saya paling dukacita bila isu kuil hindu di seksyen 23 shah alam dulu, hanya YB Khalid Samad, MB Khalid Ibrahin dan YB Rodziah saja yg bertungkus lumus berdepan dgn samseng2 dan barua2 taik minyak umno...Hasan Ali tak nmapak muka, sedangkan dia adalah exco ugama....dah nampak bunga2 nya dari insiden itu dan PAS telah mambuat satu keputusan yg tepat kerana memecat BAPAK PARASIT yg sebenar nya...ALLAHUAKBAR!!!
farid ramli said…
Assalamu'alaikum wbt,

Terima kasih atas penjelasan YB. Atas hujjah yang YB berikan, akan kami teliti. Bukan sahaja pada tingkah dan realiti DHA, akan tetapi tingkah dan realiti YB sendiri. Moga kami dapat menjadi orang yang adil yang menilai. Insha Allah.

Buat YB Khalid Samad, teruskan istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

Agak lucu membaca komen-komen golongan pro DHA disini, terutamanya bab "kami akan sokong UMNO.." Sebabnya, kebanyakan mereka memang sebelum ini (sebelum isu DHA) sudahpun jadi orang UMNO. Hanya mampu bertongkat pada isu DHA. Sadis sungguh :) Pesan saya, jika benar anda berjuang untuk Islam, UMNO sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Berjuanglah dan terus berjuang, kenapa gusar akan isu aqidah, sedang kuasa masih ditangan?

Wsalam wbt.
joe's said…
mat professor ni contoh sorg lg gila talaq.haha berdegar ckp psl quran tp tuduh org bersih meliwat

tuduh pas mcm2 haha biarkan dia..hampir jd angau dh tu..apa pun KH terbaik..
Anonymous said…
Sepatutnya Hasan Ali di beri tanggung jawab motivasi pemuda2 PAS dan setiap ahli PAS yg baru dan bukannya menjadi EXCO dalam kerajaan Selangor.

Kemahirannya motivasi pelajar2 je dan bukan sebagai politikus.

Tahniah YB kerana istiqomah dalam PAS. YB ad=alah aset PAS.
ANAK RANTAU said…
"Saya akan pastikan di Selangor iniiii bla,bla,bla,"....macam kat Selangor ni dia sorang diri je buat semua perkara. Apa salahnya kalau beliau gunakan perkataan kami, barulah nampak yang kamu tu berkerja secara berjamaah atau dengan perkataan lainnya bekerja secara berpasukan. Sebut tu saya dari dulu geli geleman bila mendengar pidato hasan ali tentang perkembangan Selangor dari beliau. Raya tak ikhlas pun ada. Mungkin inilah yang dikatakan bila datangnya dari hati yang tak ikhlas maka orang yang mendengarnya juga tak rasa roh pidato yang keluar dari darinya..tapi rasa loya pulak bila mendengarnya tambah pula bila dah keluar PAS ini bila dengar pidato hasan ali ni boleh termuntah lah pulak....
Unknown said…
setakat melabelkan manusia sahaja yang kamu mampu. Hujah kosong mcm ni boleh dilakukan oleh semua manusia yang xberilmu atau mereka yang diupah. Manusia mcm kamu ni memang ramai.
Unknown said…
yb khalid...biarkanlah DHA terjun dgn siri jelajah nya..sy yakin akan kebenaran yg yb bicarakan di sini. Yang benar tetap benar .
kelubi99 said…
dulu saya pelik juga dgn tindakan HA. Tapi saya bersangka baik sebab dia pegang portfolio exco yg sensitif dan perlu jaga hati semua pihak terutamanya istana. rupa2nya ternyata sangkaan saya salah. Mungkin kita boleh kluarkan HA dari BTN, tapi kita tak boleh kluarkan doktrin BTN dari HA.
pakcik lan said…
Sayonara hasan ali. Tq tulang Besi. Your writings since 2008 has been proven credible. Keep up the good work. My vote is for ABU
Jiazah said…
Apa kena dgn Mat profesor ni.. mgangu komen je.. melatah tk agak2..
EnChe Guevara said…
Salam Tuan! teruskan perjuangan yg lurus tanpa bengkok2 tanpa sembunyi2 dlm gelap!

Nampaknya pendedahan demi pendedahan Tuan menyebabkan org "tertentu" sepertinya org kerasukan dibacakan azan ke telinganya, menggelupor dan melenting2 bak ayam betina kecabutan bulu. TAHNIAH!

Pendedahan2 Tuan selain berinformatif, juga menghiburkan membaca ruangan komen dari org kerasukan, yg ada membawa watak2 seperti : - panglima - cerdik pandai - kelas elitis - org warak - pemaki hamun - dan byk lagi watak2 yg menggeletek hati.
x cukup dgn watak2 menggelikan hati, ada juga yg berhujah menempelkan kredebiliti Zul Nordin bg menguatkan hujah? (seriously zul kulim?come on laa)...

Akhir kata : seseorang yg menangguh2 pembayaran hutang atau tidak mahu membayarnya padahal ia mempunyai harta utk membayarnya, maka perbuatan ini adalah amalan org2 MUNAFIQ dan dibenci dalam Islam.
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah" - (Al-Baqarah : 188)

"Barangsiapa mengambil harta org yg ia bermaksud merosakkannya (tidak mahu membayarnya), nescaya Allah akan merosakkannya." - (HR Bukhari)
theprofessor said…
MasyaAllah, klu dah suka berkawan dan memuja orang yang meliwat, tak apa lagi nak cakap ler.
Kepada the professor..

Hujah anda sama seperti DHA.. ;-) menyalahkan pihak lain sedangkan pihak lain yanh sedang berkuasa tidak diperbetulkan. Umpama seperti menyalahkan jiran cina sebelah rumah apabila sampah dan kotoran di dalam rumah tidak dibersihkan. Siapa yang berkuasa di dalam rumah kita sendiri? Jiran sebelah rumah ke atau diri kita..

Nak tanya anda professor, siapa yang berkuasa dalam hal-ehwal Islam selama lebih 50 tahun di Malaysia ini. PAS ke? Bila PAS memerintah Malaysia? habaq mai.. PAS pernah berusaha untuk membentang akta murtad contohnya di parlimen tetapi tiada respon yang baik dari pemerintah Islam (UMNO).. nak salah cina DAP ke?

apalah jenis hujah begini..
Albana said…
Sykuran YB khalid Mp Shah Alam atas penjelasan tentanh Hasan Ali ni, apa yang saya fikir memang selari dng tulisan YB, walaupun cuma andaian, kini jelaslah Hasan Ali parasit yang utama dalam PAS tu sorang lagi Hasan Basri dari perhebat harap YB dapat jelaskan saper dia ni, cuma yang saya dimaklumkan oleh berapa teman, Dia ni pun macam Barua Umno dalam PAS, seirang dan senada dgn hasan Ali,
BEWARE OF DOG. Opppsss. BEWARE OF PARASIT
System had identified the bug parasit as follows;-
a). "theprofessor" - tracking cookies as to be assosiate with professor kangkung.
b). "lelucon" - tracking cookies as to be bodyguard mukatembok.
c). "abuyusuf" - tracking cookies as half baked parasit.
Please UPDATE the system for more.

Overall m'sian politics going towards/inclined on maturity direction. Those barkers you can slowly&surely identify that they themself expose their own darking side character. We ourself need to be patience, work hard&smart and pray with the struggels since ALLAH said that those "beriman" will be tested rigorously until prove to be one.

To YB KS, i am one of your admirable leader along with others leader who always speak and action with a meticulous, factual, patience action and ++++.

InysaALLAH, telah disebut dimerata tempat, manusia yg kemaruk jawatan sebenarnya tidak layak untuk memimpin. jawatan diamanahkan bukan digonggong mintak/rayu/canon-canon. YB Hadi pun nak jadi nelayan untuk bagi laluan org lain. mcm ni le baru dikatakan pemimipin islam.

To DHA, udah-udah le.....DAP+Sgpr ngr republik....++++...apa ni..selangor maksiat....ayyooyoo karawali...ada baiknya banyakkan muhasabah diri sebelum semua urat benang hilang dibadan.

system administrator.
Maaf atas keralatan...
To YB KS,......"i am one of your "...
SEPATUTNYA
To YB KS,......."you are one of my"

teruja sangat sampai terbalik-balik pokcik. Alhamdulillah, pokcik tak meroyan malah minta maaf secepat mungkin. hehehhe

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.